1

466 5 0
                                    

Perempuan itu memandang ke arahnya lagi. Sudah dua kali dia 'menangkap' perempuan itu memandang ke arahnya.

Bukan Darwish Asyfar tidak biasa direnung oleh perempuan. Kalau perempuan itu tidak merenungnya, itu yang dia tidak biasa. Wajah yang kacak, tubuh yang tegap, mata yang berwarna coklat keperangan ( eh ada ke?😂) , pakaian yang bergaya, memang dia sudah terbiasa menjadi tumpuan perempuan! Itu belum lagi bercakap tentang kereta-kereta mewahnya.

Tapi perempuan ini lain. Biasanya jika Darwish Asyfar 'menangkap' perempuan-perempuan yang sedang merenung ke arahnya, dia dapat melihat dua jenis reaksi. Satu, mereka akan termalu sendiri dan melarikan pandangan mereka. Atau dua, mereka akan memberikannya jelingan dan senyuman yang menggoda.

Perempuan ini pula, reaksinya pelik. Apabila mata mereka bertaut, dia tersenyum lebar bagaikan gembira bertemu kawan lama..hello old friend ( eh tibehhh)

'Do I know her?' Bisik Darwish dalam hati sambil mencuri pandang ke arah perempuan itu. Ilya tentu mengamuk jika dia tahu Darwish sedang merenung perempuan lain 😒

'Perempuan pakai tudung....Jap, aku mana ada kawan perempuan yang pakai tudung,' fikir Darwish lagi.

"Sayang, kenapa tak makan? Tak sedap ke?" Tanya Ilya, manja.

"Err sedap, sedap" jawab Darwish sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

Mericau mulut Ilya bercerita tentang itu dan ini. Sekali sekala Darwish mengangguk kepala atau menjawab 'hmm', sekadar untuk mengelak Ilya daripada menyedari bahawa tumpuannya sudah dicuri oleh perempuan di meja hujung sana.

Perempuan itu sedang duduk semeja dengan dua orang rakannya, seorang lelaki dan seorang perempuan berbangsa Arab. Teka Darwish, pasangan Arab itu sedang berdating memandang kan mereka asyik berbual sambil menikmati makan malam manakala riak wajah perempuan Melayu itu kelihatan kebosanan. Sekali-sekala perempuan Melayu itu berkata sesuatu kepada pasangan itu. Selebihnya,dia menikmati pemandangan indah semula jadi yang terbentang di sekeliling pantai di hadapan mereka. Ya, restoran tersebut berada berdekatan dengan pantai. Kadang-kala dia mengalih pandangan ke arah Darwish.

'Cuba ingat betul-betul. Siapa perempuan ini?'

Jenuh Darwish memerah otaknya namun dia masih tidak ingat.

'Tak boleh jadi ni. Potong stim dinner date aku dengan Ilya. Silap-silap malam ni aku tak boleh tidur memikirkan siapa gerangannya. Atau lebih teruk, sampai balik ke rumah aku masih tertanya-tanya.

"Ilya, jom makan cepat. I baru teringat yang I dah janji nak telefon papa I. Ada hal penting yang nak dibincangkan." Darwish mencari akal.

"Sayang, makan malam spesial macam ni takkan nak rush. Bukan selalu kita datang ke restoran ni." Tingkah Ilya.

"Malam esok, boleh datang lagi. Papa I nak bincang tentang hal tu malam ni juga." Darwish berkeras. Pegangan hidupnya, perempuan harus mengikut kata-katanya.

"Awish..." Ilya cuba memprotes manja pula (wekkk)

"Ilya, no business means no dinner,no BMWs, no shopping and no nothing" Darwish berkeras lagi.

Garangnya Darwish Asyfar ni...

"Okey, okey" balas Ilya, terpaksa mengalah. Dia tahu Darwish Asyfar lebih mengutamakan perniagaan.

Darwish sudah mengangkat tangan, memanggil pelayan restoran untuk meminta bil. Selepas membuat bayaran, dia mengiringi Ilya ke kereta mewah miliknya. Pemandunya segera mendapatkan kereta apabila melihat Darwish dan Ilya tiba di pintu masuk restoran. Pintu belakang kereta dibuka, kemudian Ilya melangkah masuk.

"Ilya, you balik ke rumah dulu. I janji nak telefon papa I sekarang" tipu Darwish.

"Awish! Takkan I nak balik ke rumah sorang-sorang tengah-tengah malam macamni?!" Suara Ilya sudah meninggi.

"Ilya, stop whining. Pak Hamid is a trusted driver. Dia bekerja dengan I dah lama dah. Now, you pergi balik. Kalau nak jumpa, esok kita jumpa"

"Okeylah okeylah...." Ilya mengalah lagi. Dia tidak berani melawan cakap Darwish, teman lelakinya yang terkaya setakat ini!

Asyik nak duit je...

"Pak Hamid, selepas hantar Cik Ilya ke rumah, patah balik ke sini untuk ambil saya ya," arahnya tegas.

"Baik,tuan"

Darwish berdiri di situ, memandang kereta Pak Hamid meninggalkan Blue Sea Restaurant (aku reka je hahahahaha). Bukan dia tidak sedar mulut Ilya yang muncung sedepa, mengomel-ngomel tidak puas hati.

'Ah!!apa aku peduli. Perempuan misteri di dalam tu,kena siasat siapa dia. Dia kenal aku ke?'

Sambil berpatah balik masuk ke dalam restoran, Darwish masih lagi berfikir-fikir. Memang ada beberapa kali gambarnya tersiar di majalah dan akhbar, sebagai Malaysian Most Eligible Bachelor dan anak usahawan yang berjaya. Barangkali perempuan itu pernah melihat wajahnya di media cetak.



















#####author tiba2 rajin pula nak update lagi so tunggu next chapter ya 😉

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now