why perempuan kena tutup aurat

24 4 0
                                        

Okey , so beberapa hari ni sis hilang untuk mencari jawapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okey , so beberapa hari ni sis hilang untuk mencari jawapan. Sis hilang untuk menyelidik.

Korang dah baca chat kat atas tu ?
Actually yang tu jawapan dari kawan lelaki sis sendiri.

Haritu sis ada tanya setiap kawan lelaki sis ,

Lelaki akan menggelabah ke kalau ternampak aurat perempuan ?
Kalau nampak leher or rambut sahaja ?

So sis memang dapat pelbagai jawapan.
Ada yang alhamdulillah ,
Ada yang Nauzubillah.

Tapi yang sis share ni jawapan dia paling bagus setakat ni.

Sekarangni , apa pendapat korang ?

Ni apa yang sis dapat dari kawan kawan lelaki sis.

Memangla nampak leher or rambut je , nampak biasa biasa kan ? Tapi tu semua bagi lelaki jadi indah. Tambah tambah kalau nampak perempuan pakai ketat .

Senang cakap benda mengghairahkan ni semua indah. Bagi perempuan mungkin nampak simple , tapi benda tu boleh naikkan nafsu lelaki.

Mungkin ada sesetengah lelaki yang boleh control . Sesetengah lelaki tak boleh control. Sebabtu ada kes yang mana lelaki guna gambar perempuan bertudung untuk melan*** . Tengok perempuan bertudung pun boleh naik nafsu tau ? Tambah lagi kalau yang pakai tudung singkat tu.

Tapi tak semua lelaki macamtu ,
ada sesetengah lelaki dia bila nampak aurat , automatik pusing pandang tempat lain or tegur perempuan tu. Depends !

So girls out there ,
what do you think ?

Sebab itu Islam dah tetapkan batas aurat kita dengan lelaki. Kita ada 9 nafsu , lelaki ada 1 nafsu tapi takboleh kawal.

Cuba bayangkan perempuan yang bertudung pun lelaki dah boleh naik nafsu , apatahkan lagi perempuan tak tutup aurat ?

Beware girls !
Jaga diri kita elok - elok .
Jangan dikemudian hari baru nak insaf .

and to those lelaki , please jaga nafsu !
Bila setiap kali nampak benda mengghairahkan , alihkan pandangan and istighfar banyak banyak.

Insya Allah

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya" (Surah An-Nur : Ayat 31)

Guide Where stories live. Discover now