Abu Qilabah

7 1 0
                                        

Pernah kita dengar nama Abu Qilabah ni ?
Jarang - jarang nak dengar nama Abu Qilabah .

Siapa dia ?
Apa sumbangan dia dalam islam ?

******

Aku musafir yang sedang menaiki kuda bersama sahabatku. Di tengah panas terik dan di tengah - tengah padang pasir. Kami sangat keletihan tambahan lagi bekalan kami semuanya habis. Kami buntu , Ya Allah !

" Hei , lihatlah disana ! Ada satu pondok kecil di situ , mungkin kita boleh meminta bantuan kepadanya " Tegur sahabatku. Kami bersama- sama menuju ke pondok kecil yang berada di tengah - tengah padang pasir ini.

Pondok kecil itu terlihat sungguh usang. Aku turun dari tungganganku dan memberi salam kepada pemiliknya.

" Asalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh "

" Waalaikumusalam warahmatullahi wabarokatuh " Jawab pemilik pondok itu. Sayu hatiku apabila melihat keadaan pemilik pondok itu.

Tangannya putus.
Kakinya putus.
Matanya buta.

Terdetik di hatiku , bagaimana orang ini boleh hidup bersendirian di muka bumi Allah ?

" Kamu siapa ? Apa yang aku boleh bantu ? " Tanya lelaki tua tersebut.

" Aku adalah musafir yang kehabisan bekalan. Aku datang ke sini kerana ingin meminta sedikit bantuan bekalan jika kamu punya . Kamu pula siapa ? "

" Aku adalah salah satu hamba Allah "

" Wahai tuan , apa yang kamu buat di padang pasir ini ? "

" Alhamdulillah , bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah kepadaku " Jawapan yang diberikan lelaki tua itu membuatku tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh bersyukur dengan keadaannya yang parah sebegini ?

Aku membuka mulut untuk bertanya kepadanya.

" Apa yang membuatkan kamu bersyukur sedangkan kamu sedang diduga sebegini berat ? "

" Diam kamu ! Kamu tidak tahu bertapa besarnya nikmat yang diberikan Allah kepadaku. Apabila aku berkata - kata , hilang segala kecelakaan dalam diriku. Alhamdulillah atas segala nikmat " Jawapannya amat mengagumkanku. Cuba anda bayangkan , bagaimana orang yang ditimpa sebegini berat tapi mulutnya masih mampu mengucapkan terima kasih kepada Tuhan ?

" Baiklah , apa yang aku boleh bantu kamu ? " Tanyaku , cuba untuk menolongnya sedayaku.

" Aku mohon carikan anakku. Selama ini dia yang memberi makan kepadaku. Tetapi , sudah tiga hari dia tidak kembali. Boleh kamu tolong carikan ? Dia mungkin berada di sekitar ini. Jika kamu lihat ada anak muda , dialah anak ku " Sejurus permintaannya itu , aku keluar dari pondok kecil itu dan memandang sekeliling.

Alangkah sedihnya apabila aku ternampak satu mayat manusia yang sedang dikerumuni beberapa ekor singa. Kelihatan singa itu sedang mencarik daging manusia tersebut. Aku buntu , bagaimana mahu beritahu lelaki tersebut ?

Sekembalinya aku di dalam pondok , aku bertanya kepadanya.

" Apakah kamu tahu kisah Nabi Ayub ? "

" Sudah tentu ! " Jawabnya.

" Boleh kamu cerita sedikit tentang kisahnya ? "

Tanpa berfikir panjang , lelaki tua itu bersuara.

" Siapa yang tidak kenal dengan insan yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi itu ? 20 tahun dia menghidap penyakit kusta , 20 tahun 12 orang anak lelakinya mati. 20 tahun dia menghidap penyakit sehingga dijauhi oleh umatnya sendiri"

" Jadi , aku mohon semoga engkau mencontohi sedikit sifat Nabi Ayub. Hal ini kerana , aku terlihat jasad anakmu dimakan beberapa ekor singa"

" Alhamdulillah " Responnya mengejutkan aku.

" Kenapa aku ucap Alhamdulillah ? "

" Aku bersyukur kerana akhirnya anakku masuk ke dalam syurga terlebih dahulu sebelumku "

" Apa maksud kamu ? "

" Allah sudah berjanji , sekiranya seseorang itu menjaga ibadatnya dan menjaga ibu bapanya maka syurgalah tempatnya kelak "

Aku terdiam seketika. Sungguh hebat lelaki ini. Anggapanku bahawa dia akan menangis meratapi kematian anaknya. Tetapi , anggapanku salah. Seketika kami diam , aku terdengar suaranya mengucapkan syahadah. Setelah itu , tamatlah riwayatnya.

Aku buntu , apa yang harus aku lakukan sekarang ini ? Ya Allah , bantulah hambamu yang kesusahan ini.

Dengan Izin Allah , ada 4 orang bersama tunggangan kudanya sedang melewati padang pasir ini. Aku menjerit meminta tolong dan akhirnya mereka menuju ke arah kami.

" Ya ? Apa yang kami boleh bantu ? " Tanya salah seorang dari mereka. Mereka mungkin dari kalangan kerajaan kerana cara berpakain mereka yang amat mewah.

" Tolong aku. Ada seorang lelaki tua yang putus kaki dan tangannya serta buta matanya telah meninggal dunia "

" Lelaki buta putus kaki dan tangan ? Dimana dia sekarang ? " Lelaki itu seolah olah mengenali lelaki tua tersebut. Aku membawa mereka ke pondok kecil itu.

Mereka mencium lelaki tua itu dan menangis meratapinya. Aku tertanya - tanya siapakah lelaki tua tersebut ?

" Siapakah lelaki ini ? " Tanyaku memohon kepastian.

" Kamu tidak kenal ? " Aku menggelengkan kepala.

" Dia adalah Abu Qilabah , sudah lama kami mencarinya. Dia adalah satu - satunya sahabat Nabi yang tinggal. Dia diminta oleh raja untuk dilantik sebagai Hakim. Tetapi dia telah melarikan diri kerana tidak mahu menjadi Hakim . Dia seorang yang sangat soleh malahan doanya amat mustajab "

Aku terkedu. Alhamdulillah , Allah berjaya mempertemukan ku dengan seorang sahabat Nabi walaupun hanya pertemuan sebentar. Pertemuan itu memberi ku erti bersyukur kepada Allah.

***

Dah tahu , siapa Abu Qilabah ?

Cuba komen sikit apa yang korang dapat dari kisah Abu Qilabah ni.

Guide Where stories live. Discover now