"ANAK ITIK DIDI MANDI DALAM KOLAM, BUAT APA DIDI MANDI DENGAN RIANG.... Mana boleh mandi kat sungai kan sebab sekarang ni tengah kuarantin." Miqa duduk tepi kolam sambil menyelamkan kakinya. Melepaskan stress duduk dalam rumah ni.
"Sebelum aku yang mandi jenazahkan kau baik kau diam." Arisha datang dari belakang dengan Marya. Danya tidur dengan Daddy dia. Aku nak uruskan budak sewel ni jap.
"So now tell me. After 5 years tetiba kau muncul. Aku dapat rasa benda yang tak kena." Arisha duduk dekat kerusi kayu bermeja kaca.
"Kau rasa apa? Pahit? Manis? Masin? Ke masam?" Aaden yang baru muncul terus gelak mengekek dan terjun masuk ke dalam kolam. Terpecik habis. Hawau betul mamat ni.
"Sebelum aku goreng kau hidup-hidup baik kau insaf sekarang bagi tau aku." Arisha tetap dengan suara tegas. Dengan Miqa tak boleh terlalu lembut. Nanti makin menjadi budak ni.
"Darling, lek ar. Tak lek la Arisha ni." Dengan bahagianya Miqa gelak terkekeh. Aku dah kata budak ni tak boleh bagi muka.
"Apa lagi family aku halau aku la. Katanya aku ni bermasalah. Aku bermasalah sangat ke we? Korang pun nak halau aku jugak ke we?" Miqa luah sambil tenung ke dasar kolam. Walaupun ada duyung jadian yang menyemak takpe niat aku tetap pandang ke dasar demi arahan PM suruh duduk dalam rumah.
"Di orang buang kau? Aku dah kata family kau tu memang keturunan bongok. Di orang je bukan kau. Apa kau buat sampai di orang halau kau?" Marya membalas selamba.
"Aku tolak pinangan kawan dia. Aku laki bro, lantak aku la nak kahwin dengan sapa pun. Tapi tu lah di orang tak nak bagi." Marya gelak mengekeh. Betul lah tak guna family Miqa ni.
"Dah tu kau sekarang macam mana?" Arisha bertanya.
"Korang nak halau aku gak ke?" Soalan berbalas soalan.
"Kau antara kesayangan mummy. Kalau ikut hati aku, aku nak bunuh kau. Tapi mummy sayang kau. Aku kena simpan la kau." Arisha balas selamba.
"Ouh aku baru terfikir kalau korang buang aku aku nak jadi PM aku bagi kuarantin setahun. Sapa keluar aku bom rumah dia. Apa kebodoh sangat orang suruh duduk dalam rumah dia duk keluar." Elok je ayat Miqa dia ditarik ke dalam kolam. Apa lagi haiwan jadian tu la yang tarik dia masuk kolam.
"BODOH AKU LEMASSSS!!!!" Dan sekian kisah orang bodoh.
AC
"Hachuuuu!!!" Miqa yang dah bersin 44 kali dah boleh disyaki terkena bodoterlebih virus. Aku sahkan.
"Eh bersin lagi? Kau kena rawat dia. Adryan! Kau doktor kan? Boleh tolong rawat dia tak?" Suara Aaden yang babang lagi bahenol dah berbunyi.
"Sebab kau aku dalam keadaan macam ni tau. Aku sepatutnya guna masa kuarantin ni dengan penuh faedah seperti menguji bom bom aku yang baru siap." Miqa dah bebel. Tak padan dengan demam anak babi ni.
"Hai An. Kau nampak gemuk siot. Eh fal dengan far pun ada. Eh faz. Lama tak jumpa. " Semua buat muka derpface. Bangangnya perangai. Member sampai semalam lagi. Tapi hari ni baru tegur. Hotark dieuwr.
"Aku kerja hotel la gila. Masa bila aku kerja doktor?" Adryan derpface. Jealous la tu single. TIBE.
"Ouh tak eh? Kau kerja hotel? Bukan kau kerja Bunuh orang ke?" Aaden dah gelak mengekek sebelum
Pak!
"Aku dah kata kuarantin bodoh tu. Pm saman kang." Marya dah tarik-tarik rambut Aaden. Budak ni lahir IQ dia rendah sangat. Tu lah masalahnya.
"Tak nak! Bodoh aku tu nyawa aku. Nanti aku mati kalau dia tak da." Aaden maku balik. Salute ini anak. Tengah sakit pun boleh melawan lagi tu.
"Aku tak dapat sakit untuk korang tambahkan! Keluar la babun!" Miqa yang tengah sakit terus ?memaki jebon-jebon yang telah membuatkan biliknya bising. Aku nak rehat pun susah. Dah la aku sakit. Di orang buat perangai babi.
"Berani kau halau kita orang?" Aaden dan Marya menurunkan suhu aircond lebih rendah. Terketar Miqa dibuatnya. Aduuhhhhh masalah sungguh. Haru!
"We, ok ke Miqa tu? Kesian pulak aku tengok." Umar cuit bahu Arisha. Arisha angkat bahu je la yang mampu. Aku tak tau apa masalah budak-budak tu senanya.
