Ikhtilat

33 7 4
                                        

Seperti mana sis janjikan sebelum ni , kita nak bincang pasal IKHTILAT.

Actually sis takut sangat nak cakap bab ni , bukan apa , takut salah bagi maklumat and takut sebab sis pun tak berapa jaga bab ikhtilat ni lagi. Tapi , why not kita sama-sama usaha ?

Okey so firstly ,

Ikhtilat tu apa eh ?

Ikhtilat adalah hubungan antara lelaki dan perempuan. Dalam islam , Allah amat tekankan bab ikhtilat ni. Tapi , dalam kehidupan canggih kita sekarang ni memang ramai yang tak peka dengan ikhtilat. Ikhtilat boleh jadi haram dan boleh jadi harus.

Ikhtilat jadi harus apabila "kita nak lakukan sesuatu atau meminta pertolongan dari seorang lelaki dengan alasan hal kecemasan atau kawan perempuan tidak dapat membantu"

Maksud dia kat sini , ikhtilat tu boleh apabila kita dalam keadaan yang urgent. Contohnya , kereta kita rosak tengah jalan and takde kawan perempuan yang boleh tolong or takde family yang terdekat. So , disini kita boleh gunakan ikhtilat dengan alasan nak memohon pertolongan dari lelaki tersebut. Tapi , kalau ada yang mampu tolong contohnya abang kita , kita wajib dahulukan mahram kita. Kalau memang betul-betul takde yang boleh bantu , baru boleh minta tolong kawan lelaki.

Ikhtilat jadi haram apabila " berbual kosong atau lagha dan bergurau senda antara satu sama lain " .

Sepertimana yang berlaku dalam masyarakat zaman sekarang. Lelaki dan perempuan langsung tak menjaga ikhtilat antara satu sama lain. Siang malam otp. Bergurau senda siap tampar tampar bahu lagi. Allahuakhbar ! Tak guys , tak !

" Saya dengan dia tak couple pun. Kawan je "

Awak nak tau satu fakta ? Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Sebab apa ? Sebab satu hari nanti , antara salah seorang dari kamu , akan ada yang jatuh cinta.

Kalau ada perkara yang betul-betul mustahak sahaja dibenarkan untuk bercakap dengan bukan mahram itupun dengan bersyarat.

(1) Tidak bercakap dengan nada yang boleh menggoda
(2) Tidak berbual berdua-duaan
(3) Menjaga batas aurat antara satu sama lain
(4) Bercakap dengan dasar hal penting sahaja

Guys ,
Selagi kita boleh jaga , kita jaga okey ?
Banyak hikmah kenapa Allah suruh kita jaga ikhtilat antara satu sama lain.

Sis tak sempurna , sis pun kadang terlepas pandang bab iktilat ni. Tapi , mulai hari ini kita tanam azam nak jadi hamba Allah yang mulia okay ?

💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚

Surah al-A’raf: Ayat 26

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Guide Where stories live. Discover now