2 | 𝚘𝚏𝚏𝚎𝚛

1.3K 64 0
                                    


Aku membalas senyumannya tapi tak semanis selalu.

Dia mengusap kepala aku lembut dan hanya sementara.

aku jelas terkejut tapi mungkin dia nak pujuk aku.

" Kenapa kau menangis? siapa buat kau?" soal Dia dengan lagak seorang abang yang sejati.

aku melihat pandangan pelik manusia yang berjalan disitu. aku mengeluh lemah.

aku tersenyum menggeleng.

" Maaf encik. Saya ada masalah tadi. maaf menyusahkan Tuan. saya pergi dahulu. " kata aku lalu dengan cepat aku bangkit lalu mengangkat kotak besar disamping aku itu.

" Kau ada masalah. jangan tipu aku. aku dapat rasa dari riak wajah kau. " kata dia dengan tenang.

aku terdiam.

" Aku orang yang baik. aku harap kau sudi minum dengan aku disana. itu pejabat aku. aku bekerja disana. kau jangan risau. aku pakar dalam menyelesaikan masalah. jaminan selesai 50%, lagi 50% dari usaha kau sendiri." terang dia dengan tenang dan jelas.

aku yang mendengarnya mula rasa lucu. hilang sedikit sedih tadi.

" Trust me. aku belanja kau kopi buatan Amerika tau. can we?" ajak dia dengan senyuman.

aku tersenyum lebar.

______

" Pejabat aku tak adalah sebesar mana. aku kerja sendiri. aku tak suka kerja bawah majikan. aku jenis workholic dan aku suka bebas. tapi gaya kerja aku tak melambangkan apa yang aku nak. kau boleh tengok pejabat aku tu. penuh dengan kerja. " kata Dia dengan selamba.

aku melihat mejanya dan rak bukunya yang penuh denga fail dan buku.

aku tersenyum nipis. dia seorang pekerja yang bagus.

" Tapi Encik tak penat kerja seseorang? " soal aku pula.

Dia tersenyum manis.

" Good Question." puji dia.

aku tersenyum malu.

" Memang aku penat pun tapi biasalah tu. kau duduklah dekat sofa tu. " kata dia dengan ramah.

aku hanya menuruti lalu duduk disofa lembut tersebut.

kotak besar tadi diletakkam diatas meja kopi tersebut. tidak sampai beberapa minit satu Cawan besar berisi Kopi cream panas mendarat diatas meja tersebut.

" Aku bancuh pakai mesin kopi je tu. tak usah puji aku." kata dia lalu tersenyum lebar.

aku tersenyum nipis.

" Ok berbalik pada cerita?"Soal dia yang sudah duduk dihadapan aku.

aku memandangnya.

" Saya dibuang kerja." jawab aku sepatah.

dia mengangguk.

" Ok sebelum tu nama aku Ray Mikael. panggil Ray je. " pesan Ray.

aku terdiam.

"Er..baiklah."

" Kau dibuang kerja. kau kerja apa?"

" Saya kerja sebagai agent Melodylansecret." jawab aku .

Ray terdiam lalu ketawa kecil.

" Ha ha ha..kenapa kau cengeng ? kata perisik?" perli Ray Mikael.

aku tersenyum.

" itu cara saya melepaskan tekanan. saya puas. " jawab aku dengan yakin.

Ray mikael tersenyum puas.
" mustahil kau dibuang kerja kalau tak ada bukti. tapi tak apa. aku faham sistuasi kau. orang yang buat salah dia takkan rasa bersalah tapi kau lain. kau rasa sedih." terang Ray Mikael dengan selamba.

aku tersenyum kelat.

" kau nak dengar satu berita baik tak?" soal Ray Mikael dengan muka yang tenang.

aku hanya mengangguk perlahan.

Ray tersenyum senang.

" Aku offer kau bekerja dengan aku. deal? " cadang Ray Mikael dengan teruja.

aku memandangnya lama.

" Jangan pandang aku macam tu." tegur Ray lalu ketawa kecil.

aku tersenyum kecil.

" Tak perlu susah-susah. saya dah tak larat. " keluh aku.

wajah Ray yang ceria berubah suram.

hurmm. parah ni.

" Aku bagi kau masa. bila-bila masa sahaja pintu pejabat aku ni terbuka untuk kau." pesan Ray dengan hati yang terbuka.

aku ketawa kecil. " Why you so kind with me? tak takut ambil saya berkerja? saya baru saja dibuang."

Ray mengeluh lalu air kopi dihirup sejenak.

aku masih menunggu responnya.

" Aku percayakan kau. correction kau difitnah. so apa masalahnya kan? bukan salah kau. tapi tak apa aku bagi masa. take your time." pesan Ray Mikael lalu tersenyum kecil.

_________

Kotak yang berisi barang pejabat dipandang dengan fikiran yang kusut.

" Nak terima ke tak nak?" keluh aku.

melihat permandangan diluar tingkap teksi membuatkan aku mula berada di awan-awangan. Mata yang mula memberat mula terkatup perlahan-lahan.

"CIK!! CIK!!"

"cik bangun cik. dah sampai ni." kejut pakcik teksi itu dengan sabar.

aku menggosok mataku sejenak dan menghulurkan duit kepada pak cik tersebut lalu melangkah keluar dari kereta.

aku memandang sejenak kawasan taman yang sunyi yang menandakan sudah waktu malam.

sekejap je dah malam.

" Assalammualaikum Akak!! Kaira dah balik." laungku seperti biasa.

keadaan masih sepi.

" Kak?? Kaira dah balik?" panggil aku lagi dengan perasaan mula resah.

aku dengan pantas berlari kearah koridor rumah dan aku mengatup mulutku spontan apabila melihat kakak dah terbaring diatas lantai tidak sedarkan diri.

" KAKAK!!!"

_________

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now