Bab 27: Perangkap

23 3 0
                                    

Pagi itu, Dayang terbangun. "Eh, kat mana ni?" Katanya sambil lihat sekeliling. Dia pun bangun dari katil dan keluar dari bilik itu.

Di luar, dia ternampak Iqbal tidur di sofa. "Eh, apasal aku ade kat rumah Iqbal ni? Dia ke yang culik aku haritu?"

Dan pada masa itu juga, Iqbal bangun. Dia nampak Dayang berdiri depannya sambil buat muka yang marah. "Eh Dayang. Awak dah bangun?"

"Saya dah bangun ke tidak, itu tak penting. Awak ke yang culik saya haritu? Kenapa saya ada kat rumah awak sekarang ni?" Soal Dayang panjang lebar.

"Eh Dayang, bukan saya yang culik awak. Tapi musuh saya. Dia yang culik awak." Dayang masih tak boleh percaya. "Okey, kalau bukan awak yang culik saya, kenapa saya tidur kat bilik awak? Kat dalam rumah awak? Apa yang awak dah buat pada saya?"

"Eh tak-tak, saya tak buat apa-apa pun dekat awak. Saya tak tipu. Semalam saya nampak awak......" Iqbal pun cerita semua yang jadi semalam. Dia siap tunjuk serpihan cip yang dihancurkan oleh Kinta semalam.

"Jadi maksud awak, ingatan saya kena brainwashed. Dan cip ni buatkan ingatan saya tak kembali?" Soal Dayang ingin kepastian.

"Ye, maaf sebab saya terbelasah awak sikit semalam. Hebat betul Tyzo latih awak yang amnesia sampai boleh jatuhkan saya." Terang Iqbal lagi.

"Apa? Yong tak berjaya dapatkan kristal tu? Dimana dia sekarang?" Jerit Tyzo. " Maaf bos, cip yang saya lekatkan pada telinga Yong telah dihancurkan. Kalau dah hancur, kita tak berjaya nak kesan dia di mana." Kata Nad dalam nada ketakutan.

"Ron! Mari sini." Jerit Tyzo. "Ye bos." Sahut Ron bila tiba di situ. "Aku nak kau pergi serbu terus rumah dia malam ni. Bawa si Ace tu ke sini hidup-hidup. Ajak Muq sekali." Arah Tyzo. "Kal dan Idz, aku ade tugas lain untuk korang." Mereka semua disitu mengangguk.

"Baik bos."

Malam yang dijanjikan. Ron pun tiba di flat rumah sewa Iqbal. Semasa itu dia bawa Muq. Ron mengetuk pintu rumah Iqbal manakala Muq ketuk rumah Dayang.

Bila pintu rumah Iqbal dibuka, terus satu penumbuk yang amat kuat hinggap di mukanya. Dia pengsan serta-merta. Semasa Iqbal pengsan, Kinta merasuk badan Iqbal dan membelasah Ron dengan teruk. "Apa kau buat kat sini hah? Soalnya marah.

Lalu dia ternampak Muq membawa Dayang lari dari situ. Kinta pun kejar dia. Ron pun ikut mereka hinggalah sampai di markas Tyzo.

Di bangunan markas mereka, Muq berlari dan masuk ikut pintu depan. Diikuti Kinta kemudian Ron.

Semasa Kinta masuk, dia ternampak rakan-rakan kelasnya diikat.

"Ini......ini perangkap." Kata Kinta

Bersambung......

AceWhere stories live. Discover now