Epilog 10

143 3 0
                                    

Malamnya... Aku berada di dalam bilik anak-anakku untuk mentidurkan mereka sambil tu aku membaca cerita dongeng pada mereka.

"Anak-anak mama ni tak tidur lagi cerita dah habis." kata aku dengan suara lemah lembut.Mereka hanya tersenyum.

"Dah sekarang ni tidur. Ok?" kata aku lagi.

"Ok mama!" kata Syarif.

"Sayang... kalau mama tak ada nanti jangan nakal-nakal ye dan dengar cakap papa tau." Aku tersenyum. Mereka berdua terus memandang wajahku.

"Mama nak pergi mana?" tanya Syarifa dengan pelik.

"Mama tak pergi mana-mana.Mama sentiasa dekat hati Syarif dan Syarifa! Mama sayang kamu berdua." Aku tidak tahan untuk mengeluarkan air mata.

"Mama menangis?" tanya Syarif. Mereka terus memeluk aku erat.

"I love you!" kata aku dan mencium pipi mereka.

"I love you to mama!" kata mereka serentak.Air mata aku semakin deras. Syarif mengelap air mata aku yang jatuh di pipi.

"Dont cry mama!" kata nya.

"No! No! No!" kata Syarif pula yang melarang aku supaya tidak menangis. Aku tersenyum lebar.

Dengan senyap-senyap Aryan mendengar perbualan isterinya dan juga anak-anak nya di depan pintu. Air mata Aryan juga jatuh. 'Ya Allah macam mana aku nak hadapi dengan dugaan yang berat ini. Aku tak nak kehilangan nya , hanya dia lah seorang wanita yang aku cintai dan jadi ibu pada anak-anak ku' doanya di dalam hati.

2 hari kemudian...

Aku memegang perutku yang bila-bila masa sahaja aku bersalin.Tiba-tiba telefon ku berdering. Tertera nama 'My husband'. Aku pun menjawabnya.

"Assalamualaikum sayang! Buat apa tu?" tanya Aryan.

"Waalaikumusalam abang! Sayang cuma duduk dekat sofa ruang tamu ni. Abang lama lagi ke balik?" dengan wajah yang muram.

"Kejap lagi abang baru nak meeting sayang. Sayang betul tak nak pergi rumah mummy? Anak-anak kan dekat sana, abang takut pula sayang nak bersalin." risau Aryan.

"Tak apa abang. Sayang duduk rumah seorang je, sayang tunggu abang balik ok.Jangan lambat balik nanti sayang bersalin pula." kata aku sambil tersenyum.Terdengar di panggilan Aryan sedang ketawa.

"Hahaha ok sayang.Abang nak meeting dulu ni nanti kita jumpa dekat rumah.Bye sayang, i love you so much my heart." aku tersenyum bahagia.

"Bye abang.I love you to!" kata aku pula. Kami pun menamatkan panggilan.

Beberapa minit kemudian...

Tiba-tiba perut aku sakit.Aku pegang perutku.

"Ya Allah, tak kan aku nak bersalin sekarang?" aku jadi risau.

"Relax sarah kau mesti boleh ,kau kena tahan!" kata aku sambil tenangkan diri.Aku mengambil telefonku dan dail nombor telefon Aryan.

"Tut.. Tut... Tut... " Aryan tidak menjawabnya.

"Ya Allah aku lupa Aryan tengah meeting.Tapi kena cuba mana tau diangkat." aku menelefon Aryan banyak kali tapi tetap juga tidak dijawab.Aku cuba bangun sendiri dari sofa dan menaiki tangga.

"Ahhh!" perut aku semakin sakit.Aku tetap menaiki tangga lalu aku masuk ke dalam bilik aku dan Aryan.Aku mengambil beg yang sudah disiapkan dengan persiapan untuk aku bersalin.

Kemudian aku mengambil nya dan turun lagi ke bawah lalu duduk semula di sofa. Aku lihat telefon pintarku. Tiada panggilan masuk.

"Ya Allah abang! Angkat lah." aku berharap Aryan menjawabnya.Aku mendail nombor telefon Sofia iaitu PA Aryan.Sofia pun menjawabnya.

Ego Cinta Where stories live. Discover now