Bab 29: Luah perasaan

85 3 0
                                    

Dayang... Dia pun sama macam yang lain. Cuma sekarang dia selalu rasa macam nak rapat-rapat dengan Iqbal.

Tapi bila dah rapat, dia jadi malu-malu dan larikan diri. Iqbal pun merasa pelik dengan tingkah laku Dayang. Dah banyak kali Dayang buat macam tu. "Weh Yura, kalau perempuan tu datang dekat dengan kita, pastu dia tetiba larikan diri, apa maksudnya?" Soal Iqbal.

"Hmm, aku rasa aku tahu kenapa." Kata Yura. Dia dah boleh agak apa yang berlaku.

Ahad, pukul 8 pagi. Iqbal sudah terpacak depan pintu rumah Dayang. Dia ketuk pintu.

Dayang yang sedang masak sarapan pun buka pintu. "Ha, datang pun awak. Saya masak nasi goreng cina ni." Terang Dayang.

Iqbal pun masuk dan tolong bukakan meja. Tolong Dayang hidangkan makanan. Lepas tu, baru makan.

Semasa makan, Iqbal mulakan perbualan. "Saya minta nak sarapan kat rumah awak ni  bersebab sebenarnya."

Pipi Dayang memerah. Dalam hati dia kata. "Eh, macam nak melamar je." Lepastu dia tanya. "Apa sebabnya?"

"Awak ada benda nak cakap pada saya ke?" Soal Iqbal.

Dengan tergagap. "A...apa? Mana ada. Awak yang kata nak datang sarapan kat sini." Dia cuba menafikan.

"Cepatlah Dayang, saya tahu awak ada benda nak bagitahu saya. Takpe, awak cakap je ape yang awak nak cakap. Saya akan dengar elok-elok." Iqbal cuba memujuk.

"B...baiklah. Se...sebenarnya..... Saya....." Dayang terdiam. Selepas beberapa saat, dia sambung semula. "Saya suka awak Iqbal. Saya suka awak sebenarnya. Dari waktu kali pertama nampak awak masa awak selamatkan saya. Saya berterima kasih sangat pada awak." Akhirnya, dia berjaya meluahkan segala perasaan yang dipendam.

Dalam hatinya. "Wah, betulla Hazirah cakap, kalau dah luah mesti rasa lega."

Dayang menundukkan mukanya ke bawah kerana malu. Bila dia pandang ke depan, dia nampak Iqbal tersenyum padanya.

"Okey, saya pun suka awak jugak Dayang." Jawab Iqbal secara ringkas.

Pipi Dayang sekali lagi memerah. Namun dia berasa gembira kerana orang yang dia suka pun suka pada dirinya. Kalau dalam real life, jaranglah jadi camtu.

Maka, mereka pun meneruskan hidup mereka dengan lebih..... Gembira.

Empat beradik itu pun hidup bersama Iqbal. Walaupun sudah kehilangan seorang abang, mereka tetap redha atas ketentuan Tuhan.

Tamat

AceWhere stories live. Discover now