Doa tak makbul

20 2 0
                                        

Semua dari kita tahu , Allah takkan pernah tolak doa setiap dari hambanya. Cepat atau lambat , Allah tetap akan makbulkan doa hambanya. Bertapa sayangnya Allah dekat kita , itu pun kita still nak salahkan Allah ?

Tapi , Rasulullah ada beritahu bahawa ada beberapa jenis manusia yang Allah tak makbulkan doanya. Allah tak makbul bukan tak sayang tapi Allah tahu setiap niat dari hambanya apa function dia berdoa.

Actually ada banyak tapi sis share empat je dulu.

Pertama , Doa dengan Allah tapi hatinya ke arah lain.

Apa maksudnya tu ?

Pernah tak bila awak berdoa selepas solat tapi awak tak ikhlas dalam berdoa ? contohnya , awak doa sama seperti sebelum ni. Tapi , hati awak dah tak ikhlas dalam doa sebab kalut kalut nak buat hal dunia.

Sis bukan manusia sempurna. Sis sendiri pun pernah buat benda tu. Doa macam - macam tapi hati tengah ke arah benda lain. TAK IKHLAS DALAM DOA !
TAK BERUSAHA DALAM DOA !

macamnila sis bagi contoh , kalau awak couple dengan someone ni. Awak tengah syok syok dok cerita kat dia pasal aktiviti awak , tapi dia yeye je dengar tak dengar. Apa perasaan awak ?

mesti dalam hati be like ; Dia ni dah bosan dengan aku ke ? Tawar hati la dia dah tak tunjuk effort dalam relay

Samalah dengan Allah !
Allah mintak dari Allah tapi awak ye ye doa tak tunjuk effort. Dalam hati , alaa takpela asalkan doa.

NO !

Kedua , doa dari orang yang serba haram.

Bukan manusia berkepala khinzir okey ?
maksudnya dekat sini , segala benda dalam kehidupan awak itu hasil dari sumber yang haram.

Pakaian haram
Makanan haram
Minuman haram

Sebab tu , kita selalu diperingatkan . Siapa yang minum arak , 40 hari ibadahnya takkan diterima Allah ( correct me if i'm wrong ) . Arak ke makanan haram ke sama je . Allah takkan makbulkan doanya.

Sebabtu kita kena sentiasa BE CAREFUL sumber duit yang kita dapat.

Ketiga , doa dari orang yang cepat putus asa

Doa baru tiga kali , tak makbul terus stop doa. Lepastu salah Allah " Kenapa engkau tak makbulkan doa aku ? Kenapa kau kejam dengan aku ? Apa dosa aku ?" . Dik , kau kalau nak bercinta 10 kali kena reject pun kau still menunggu dia. Tapi dengan Allah , baru berapa kali doa kau dah putus asa ? Adil ke kau dengan Allah ?

Bila kau nak sesuatu tu , please tunjuk effort dan jangan putus asa. Allah sentiasa mendengar doa kau.

Allah tahu waktu dan apa yang terbaik untuk kau. Kau je buta tak nampak apa yang Allah cuba nak bagi dekat kau.

Tak apa yang selalu kita minta tu , terbaik untuk kita. Allah lebih tahu apa paling terbaik untuk kita. Allah bagi apa yang kita perlukan , bukannya apa yang kita mahukan.

Keempat , doa untuk menzalimi orang lain.

" Ya Allah , pendekkanlah umur dia "

" Ya Allah , bagila dia mati kena gilis dengan tayar lori "

" Ya Allah , masukkanlah dia ke dalam neraka "

EH EH KAUUUUU , Pandai pandai je guna nama Allah nak balas dendam kau. Haloo , hamba Allah ni bukannya kau sorang. Hamba Allah ni banyak tau tak ?

Allah sayang hamba dia. Dia takkan nak buat benda terkutuk macam tu just nak tunjuk sayang dia dekat kau je ?

Allah tahu , cara nak bagi kifarah dekat dia.
Allah tahu , setiap suara hati hamba dia.

Memang Allah takkan makbulkan doa macamtu even kau teraniaya sekali pun. Allah tahu cara nak balas dosa hamba dia. Tak dunia , akhirat kelak !

Soo , dah tahu apa sebab doa kita tak dimakbulkan ?
Cuba ubah diri kita jadi paling mulia di sisi Allah , semoga kita sama - sama mencapai Jannah Allah. Aamiin .

*********

Surah al-Baqarah, ayat 186. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku kepadamu, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan doa setiap orang yang berdoa kepada-Ku."

Guide Where stories live. Discover now