10

164 4 0
                                    

Terlalu asyik membaca novel sulung tulisan Darwina Jane, Darwish tidak sedar pintu pejabat nya dibuka oleh seseorang. Langkah kaki tetamu yang tidak diundang itu, tidak disedarinya dek lantai pejabat yang dihiasi permaidani tebal.

"HAHHHH!!! CEO sedang baca novel cinta! Hahaha!"

Ah sudah, kantoi! Apa lagu Baby Shima yang Pura-Pura Bujang tu? "Kantoi sekali lagi.." Hahaha.

"Daddy, ini pejabat I. I would appreciate it if you knock next time." Mendatar sahaja nada suara Darwish. Nak menutup rasa malu, maka terpaksalah dia berpura-pura tenang. Jiwa perempuan betul lah hahaha.

"Sejam bila Darwish Asyfar Kamarul jadi peminat novel cinta?" tanya Tan Sri Kamarul dengan ketawa yang masih tidak kekurangan

'Sejak Darwish jadi peminat penulisnya.' Jawab Darwish dalam hati. Tapi takkan nak jawab macamtu pula kat depan daddy? Mampus sampai esok pun dia takkan berhenti ketawa kan aku.

Mukanya dibuat kering sahaja. Novel cinta itu diletakkan ke atas meja dengan harapan daddy akan menukar topik.

"Darwina Jane, Cinta Sementara.." Terteleng kepala Tan Sri Kamarul cuba membaca tajuk novel secara terbalik.

"Ah! Rubbish! Duka, duka, tak siapa suruh duka. Hidup sekali saja, mesti ada kudrat, duka tukar jadi suka. Novel melodrama untuk bodohkan orang perempuan." Habis-habisan Tan Sri Kamarul mengutuk novel cinta di atas meja Darwish.

'Daddy, kalau lah daddy tahu.. Anak daddy ni lah penyebab dukanya..' keluh Darwish, sudah tentu dalam hati sahaja . hahahahaha.

"Itu yang heroinnya buat, daddy. Dia tukar duka kepada suka." Cubaan yang lemah daripada Darwish untuk menyokong gadis misterinya. Masih misteri walaupun sudah mengetahui identitinya? Ya, masih. Kalau boleh, Darwish ingin tahu, adakah seperti heroin novel sulungnya, Pia sudah menemui jejaka yang membawa suka ke dalam hidupnya?

"Hahaha! Daddy tak sangka kita boleh berbincang tentang novel cinta. Dalam pejabat you pula tu, Darwish. Kita ni nak buka Kelab Peminat Novel Cinta ke? Hahahahaha!"

Berbahang muka Darwish apabila diperli oleh daddynya. Humph! Silap sungguh dia membaca novel Pia pada waktu rehatnya. Cuma dia tidak sabar untuk mengetahui kesudahan novel ini. Semalam dia mula membaca selepas Shukri menghantar sebuah beg plastik yang berisi novel-novel tulisan Pia. Dia pasti Pia menulis novel pertamanya berdasarkan pengalaman yang dialaminya empat tahun dahulu.

"Daddy, what can I do for you?" Sekali lagi Darwish cuba menukar topik.

"Ya. There is something you can do for me.. Bagi tahu daddy kenapa you baca novel cinta? Hahaha!" Tan Sri Kamarul masih lagi dalam mood menyakat. Dah anak seorang je, nak sakat siapa lagi? Mummy? Hahahahaha alamatnya, memang bernanah lah telinga Tan Sri Kamarul mendengar bebelan Puan Sri Layla.

Darwish duduk membatu. Menyedari daddynya itu berotak tajam, maka lebih baik jangan membuka mulut. Lagi membuka mulut, lagi mudah rahsianya terburai.

"Oh! Taknak bagi tahu ya?hmmm, CEO taknak bagi tahu Chairman? Biar Chairman teka!"

Berdebar-debar juga hati Darwish.

"Mmmm, cubaan pertama... Chairman rasa CEO bukan seorang peminat novel cinta. Ya, ya... Betul, betul.. Maka, jawapannya, CEO ialah peminat penulisnya! Hahaha! Ye dok? Cepat, cepat, mengaku. Betul, kan? Tekaan daddy betul kan?hahaha!"

Masam mencuka muka Darwish. Daddynya seorang ahli perniagaan yang bijak. Otak geliga, dia memang tidak boleh menyorokkan apa-apa pun daripada daddynya. Melihat muka masam anaknya, makin kuat ketawa Tan Sri Kamarul!

"Darwish, kenapa masam sangat muka? Biar daddy teka." Masih belum habis permainan teka-teki Tan Sri Kamarul.

"You can't get the girl? Hahahahaha!

"Daddy, kenapa dulu daddy dan mummy tak beranak ramai-ramai? Tak payahlah I sorang saja yang asyik kena dengan daddy!"

"Mummy kamu tu, nak beranak sekali saja, sibuk dengan business dia." Selamba sahaja Tan Sri Kamarul menjawab.

"Tak rugi ke daddy.. Duit banyak-banyak, anak sorang je?"

"Anak sorang takpe, sebab... Nanti cucu berderet-deret! Hahahahaha!" Tidak habis-habis lagi ketawa Tan Sri Kamarul

"Daddy, I am not married..."

"...yet!" Potong si bapa, tiada lagi ketawa.

'Daddy, daddy.. You tak tahu.. Bella dan Darwina Jane ni, they are both part of my history! Tiada Bella, tiada Darwina Jane!' bisik kata hati Darwish.

"Darwish, macam daddy kata tadi, tak siapa suruh kita hidup nerduka. Kalau Darwina Jane tu boleh bawa kegembiraan, go get her!"

"Mummy?"

"...is a good businesswoman. Nak berjaya dalam business, kena pandai 'baca' orang. Daripada awal lagi mummy dah 'baca' siapa Bella."

Melihat anak tunggalnya masih berdiam diri, Tan Sri Kamarul meneruskan nasihatnya. "Qalisha Irdani ni, dia macam Bella?"

Darwish menggelengkan kepalanya sekali. Yakin!

"So, go get her!"

"Go get her!, kata daddy. " Berulang-ulang itu yang diucapkan Darwish Asyfar sendirian..















Cakk! Korang mesti tertanya-tanya kan? Bella tu siapa? Hahaha takpe, dalam bab-bab yang akan datang, persoalan anda semua akan terjawab 😝 btw, korang nak sis tambah kan watak-watak jahat ke caner? 😏 bosanlah kalau takde watak jahatkan, nampak macam innocent pulak cerita ni hehehe . jangan kecam sis😌

Anyway, teruskan membaca tau!😘 bab yang seterusnya, sis akan update malam nanti. Tapi sis tak janji hahahahahaha~~andwaeee

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now