Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Sehinggalah badanku menyentuh permukaan dinding. Tiada lagi tempat untuk aku melarikan diri.
"Pergi.."
Air mata aku menitik lagi. Wajah Alvin itu aku pandang dengan mata merayu.
"Tolonglah..jangan apa apakan aku.."
Mata aku jatuh pada tangannya yang menggenggam fabrik pakaianku yang sudah dikoyaknya.
Kemudian aku pandang matanya. Seolah olah matanya itu kehausan.
"Pergi Alvin..jangan apa apakan aku.."
Dia mengurangkan jarak antara kami. Jantung aku mula berdebar hebat.
"I want you, Dhia.." suara garaunya itu berjaya membuatkan bulu roma aku tegak berdiri. Terasa suhu rendah di bilik itu mencengkam sehingga ke tulang. Membataskan pergerakan.
Terus, tanpa apa apa amaran, Alvin menarik aku ke dalam pelukannya. Tindakan drastik, aku meronta ronta lagi.
"Lepaskan aku!"
"Tolong!"
"Tolong aku!"
"Farhan!"
Aku tersentak dari mimpi ngeri. Terasa ada peluh mengalir di dahi. Aku memandang sekeliling, Alvin tiada.
Aku masih terbaring di atas katil milik Tokma. Pakaianku masih lengkap tanpa koyakan atau cacat cela. Aku terus menghembuskan nafas.
Mengeluh.
Penat bila mimpi yang sama berulang ulang.
Tak pernah dijangka yang tindakan menakutkan Alvin ini mampu membuatkan aku fobia.
Trauma.
Mungkin itu perkataan yang lebih tepat.
Aku memandang jam di dinding.
Tepat pukul 3 pagi.
Aku melontarkan pandangan ke luar tingkap. Nampak langit yang masih lagi gelap dan hanya ada beberapa bintang sahaja yang berkelipan.
3 pagi...
Waktu begini waktu kegemaran Alvin.
Aku kembali menggigil. Bagaimana kalau dia datang lagi? Jikalau kelmarin aku masih mampu selamat, bagaimana pula dengan nasib hari ini?
Aku cuba untuk relaks.
Perasaan ini buatkan aku sentiasa berdebar. Menggigil. Diselubung ketakutan.
"Tak apa, Dhia. Tenang.." ujarku sendiri. Suaraku nampaknya sedikit sebanyak sudah ada kembali.
Walaupun masih sedikit serak.
Masih tak cukup untuk aku menjerit jika Alvin datang lagi.
Ah---Alvin tak akan temui kau. Kau berada di bilik Tokma, Dhia. Alvin tak tahu kau disini.
Seperti menyedari sesuatu, terus aku bangun dari pembaringan. Hanya aku sendiri yang ada disini.
Tokma dan Ezela tidur di mana?
"ahhhhh!!!!"
Aku tersentak tatkala suara perempuan menjerit menjengah. Apa yang lagi mendebarkan, itu suara Tokma!
Terus, kekecohan kedengaran di luar bilik. Aku tidak menunggu lama, laju sahaja aku berlari keluar.
Apa yang aku lihat, pintu bilikku terbuka.
Perasaan takut aku tepis. Apatah lagi apabila mendengar suara Ezela sudah menangis.
"Ella" sebutku perlahan. Terus aku ke bilik tidurku dan apa yang aku nampak. Ada figura sedang bergelut di atas katil milikku.
Suasana gelap.
Namun aku tahu..itu Alvin!
Cepat aku membuka suis lampu dan apabila ruang itu disimbahi cahaya oleh lampu kalimantang, aku membuntangkan mata.
"Tokma!" jeritku dalam keadaan serak.
Alvin yang berada di atas Tokma memandangku terkejut. Mungkin tidak menyangka bahawa aku disini.
O--oh!
Adakah Alvin ingat yang Tokma itu aku? Kerana Tokma berada di bilik aku?
Kiranya, Alvin salah orang dan dia hampir memperkosa---Tokma?
Aku rasa situasi ini agak kelakar pada awalnya, hampir aku tergelak namun tak lama.
mendengar saja suara Tokma meminta tolong, aku terus berlari ke arah mereka dan Alvin yang berada di atas Tokma itu aku tolak sekuat hati.
"Irdan!! Tolong!!" aku menjerit serak. Tokma pula aku sudah tarik dan memeluknya kejap. Dapat aku rasakan betapa menggigil tubuh Tokma. Terus aku menjauhi Alvin.
Lagi. Aku rasa hendak tergelak.
Ah! Selalu saja aku tidak serius dalam situasi begini.
"Pergi Alvin! Kau tak guna!" jeritku lagi. Pedih tekakku namun aku cuba abaikan sahaja rasa sakit itu.
Alvin tiba tiba tergelak kuat.
"Euw, i thought she was you, darling."
Lagi, Alvin tergelak.
Apa ke bodoh dia tak boleh beza aku dengan Tokma?
"Kau binatang!" Tokma tiba tiba sahaja melepaskan pelukanku dan mendekati Alvin.
Pang!
Haa kau, sekali Tokma hadiahkan penampar sulungnya. Terteleng kepala Alvin. Tak cukup dengan itu, Tokma menarik rambut Alvin dan ingin menghempaskan kepala itu ke dinding!
Namun Alvin sempat menahan dengan tangan sasanya, sebelum Tokma ditolak dan rebah di atas lantai.
"Tokma!"
"Penat betul nak dapatkan kau, Dhia!"
Belum sempat aku mendekati Tokma, Alvin tiba tiba sahaja menarik aku lalu ditolak ke atas katil.
"We will make love infront of your grandmother, darling" bisik Alvin jelas di telingaku dan sekali lagi, aku rasa nak tampar jantan tak guna ni.
"Go fu** yourself!" dengan seraknya, aku menjerit lagi. Badan meronta ronta kuat sehingga mengganggu pergerakan Alvin.
Pang!
Pipiku ditampar Alvin. Mungkin dia bengang yang aku asyik meronta dan tidak duduk diam.
"Irdi.." dari hujung mata, nampak Tokma ingin mendekati aku namun Alvin sekali lagi menolak Tokma dengan kakinya. Terus jatuh terlentang ke belakang.
Tiba tiba saja darah menyirap naik ke kepala.
Alvin betul betul kurang ajar!
"Your smell like strawberry--" baru sahaja Alvin ingin menghiduku dengan lebih lama, aku mencapai pasu bunga mini di tepi katil.
Dengan kuat, aku menghentakkan pasu itu di belakang kepalanya.
Pring!!!
Pecah.
"Dhia!"
"Kak Dhia!"
Aku toleh ke sisi dan nampaknya Irdan dan Jessica datang!