"Bro, apa jadi ni? Macam mana suami kau boleh tak sihat macam ni? Banyak darah dia hilang tau. Peluru tu tiga meter je dari jantung dia. Kalau betul terkena jantung memang kau kena ucap selamat tinggal untuk suami kau selama-lamanya." Khai dengan tak habis-habis membebel. Tau la dia tu doktor tapi tak payah la nak membebel sangat. Arisha tahan je. Aku baling kerusi roda kat kepala kau kang ha.
"Senyap takguna. Dah, bagi tau laporan macam mana suami aku sekarang?" Arisha menjeling Khai. Terbantut niat nak mintak maaf. Bebel kalah suami aku. Herh.
"Suami kau ok je. Kejap lagi boleh dah marathon dulu." Khai buat muka redha. Aku baru je bagi tau dia macam mana keadaan suami dia. Dia tanya lagi. Aku tampar jugak bini orang ni kang.
"Kau nak mati ke kau nak cakap elok-elok?" Muncung pistol elok dekat dahi Khai. Der, aku dah serabut fikir my husband. Dia pulak boleh buat lawak bodoh tahap antarabangsa tu.
"Suami kau alhamdulillah aku dah selamatkan. Tapi buat masa sekarang dia tak sedar lagi. Member trauma tu. Kalau boleh Ar, kau nanti ajar Umar berlawan. Sediakan senjata dengan dia setiap masa." Kemudian Khai pergi berjumpa dengan Adryan. Lama dah tak jumpa bapak budak tu.
"Aku nak masuk tengok dia." Yang lain mengangguk je dengar permintaan Arisha. Kang tak bagi dia lempar kami dengan katil hospital pulak.
"Umar, how are you? Im sorry." Arisha tahan air mata. Dah penuh ni. I miss him. This face that I love so much. Arisha usap lembut muka Umar. Penuh bengkak lebam. Tapi still hensem ye seben kita. Eh seben aku je.
"Sorry Umar. Sebab aku kau jadi macam ni. Aku sayang kau. I love You. I miss you." Setitik demi setitik air mata jatuh. Aku benci lelaki yang dah buat kau macam ni. Aku dah bunuh dia. Tapi aku masih tak dapat maafkan dia.
"Umar, sedar please... I miss you. I need you. I want you." Arisha sembamkan muka dia ke tangan Umar. Dia terhinjut menangis di situ.
"She love him so much." Andrea mengelap air mata yang jatuh. Sedih tengok keadaan adik dia. Dia kan selalu bahagia je tetiba hari ni dia menangis teruk. Arisha dari kecil selalu sakit. Sebab tu dia cuba untuk jaga dan lindungi adik dia.
"But she will know how to apreciate Umar After this." Adryan senyum segaris. Pilu jugak tengok Arisha. Bangang-bangang dia pun dia masih manusia punya perasaan.
"Kita bersalah. We need to apologised Umar and Arisha." Marya dan Aaden mengeluh perlahan. Harap Umar will be Fine.
Arisha angkat kepala tengok Umar. Dia usap tangan Umar.
I Always be here, next by your side honey.
AC
"Ergh..." Umar buka mata perlahan. Benda pertama yang dia nampak muka Arisha. Lebih tepat muka kusam dan sembap Arisha. Tidur duduk. Sakit badan nanti sayang. Umar senyum nipis. Dia turun dari katil dengan perlahan. Sakit we kena tembak nak dekat jantung pulak. Umar mengangkat Arisha sebelah tangan menolak dia tidur atas katil. Kemudian dia naik tidur sebelah Arisha sambil peluk Arisha. Baru lena mau tidur.
"Umar sedar please, I need you....." Terdengar suara mamai Arisha. Umar senyum senget. Umar cium dahi Arisha.
I need you also Baby. Always.
AC
"Ermmm....." Arisha buka mata je terkejut tengok Umar tengah pandang dia dengan tersenyum.
