3

194 4 0
                                    

"Nanti saya balik Malaysia, saya akan cari buku-buku awak," janji Darwish.

Gadis itu tertawa lagi. "Novel cinta ni, lebih kepada cita rasa orang perempuan."

"Dah banyak novel ditulis, mesti banyak pengalaman bercinta, kan?"

"Bercinta belum, kecewa pernah."

"Pelik," komen Darwish.

"Kadang-kadang kita perlu lalui perkara-perkara yang pelik, baru datang idea untuk menulis." Jawapan penuh rahsia dari bibir yang tidak lekang dengan senyuman.

***********************

KEESOKANNYA, selepas solat subuh, Pia dan Sabrina tumbang semula ke atas katil, penangan bersembang sehingga larut malam semalam. Pukul lapan pagi apabila terjaga semula, mereka bermalas-malasan di atas katil. Namanya pun bercuti! Kalau tak bercuti, pasti mereka dah berdesup macam lipas kudung, bersiap untuk pergi kerja.

Sambil bermalas-malasan, masing-masing berbual tentang jejaka teman bersembang mereka semalam. Di mulut Sabrina, tidak putus-putus dia menyebut tentang jejaka bernama Zubayr itu. Zubayr yang baik, Zubayr yang manis, Zubayr yang periang, Zubayr yang macho!

Pia sudah menjeling ke langit, 'Nampak gayanya ini bukan hanya holiday fling! Ini sudah fling, fleng, glong!' fikir Pia sambil ketawa dalam hati.

'Silap-silap aku terbang ke KL sorang-sorang ni' Pia sudah menebak-nebak.

Sabrina di atas katil sebelah sibuk berbalas-balas WhatsApp dengan buah hati baru nya. 'Baik aku mandi dulu,' getus hati Pia.

Keluar dari bilik air, dengan muka yang bersalah Sabrina memberitahu Pia bahawa Zubayr mengajaknya bersiar-siar di Melaka pada hari terakhir mereka di sini. Maklum yang merpati dua sejoli itu mahukan privasi, cepat-cepat Pia berkata, "Eloklah dia temankan awak bersiar-siar, boleh saya lepak di hotel dan menulis."

"Thanks, Sofea! I can't ask for more understanding friend!" Sabrina bersorak kecil.

"Humph! Bodeklah tu!"

************************

Usai bersiap, mereka melangkah ke balai makan di hotel itu, sebuah ruang yang hanya berbumbung dan dikelilingi landskap pantai yang mendamaikan (eh ada ke?. Tiba di balai itu, terlopong Pia melihat teman bersembangnya semalam sedang duduk bersantai di meja sarapan sambil membelek telefon pintarnya.

"Well,well,well. It looks like it's not just me who's having a holiday romance," bisik Sabrina kepada Pia.

Menyedari kehadiran mereka, teman bersembang nya semalam mendongakkan kepala. Apabila matanya bertembung dengan mata Pia, tiada senyuman di bibir, cuma pandangan tajam yang menusuk kalbu. Jantung Pia sudah berdegup kencang. Apa kata Ahmad Dhani? Berdetak lebih kencang, seperti genderang mahu perang!

'Buat apa dia di sini? Last night was a coincidence. Hari ini pula? Apa yang dia mahu? Dia sudah ingat siapa aku? So what kalau dia ingat? Lantaklah, bukan nya kami ada apa-apa lagi.' Berputar-putar kepala Pia bertazkirah kepada diri sendiri. Bibirnya dipaksa senyum seperti biasa.

Kau JodohkuWhere stories live. Discover now