"Woi! Keluar sekarang! Dah la bagi Miqa penyakit. Pasti buat perangai pulak. Sebelum aku tampar sekor-sekor baru korang tau." Umar dah bengang dah. Geram aku budak-budak ni.
"Garangnyewr abang ceo diamond kita." Mengekek Aaden. Hilang terus kesabaran Umar. Terus di tariknya telinga Marya dengan Aaden. Kan dah kena. Padan muka.
"Au au kau kenapa gila?" Marya dengan Aaden cakap serentak.
"Kau tak nampak Miqa tengah sakit kat dalam tu. Hormat sikit boleh tak?" Umar dah tenung skrang-sorang. Aaden gelak. Kelakau lahabau!
"Ye ye la. Abang Ceo ku garunk!" Aaden blah. Marya pandang Umar tajam.
"Kau ingat aku anak kau ke main tarik-tarik telinga?" Sebal Marya. Umar hadap je la. Dah tu kau kenapa ha?
"Kau jangan layan. Di orang ni attention seeker." Ayden yang baru muncul terus masuk ke bilik tu. Bilik Miqa.
"Hola Miqa. Por Que?(Hai Miqa, kau kenapa?)" Miqa faham bahasa Spain tapi dia tak boleh cakap lagi. Gagap lagi.
"Ni semua kembar tak cukup akal kau punya pasal. Tak pasal-pasal aku jadi macam ni." Miqa menyebal. Aku sakit hati betul lah.
"Aku tak kisah. Sekarang ni mana benda yang aku nak? Kau dah buat ke belum?" Soalan Ayden buat yang lain blur? Apa maksud Ayden sebenarnya? Benda apa yang dia maksudkan?
"Dah ada dah. Tapi tak uji lagi. Aku nak buat banyak method." Miqa tarik selimut sampai ke leher. Sejuk bodo. Dah la penghawa dingin ni suhu dia rendah.
"Ok bagus. Aku akan duduk sini sampai semua ni selesai. Btw Ar mana Danya?" Soalan Ayden buat Umar dan dengan Arisha tengok satu sama lain. Ha sudah.
"Danya mana?" Arisha tanya Umar. Tadikan dia tidur dengan Umar.
"Danya ada dekat ruang tamu tadi." Arisha dengan Umar laju je turun ruang tamu. And guess what? Danya tak da. Mana pulak anak aku ni?
"Umar, danya mana? Dia tak da ni." Arisha senyap ja. Yang gelabah sangat sekarang ni ialah Ayden. Apa hal la budak ni.
"Cuba cari satu rumah." Semua bergegas cari merata. Mana Danya? Umar lagi la dah hilang arah. Tapi Arisha jenis cool. Dia kan tak cepat bertindak. Tindakan dia tak terburu-buru. Mesti ada plan dulu.
"Umar. Tenang ok. Jangan terlalu gelabah. Anak kita ada somewhere la tu. Jap." Arisha mengeluarkan telefonnya dan menaipkan sesuatu hampir seminit dan dia pandang Umar.
"Umar, boleh tak kau naik jap? Tolong ambil laptop aku jap. Please." Arisha pandang Umar pastu dia tersengih. Umar yang dalam keadaan serabai tu pun terpaksa angguk baik atas.
"Bongok! Sini semua." Yang lain pandang Arisha. Dia boleh pulak buat lawak. Anak dia hilang ni.
"Ok ni cerita dia. Danya dah dibawa lari. Oleh sapa aku tak tau. Fuh. Aku tak tau di orang bawak Danya pergi mana. Aku ada pasang loket yang ada kesan Danya kat mana. Dan peranti tu menunjukkan Danya dah otw ke lapangan terbang. Dan jangan bagi tau Umar." Elok je habis Arisha cakap, Umar turun dengan laptop Arisha di tangan.
"Mana Danya we?" Umar tanya lagi. Arisha senyum nipis.
"Ye la nak cari la ni anak kita." Umar angguk dan duduk di sofa. Arisha bawak laptop masuk ke bilik kerja dia. Andrea, Adryan, Ayden dengan Marya pun ikut sekali. Elok Arisha Bukak laptop terus dia tersenyum nipis. Dan di orang boleh nampak Arisha menggosok matanya berkali-kali.
"Ok Jom cari Danya." Suara Arisha bergetar. Andrea pergi dekat Arisha terus peluk dia.
"Aku ada ni kan. Dah lepas kan. Jangan simpan." Terus Arisha nangis dekat bahu Andrea. Dia tak boleh tunjuk lemah dekat Umar. Umar dah lemah sekarang ni. Takkan dia nak jadi lemah jugak?
"Tak pa Ar, kita akan cari Danya sampai jumpa ok." Ayden tersenyum nipis sambil ambil laptop Arisha.

YOU ARE READING
C | SHE'S ANONYMOUS
RandomSecond book of BAD GIRL. "Dekat dengan dia, kau mampus." Aku Arisya. Manusia paling comel dan baik atas dunia ni. Senang cakap tak da sapa boleh tandingi aku. Kahkahkahkah... Aku tak suka barang aku diambil sesuka hati. Kau nak mampus sila...