"Ni mimpi ke?" Arisha bertanya dengan mata memandang mata hazel Umar. Umar tersenyum sampai sepet mata. Haih lebam sana sini pun handsome lagi.
"Kalau ni mimpi?" Umar mengusik. Arisha senyap. Kemudian air mata Arisha mengalir laju. Terus dia peluk Umar.
"Aku tak nak bangun dari mimpi ni." Baju bahagian dada Umar dah basah dengan air mata Arisha. Umar senyum je. Air mata dia pun mengalir jugak. Tak sangka kan apa yang terjadi ada hikmah dia.
"Ni bukan mimpi sayang, ni realiti. I miss you so much. Sayang apa khabar? Sihat kan? Ni nangis kenapa? Sakit ke? Sapa buat? Sini aku karate dia." Umar gelak perlahan. Nak karate orang, dia pun nak angkat tangan sebelah pun seksa amat.
"No. Tak payah karate sapa-sapa. Stay. I miss you. I love you. And I will always need you. Dont leave me again. Me vuelve loca sin ti yo(im gonna crazy without you.)." Umar tersenyum. Aik bini aku dah berubah ke apa?
"Sejak bila bini saya dah pandai jadi baik ni?" Umar gelak jahat. Arisha senyap je. Umar pelik. Dia mengintai sikit muka Arisha. Tidur dah bidadari kecil ni.
Tidur la sayang, mungkin esok lebih indah.
AC
"Woi laki bini! Stop boleh tak bersawit dekat hospital ni?" Jack dengan John yang baru sampai dah bising. Umar terkejut. Kemudian dia memberi isyarat supaya Jack dan John diam. Dia tak nak Arisha terjaga. Arisha kan penat.
"Kau suruh kami diam asal? Si kicik tu takutkan bangun kecuali dia sendiri yang bangun. Kau nak melalak sekarang pun boleh." Jack dengan mulut celupar nya berpisah tiada. Sapa sokong angkat ketiak! John tengok je lah. Malas nak masuk campur.
"Jangan la bising. Bagi la Arisha rehat. Dia kan penat. Korang ni pun." Kemudian Umar turun katil.
"Eh kau nak pergi mana? Dengan tak sihatnya tu." Risau je Jack tengok Umar. Jalan pun tak betul. Dengan tangan sebelah terikat. Nak pergi mana tah.
"Aku nak pergi cari sarapan untuk Arisha. Nanti dia lapar." Jack dan John tepuk dahi. Dah tak sihat tu buat cara tak sihat boleh tak??? Arisha tu boleh cari makan sendiri lah! Haduih.
"Biar je dia. Nanti Aaden dengan Marya datang bawak sarapan. Kau tu tak sihat Umar. Kau duduk je boleh tak? Ey geram pulak aku dengan kau ni." Jack pegang tangan Umar suruh naik balik atas katil."Kenapa lelaki tu culik kau?" Niat sebenar Jack dan John datang sini nak siasat. Dalam masa yang sama nak melawat.
"Dia kata sebab Arisha dah hancur kan hidup dia." Umar mengusap rambut Arisha yang berselerak.
"Arisha hancur kan hidup dia? Kau tau ke siapa?" Jack tanya John yang diam dari tadi senyap. John menggelengkan kepala.
"Aduh si kicik tu banyak dah orang dia susahkan. So kami tak tau sebenarnya siapa yang culik kau. Aku nak check DNA pun malas nak cari. Nak tengok muka, isteri kesayangan kau ni dah bakar mayat dia. Tak tau la aku nak kata apa." Umar terkejut.
Sayang kau bakar mayat dia? Hish budak ni.
Umar senyum senget. Tu lah isteri aku kawan-kawan.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | SHE'S ANONYMOUS
RandomSecond book of BAD GIRL. "Dekat dengan dia, kau mampus." Aku Arisya. Manusia paling comel dan baik atas dunia ni. Senang cakap tak da sapa boleh tandingi aku. Kahkahkahkah... Aku tak suka barang aku diambil sesuka hati. Kau nak mampus sila...