Bab 48

215 6 0
                                    

Seminggu kemudian...

Kami sekarang berada di rumah sendiri sebab aku dan Aryan ingin belajar sendiri untuk mengurus anak, mak dan mummy yang banyak mengurus aku dan anak-anak, semua nasihat dan pantang larang aku akan ingat

Anak-anak semua tidur selepas Aryan bermain dah jaga mereka .Tapi mana Aryan dari tadi dekat bawah tak naik-naik ,aku turun dan pergi ke dapur

"Abang tengah buat apa tu?" tanya aku .Aryan terus meletakkan sebuah bekas di bawah saji

"Sayang... kenapa turun?" Aryan terus datang pada aku dan merangkul pinggang ku

"Benda apa tu?" tanya aku lagi

"Tak ada apa-apa. dah sayang naik dekat atas kalau ada apa-apa panggil je abang" kata Aryan dengan lembut ,aku lepaskan rangkulan pinggang dan terus membuka saji dan aku tengok...

"Pulut! " aku terkejut

"Pulut kesukaan sayang lah macam sedap je!" aku ingin memakannya .Aryan terus menahan tangan aku dari makan

"Letak balik ye sayang" kata Aryan lembut, aku hanya bingung lihat Aryan

"Sayang masih dalam pantang tak boleh makan pulut kena jaga pantang larang" aku terus menepuk dahi aku

"Hehehe lupa. tapi abang dapat dari mana? " tanya aku

"Mummy bagi, dah jom kita naik atas sayang rehat sebab anak kita... " Aryan terus terdiam

"Sayang anak kita kenapa tinggal macam tu"

"Aduhh sayang lupa hehehe" kata aku dan tertawa perlahan. juga tersengeh

"Emm dah jom lah tidur, dah malam ni" aku dan Aryan berjalan bersama

*****

Aku terbangun dari tidur sebab apa? sebab Syarifa menangis ,aku angkat dia dan menyusu nya. Aku tengok jam pukul 3:50 pagi dengan mata mengantuk, tiba-tiba Aryan juga bangun

"Kenapa sayang?" tanya Aryan

"Syarifa nangis mungkin nak susu" kata aku sambil menyusu kan Syarifa

"Dah pukul berapa?" tanya nya lagi

"Dah jam 3:50" kata aku ,Syarifa berhenti dari minum aku melepaskan nya, tiba-tiba dia menangis lagi

"Kenapa anak mama menangis ni?" sambil menenangkan Syarifa

"Sayang duduk je biar abang yang buat" aku angguk dan beri pada Aryan, Aryan menenangkan Syarifah supaya tidak menangis lagi, aku tidak tahan mengantuk akhirnya tertidur juga

"Dah tidur dah anak papa ni" kata Aryan dan mencium pipi anaknya ,ia tengok Sarah tidur dengan nyenyak .Ia meletakkan Syarifa di katil bayi lagi

Aryan pun tidur di sebelah Sarah dan membelai rambutnya

*****

"Sekarang kita mandi ye sayang" kata aku sambil membuka baju dan lampin Syarifa untuk mandi, Aryan pula membuka baju Syarif

"Abang tak nak kerja ke? dah berapa minggu ni" kata aku

"Tak kan abang nak biarkan isteri abang nak jaga anak 2 orang pula tu .Tak apalah abang kan bos"

"Berlagak pula dia mentang-mentang dia bos" kata aku ,Aryan ketawa

"Lagipun Sofia uruskan semua nya" aku hanya oh je

"Sayang nak mandikan Syarifa dulu ye bang" Aryan angguk ,segala persiapan mandi sudah tersedia, aku pun memandikan Syarifa ia pun merengek

"Sayang ni tuala nya, sayang lupa lah tu nak bawa" kata nya dan berdiri di sebelah ku

"Abang pegang jap ye" kata aku pada Aryan, aku pun selesai memandikan Syarifa ,Aryan memberi tuala nya

"Hebat lah mandi kan anak kita macam mak bidan je ,sayang belajar dari mana?" tanya nya ,aku pun bangun

"Sayang tak belajar kat mana-mana pun...sayang selalu tengok mak bidan kalau mandikan baby" kata aku

"Nah! abang pakaikan Syarifa baju dulu tapi sebelum tu bawa Syarif dulu ye abang" aku memberi Syarifa pada Aryan

"Baik lah bos!" katanya sambil ketawa ,Aryan meletakkan Syarifa di katil dan terus mengangkat Syarif dan beri padaku

"Cepat abang pakaikan lampin dekat Syarifa kang tak pasal-pasal kencing" kata aku, Aryan pun terus pergi pada Syarifa

Selesai mandikan Syarif...

"Ya Allah abang!" kata aku sambil dukung Syarif untuk memakai kan baju tapi apa yang aku nampak

"Hehehe abang tak tahu jadi abang tutup je lah dengan lampin...abang tak tahu nak lekatnya" katanya

"Sayang nak pakaikan Syarif dulu" aku meletakkan Syarif di katil dan memakaikan lampin

"Macam ni abang kalau nak pakaikan lampin nasib Syarifa tak kencing" kata aku

"Abang duduk je lah biar sayang uruskan diaorang, abang tengok macam mana nanti dah tahu senang lah" kata aku, Aryan pun akur.

"Lah senang je rupanya" katanya lagi dan fokus melihat aku menguruskan anak-anak

"Dah siap!" kata aku lagi

"Wangi nya lah anak papa ni..! " katanya dan mencium mereka berdua
"Ni pun wangi! " kata Aryan dan terus mencium pipi aku

"Abang ni kan!" kata aku, Aryan hanya ketawa

"Abang cuma tengok tu!" kata aku tunjuk pada dinding

"Tak ada apa pun" Aryan terus memandang aku dan aku terus mencium pipinya

"Amboi sayang...sayang super mama!" katanya

"Abang nak pergi bawa jap ye" aku angguk, Aryan pun keluar ,aku tengok Syarif dan Syarifa tak tidur pun

"Eh dua-dua anak mama tak tidur, nak temankan mama ye" aku pun bermain dengan mereka

Beberapa minit kemudian...

"Sayang!" tiba-tiba Aryan masuk ke dalam bilik dengan membawa dulang dengan adanya piring dan cawan

"Wah!!  susah-susah je abang ni" kata aku

"Tak susah pun ni untuk sayang" Aryan memberikan pada aku

"Terima kasih abang!" kata aku dengan mengambil nya

"Sama-sama..." katanya aku pun makan

"Sedapnya lah master chef kita masak ni" kata aku

"Abang masak biasa je lah... anak kita tidur ke?"

"Haah bang... ,Abang dah makan ke belum?" tanya aku

"Belum lagi sayang... "

"Belum lagi?! kita makan sama-sama ye" kata aku, Aryan angguk

"Buka mulut..." kata aku, aku menyuapkan makanan pada Aryan

"Abang sayang tak dengan sayang ni?" tanya aku sambil menyuap lagi pada mulut Aryan

"Sayang sangat dan abang cinta dengan sayang!" katanya

"Sayang?" tanya nya

"You are my hero and im very love you! " kata aku dia terus memeluk ku erat dan aku juga membalasnya

"Dah lah kita makan dulu" kata aku sambil tertawa perlahan dan Aryan

"Ye tak ye juga kan" katanya

Bersambung...


Ego Cinta Where stories live. Discover now