"Korang ni pergi mana? Dari semalam aku cari tak jumpa. Arisha tengah tidur. Kalau dia bangun mau dia bebel sampai esok. Dah pukul 3 pagi dah ni." Aaden dengan Marya buat muka bosan.
"Ha kau ni sapa pulak?" Umar tengok lelaki sebelah Aaden yang macam lelaki Korea tu. Sapa pulak dah ni?
"Saya boyfriend Marya." Tak da loghat pulak cakap bahasa Melayu.
"Tak hingin aku boyfriend macam kau ni. Dah la tak handsome. " Marya rolled Eyes. Lelaki tu gelak. Umar mengeluh. Di orang ni bawak balik siapa pulak ni?
"Nama dia Daniel Miqael. So boleh tak kami nak tido? Aku penat ni." Aaden dah malas nak hadap Umar. Aku penat ni. Dia boleh bebel pulak. Ha elok laki bini kuat bebel.
"Daniel Miqael? Where did you come from?" Umar dah picingkan mata. Dia tak boleh biar orang luar masuk dalam sesuka hati.
"Miqa ni pembuat bom dan peluru. Dan mulai hari ni dia ialah salah seorang ahli Black Diamond." Aaden terang malas. Miqa buat Peace bila Umar pandang dia.
"Dah la semua naik tidur. Miqa tidur dekat bilik tamu. Kau jangan tidur dengan Aaden. Nanti Korang tak tidur korang berparti pulak. Bangun Danya nanti." Umar naik atas. Makin hari layan budak-budak ni makin sakit jiwa aku. Lama-lama aku yang duduk hospital sakit jiwa.
"Oh Yeah. Miqa. Bilik aku jom." Aaden dengan muka jahat ajak Miqa. Miqa angguk laju. Marya derpface. Menyesal pulak aku bawa setan ni. Rambut Miqa ditarik dan dibawa ke bilik tetamu lepastu Marya sendiri yang kunci pintu bilik tetamu tu. Ambik kau kena kuarantin.
AC
"Mana Aaden dengan Marya?" Arisha tengah masak terkejut bila Umar datang dari belakang dan peluk dia. Satu ciuman di pipi diberikan.
"Eh di orang dah balik?" Umar mengangguk. Nak tido dalam keadaan macam ni.
"Di orang bawa Miqa." Arisha dengar nama miqa terkejut. Dah lama aku tak nampak budak tak guna tu. Dia datang dengan Aaden pulak. Aku baru nak bahagia Jack tak da sebab kena pergi Sepanyol ada urusan kerja dekat sana. John pun fly sekali teman adik dia.
"Danya mana?" Jangan dibiar anak aku tidur seorang nanti habis lemas dengan selimut karang.
"Danya dengan Miqa." Terkejut Arisha. Miqa tu memang babyface tapi masalahnya perangai dia tu ha. Jangan dibuat benda bukan-bukan dengan anak aku dah. Yang penting jangan bawak Danya masuk lab dia. Kang habis anak aku.
"Ni kau ni dah kenapa peluk aku?" Arisha letak senduk ke bawah. Dia berhenti buat kerja dan pegang tangan Umar yang atas perut dia.
"Rindu." Arisha kerutkan dahi. Hari-hari jumpa nak rindu apanya?
"Memang akan kenyang pun tengok orang berasmara dekat dapur ni." Aaden memerli. Arisha menjeling Aaden. Jealous ar tu.
"Dah la chau dulu. Weh aku jaga Danya jap tau. Rindu dengan baby gemuk tu." Arisha angguk je.
AC
"Kau serius la bawa budak tu kat sini." Marya pandang Aaden malas. Miqa yang tengah tekan-tekan laptop cuma tersengih.
"Eh hai Baby Danya. You look cute la." Miqa pulak ambik Danya dan main dengan Danya. Giliran Aaden ambik laptop dan menaip.
"Awak nak jadi makwe saya tak? Saya single ni." Marya yang dengar Miqa kata macam tu cuma buat muka pelik. Aku dah kata budak ni makin bangang je.
