Bab 8🌟

868 128 7
                                    

🌹

“Seok- ah” panggil Yuna.

Hoseok yang berada di meja kerja terus mendongakkan wajah untuk melihat keberadaan Yuna. Gadis itu senyum kecil, Hoseok membalasnya dengan senyuman juga.

“Awak sibuk ke?”

“Sikit, kenapa?” soal Hoseok lalu kembali memandang kertas kerjanya. Yuna mengetap bibir, dia melangkah perlahan menuju ke meja kerja Hoseok sebelum melabuhkan punggung di kerusi di hadapan meja lelaki itu.

“Kenapa tak tidur lagi?”

“Saya tak dapat tidur dengan tenang kalau awak tak ada..” jawab Yuna. Hoseok cuma senyum kecil, dia tidak merespon kata- kata gadis itu kerana dia sedang cuba untuk fokus keatas kerjanya.

“Seok- ah..”

“Em?” balas Hoseok dengan deheman tapi langsung tak pandang pun Yuna yang ada didepan mata. Yuna mengetap bibir.

“Saya dah ingat semuanya..” bisik Yuna buatkan Hoseok laju mendongakkan kepalanya memandang gadis itu.

“Semuanya?”

Yuna angguk, matanya merah hendak menangis.

“Bila?” tanya Hoseok.

“Dua hari yang lepas..” jawab Yuna. Hoseok terdiam, dia rasa terkilan dengan sikap Yuna, dia rasa tertipu.

“Kenapa tak bagitau saya?”

“Saya.. bingung. Saya sukakan awak Hoseok, tapi saya cintakan orang lain. Layanan awak dan layanan dia suatu layanan yang berbeza. Dan awak dan dia merupakan dua lelaki yang berbeza..”

Jawapan yang diberi Yuna buatkan Hoseok lemah seluruh badan. Seperti waktu sedang berhenti ketika itu..

“Jadi apa yang berlaku antara saya dan awak selama ni.. hanyalah tipu semata- mata?”

Yuna tundukkan wajah sebelum menganggukkan kepala. Dia menangis. Rasa serba salah memenuhi ruang hatinya. Kenapa dia begitu kejam terhadap lelaki baik seperti Hoseok? Kenapa mesti Hoseok? Kenapa mesti lelaki itu? Kenapa?

“Sampai hati awak..” bisik Hoseok. Tak semena- mena air mata jantannya mengalir keluar.

Hoseok mengangkat punggung sebelum beredar keluar dari ruangan tersebut meninggalkan Yuna yang teresak- esak sendirian.

“Seok- ah.. Saya minta maaf..”

[C] ELPIS | 제이홉 ✓Where stories live. Discover now