Petikan BAB 14

17K 1.3K 128
                                    

Diingatkan ini sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati. Buku kedua.
Ditulis pada tahun 2019. Kesalahan tatabahasa belambak-

Petikan BAB 14

***

Aku menyuapkan kek batik pemberian Linda itu ke dalam mulut Ezela. Setakat ini apa yang boleh aku tafsirkan tentang diri anak pertama aku ni, dia amat sukakan benda benda manis.

"Sedap?" soalku. Biarpun aku sudah tahu jawapan Ezela bagaimana. Selama ini dia tidak pernah menolak kek dan kuih.

Ezela tidak membalas, dia hanya senyum dan masih lagi mengunyah.

Melihat Ezela yang tersenyum itu, mengingatkan aku pada senyuman Farhan. Dia sempat meninggalkan aku pagi tadi dengan segaris senyuman hambar.

Lagi, hati aku dihurung rasa sayu.

Farhan tidak pernah begitu. Apa yang dirisaunya? Tak mungkinlah kalau dia tiba tiba saja akan....mati?

Ah!

Inilah masalah perempuan. Terpengaruh dengan drama dan lakonan di kaca televisyen. Mana mungkin Farhan bersikap demikian kerana sudah ingin 'dijemput'.

Tapi...kalau benar benar berlaku bagaimana?

Tiba tiba sahaja telefon bimbitku berdering. Terputus segala bayangan negatif terhadap nasib yang bakal Farhan tempuh.

Ada satu tangan kecil yang menghulurkan telefon itu kepada aku, dengan mulut yang masih penuh dengan kek batik dan sudahpun comot, Ezela masih lagi senyum.

"Ibu jawablah" katanya. Lalu satu lagi kek diambil dan disuap ke dalam mulut.

Aku mencapainya dan ucapan terima kasih aku hadiahkan. Seketika, panggilan itu aku jawab.

"Assalamualaikum, ini Puan Dhia Irdina?" satu suara halus dari corong telefon itu menjengah telinga. Aku rasa aku kenal pemilik suara ni.

"Waalaikumussalam, ya saya Dhia."

Aku menunggu perempuan di hujung talian memperkenalkan diri. Meskipun aku yakin yang dia sememangnya pembantu Farhan, sudah beberapa kali aku pernah berjumpanya dahulu.

"Saya Moon Aira. Puan ingat saya lagi kan?"

Tekaan aku mengena.

"Ya saya ingat. Kenapa Moon? Ada apa apa hal penting ke?" soalku berhati hati. Masih cuba berlagak tenang. Walhal dalam hati usah dikata, bagaikan ada ombak yang memukul mukul jiwa.

Berdebar.

Kenapa pula pembantu Farhan menelefon aku? Selama ini tidak langsung tidak pernah. Jangan jangan ada apa apa yang berlaku dekat Farhan?

Kemalangan?

"Saya nak laporkan keadaan Inspektor Farhan, suami puan." katanya lagi.

Dan seolah dada terasa hendak pecah. Lagi kuat kepala aku mengatakan bahawa ada sesuatu yang buruk menimpa Farhan. Aku memandang Ezela yang masih lagi enak menjamah kek batik, tidak dapat terbayang di ruang minda kalau Ezela setahun jagung itu akan kehilangan ayahnya.

"Kenapa Moon? Apa jadi dekat Farhan?" soalku tidak sabar. Ada getar dalam nada suara aku. Mata pun dah terasa pedih. Aku yakin sebentar lagi mata aku akan 'hujan'.

"Eh Puan Dhia jangan panik, Inspektor Farhan cuma tidak sihat sikit. Badan dia panas. Dia pesan yang mungkin dia akam pulang lewat hari ini"

Huh?

"Tak sihat? Dia buat apa sekarang? Dia masih di tempat kerja? Saya datang.."

"Tak--" Moon pantas membantah.

          

"--Tak perlu, Puan Dhia. Inspektor dah pesan yang dia masih okey. Nanti saya bawakan dia ke klinik peribadi kami." kata Moon lagi.

Aku tahu aku boleh harapkan pekerja Farhan itu. Tapi hati aku masih lagi risau. Berbelah bahagi. Aku patut ke sana menemani Farhan. Ataupun minta sahaja sesiapa yang lain menggantikan tempat farhan buat sementara sehingga dia pulih.

"Puan Dhia?"

Aku tersentak mendengar suara itu menjengah lagi. Ah, berkhayal pula.

Aku terdengar Moon ketawa kecil di hujung talian.

"Puan Dhia risau ya? Tak apa, jangan fikir lebih lebih. Inspektor hanya demam biasa. Itu pun dia tak benarkan saya bagitahu Puan. Tapi Puan kan isteri dia, mestilah saya akan bagitahu juga"

"Erm, dia sekarang macam mana? Boleh saya cakap dengan dia?"

"Inspektor baru sahaja makan ubat dan tidur di bilik rehat sekejap. Saya boleh kejutkan dia kalau Puan nak---"

"Tak apa. Tak perlu. Biarkan dia dapat rehat secukupnya. Nanti dia dah bangun, pesan yang jangan kerja lebih lebih. Kalau tak mampu beri saja kes tu dekat pegawai lain. Boleh?"

"Baik Puan Dhia."

"Terima kasih, Moon."

"Sama sama"

Aku menghembuskan nafas lega. Setidaknya aku tahu yang Farhan tidak mengalami kemalangan. Hanya demam biasa.

Risau tu risau juga. Farhan jarang demam. Tapi kalau dah demam mesti manja terlebih. Sumpah nanti malam dia balik, aku kurung aje dia dalam bilik. Tak payah pergi kerja lagi.