"Oi ni cip pasal dadah ke apa ni? Macam perdagangan manusia je aku tengok." Aaden dah mula selidik cari lagi. Miqa tetap fokus dengam Danya.
"Ok jumpa ni cip pasal peperangan bakal berlaku dan strategi kumpulan white dengan kumpulan Black Diamond. So ni strategi dia. Aku dah copy paste. Semua dalam tu aku dah ambik dan aku dah sent balik Cip tu ke kumpulan tu balik." Aaden dengan bangganya membalas.
"We jebon asal kau tak pergi ambik terus je cip tu tak da la kita kena pura-pura kena tangkap bagai. Asal la aku ada sepupu bengang macam ni. Danya..... WOI MIQA KAU BUAT APA TU? KAU JANGAN BAWAK DIA KAT SITU WOI MARI ARISHA NI MAU DIA SEMBELIH KAU HIDUP-HIDUP KANG." Terkejut Marya bila tengok Miqa bawak Danya bila nak try bom baru dia. Memang la tu kawasan kedap tapi agak-agak la. Kang asap ke apa ke cermin ke melambung kat Danya nanti mati weh Arisha bunuh sekor-sekor. Habis la benda yang Arisha risau dah pun jadi. Marya dah ketuk kepala terus ambik Danya balik.
"Aku nak tunjuk dekat dia macam mana bunga api je. Salah ke?" Marya sabar je dengar soalan lagi sialan dari Miqa. Kang mati anak perempuan tu kang aku yang kena bangang!
"Ni Baby bukan babi. Babi tu kau. Guna otak please." Marya terus keluar dari bilik bawah tanah bila dah tak tahan sangat dengan ba** dua ekor tu. Habis la Danya kalau dia lambat.
"Korang buat apa dengan Danya? Ingat aku tak tau?" Arisha dah silang kan tangan kat dada bila nampak tiga ekor tadi dah keluar. Terus Arisha ambik Danya. Nasib tak tercedera anak aku. Masalah sungguh la budak-budak ni.
"Marya thank you to you sebab dah selamatkan Danya. Miqa whats inside your head hah?" Miqa sengih garu kepala. Nak tunjuk bunga api je!
"Danya anak daddy..." Umar datang terus Miqa dengan Aaden buat muka mintak Arisha lepaskan di orang. Umar sabar je. Budak-budak ni lah. Duduk la diam-diam. Kuarantin ni. Ha kuarantin sekali bodoh tu.
"Dah la tu Mummy. Ni Danya dah merengek dah ni. Ye sayang? Alololo tengok mata dia tu comelnya." Danya yang nak merengek terus tak jadi bila mummy dia nak ambik dia.
"Aku tak habis lagi dengan korang eh." Arisha bawak Danya naik atas. Nak bagi mandi lepastu tido. Mesti penat anak aku ni. Hadap perangai sekor-sekor lagi.
"Korang buat apa lagi sampai Arisha mengamuk?" Umar tanya pandang sorang-sorang. Marya tunjuk Aaden dengan Miqa.
"Miqa pasang bom nak tunjuk dekat Danya bunga api." Umar yang dengar terus terkejut. Nasib tak innalillah anak aku. Kalau tak memang kena penggal jugak di orang ni.
"Asal kau ni Miqa?" Umar angkat kening sebelah dekat Miqa.
"Alah Danya kan Baby lagi mesti tak pernah tengok bunga api. So aku nak tunjuk la. Apa lagi." Umar hela nafas perlahan dengar ayat Miqa. Macam budak-budak.

YOU ARE READING
C | SHE'S ANONYMOUS
RandomSecond book of BAD GIRL. "Dekat dengan dia, kau mampus." Aku Arisya. Manusia paling comel dan baik atas dunia ni. Senang cakap tak da sapa boleh tandingi aku. Kahkahkahkah... Aku tak suka barang aku diambil sesuka hati. Kau nak mampus sila...