Bab 6: Prototype Claw

66 2 0
                                    

Iqbal kembali semula ke tempat kerjanya. Dia terkejut apabila nampak Encik Rahul sedang perhatikan dia dari kaunter."Eyy, tadi kata pergi surau. Takkan solat pun sampai sejam." Marah Encik Rahul. "Sorry bos, tadi ade hal sikit."

Iqbal kembali semula ke sinki. Tiba-tiba"Weh Iqbal, kau tak bosan ke kerja kat sini?" Tanya Ryuta. "Apa yang bosannya? Aku kerja pun sebab nak cari duit. Lagi pun kerja aku ni kira senang la ni. Cuci pinggan je. Sehari dapat jugak 50 ringgit." Terang Iqbal. "Eh, korang janganla cakap kuat-kuat sangat, nanti orang lain  dengar." Kata Iqbal lagi. "Mana ade, kitorang duduk dalam kepala hotak kau, kau sorang je yang boleh dengar. Tapi kalau kau bercakap dengan kitorang, orang lain akan ingat kau ni gila la sebab becakap sorang-sorang." Balas Ryuta.

Di suatu bangunan kecil, pukul 5.25 petang. Kelihatan seorang lelaki, memakai pakaian seperti jubah hitam tak berzip, beseluar slek hitam, dan baju t-shirt hitam berjalan ke sebuah meja yang terletak sebuah robot kucing di atasnya. "Dah siap ke prototype ni?" Tanya lelaki tersebut. "Dah bos, sekarang boleh la kita hantar prototype ni untuk mencari Kristal MANA tu." Balas seorang perempuan. Perempuan tersebut memakai kot makmal berwarna hitam berjalur biru di bahu.

"Bagus tu Nad. Kau taknak uji dulu ke prototype ni?" Tanya lelaki tadi."Betul juga. Nasib baik bos ingatkan. Boleh la kita guna tebusan kita. Saya terjumpa dia di ikat di sebuah lorong kecil tadi." Kata Nad sambil menunjuk pada si jahat yang di ikat oleh Iqbal. "Hidupkan prototype dan lepaskannya di gelanggang tempat aku berlatih. Letak sekali mamat tu di sana.

Gelanggang yang di sebut berada di bawah tempat mereka berdiri. Nad membuka ikatan lelaki tersebut dan ingin mencampak dia ke bawah, tetapi di tahan oleh bosnya. "Nanti dulu, sebelum kau di guna untuk menguji prototype kami ni, aku kena tahu nama kau." Lelaki tadi pun menjawab"Na..nama a..aku Ron." Menjawab secara gagap. "Selamat berkenalan Ron. Nama aku Tyzo. Kalau kau nak selamat, berkhidmat untuk aku. Campak dia."

Ron dicampak ke dalam gelanggang. Dia melihat sekeliling dan ternampak seekor kucing terjun dari tempat Tyzo. Kucing tersebut berlari dan melompat ke arah Ron. Dia berjaya mengelak serangan kucing itu. Kucing itu sekali lagi cuba menyerang. Dia melompat ke arah Ron, mengeluarkan kukunya, tetapi dia terjun ke bawah kangkang Ron dan melompat semula untuk menyerang Ron dari belakang. Ron menjerit kesakitan kerana di cakar di belakang badannya.

Nad menekan butang pada tabletnya dan kucing tersebut berhenti menyerang."Apa nama yang kau bagi pada prototype ni?" Tanya Tyzo "Saya menamakannya Claw."  "Okay, menarik bunyinya. Bagus. Pastikan kau hantar benda ni untuk cari semua Ktistal MANA tu. Tunggu arahan aku."

Bersambung......

AceWo Geschichten leben. Entdecke jetzt