Ish. Degil dia ni. Kalau tak buat orang risau tu tak boleh ke?

Dalam kepala, aku sudah mempersiapkan beberapa karangan untuk dibebelkan nanti.

Tiba tiba saja, aku rasa perut aku seakan memulas. Seolah ada satu rasa yang tidak enak. Tekak pula terasa seperti dicucuk cucuk. Anehnya, bukan sekadar dicucuk, malas sedikit hangat.

Oh tak...

Aku menekup mulut. Serasa ada satu cecair pekat yang laju mengalir dari tekak ke ruangan mulut.

Terus aku bangun dari berlari ke sinki. Badan ditundukkan dan aku lantas memuntahkan isi isi dari perut.

"Urwelk!"

Entah apa yang banyak sangat, aku tidak tahu, namun sampai terbatuk juga aku akibat termuntah ni.

Apatah lagi bila bau muntah itu agak kuat dan menyucuk rongga hidung, lagilah loya terasa dan akhirnya aku muntah lagi.

Pili air dibuka agar air itu dapat membersihkan sisa muntah yang ada di sinki itu. Mengelakkan pandangan mata aku dari melihat makanan melekit yang bercampur campur itu.

Ada sarapan yang aku makan pagi tadi.

Aneh, kenapa banyak betul aku muntah ni.

Air dibawa ke bibir. Kemudian aku berkumur berulang kali. Sudah pasti aku terasa lega, aku lantas membersihkan wajah dan pili air ditutup.

Nafas aku sedikit turun naik.

Dah lama betul aku tak muntah. Rasanya, kali terakhir aku muntah ketika di mana aku mengandungkan Ezela.

Terus aku tersedar sesuatu.

Tangan dibawa ke perut.

Tak mungkinlah.

Dah agak lama rasanya aku tak 'bersama' Farhan. Tapi aku tidak ingat. Aku mengira ngira pula tarikh aku datang bulan. Ah sayangnya aku tidak ingat, nantilah aku cek semula dalam buku nota aku.

Aku berlalu mengambil segelas air suam lalu diteguk rakus. Menghilangkan rasa melekit yang ada dalam tekak. Dua gelas air suam dihabiskan, barulah aku rasa lega.

Kaki aku diayun ke ruang tamu semula, ingin menemani Ezela yang masih menjamah kek batik itu. Budak ni kena awasi, kalau tidak, tak pasal pasal pinggan dia gigit.

***

"Ibu..pusing sini!"

Ezela menarik wajah aku dari menatap telefon di tangan. Tak semena mena, dia menyapu wajah aku menggunakan berus solek.

"Cantik" Ezela bersuara lagi. Dia kemudian mengambil pelembab bibir dan mengolesnya di bibir aku.

Ezela mengambil cermin lipat kemudian dihala ke arah aku. Menyuruh aku melihat imej aku sendiri.

Tidaklah sempurna hasil kerjanya. Comot. Pemerah pipi nampaknya terang sebelah. Pelembab bibir pula tidak rata.

Alahai. Memanglah.

Budak yang baru nak masuk 2 tahun duk main make up make up, mana tak comot.

"Pandainya Ella, meh ibu buat" aku kemudiannya mengambil berus solek di tangannya. Sebelum itu aku tepuk sedikit bagi menghilangkan debu debu merah jambu itu agar tidak kelihatan tebal.

Aku 'dap' kan pada kedua dua belah pipi Ezela. Bukannya betul betul, hanya ingin membuatkan Ezela percaya yang aku sedang menyolek wajahnya.

Pelembab bibir pula aku oleskan sedikit di bibirnya yang kecil itu.

"Cantiknya anak ibu" pujiku lalu tersenyum.

Ezela tergelak riang. Mirip benar dengan Wajah Farhan. Mata pula berwarna hazel, aku pasti warna unik itu akan jadi perhatian ramai bila dia menginjak dewasa.

Warna hazel itu cerah. Lebih cerah dari Farhan.

Tanpa disangka, Ezela tiba tiba saja terbatuk. Itu tidak menjadi masalah kerana batuk itu perkara normal, bukan?

Tapi batuk Ezela soalah tiada penghujung. Dia berterusan batuk tanpa berhenti.

"Ella!"

"uhk.."

Tubuh kecil itu terdorong ke hadapan. Belum sempat aku buat apa apa, ada satu cecair pekat keluar dari mulutnya.

"Ya Allah.." pantas aku mengambil Ezela dan belakang badannya itu aku tepuk perlahan. Sekali sekala lehernya aku urut supaya lebih mudah dia memuntahkan isi perut.

Aku melihat muntahnya, isinya sama seperti aku, hidangan sarapan pagi tadi. Cuma lebih kepada sisa susu.

Automatik, aku terasa loya. Namun aku tahan memandangkan kalau aku muntah, aku rasa lebih tak aman aku nanti.

Apabila Ezela sudah berhenti memuntahkan isi perutnya, aku terus mengangkat Ezela dan ke sinki. Bajunya yang kotor itu aku tanggalkan. Pili air dibuka.

"Alahai...agaknya ada bahan expired dalam masakan aku tadi. Tak pernah pula jadi macam ni..." aku buat spekulasi sendiri.

Dalam sedang membersihkan Ezela, aku teringatkan Farhan. Dia juga bersarapan menu yang sama. Dia baik baik saja ke?

Setelah pasti segalanya bersih, Ezela diberi minum air suam. Aku menukar pakaiannya dan kemudian aku letakkan di atas sofa.

"Sakit.." ujarnya. Dia memegang leher dan matanya berkaca.

"Ya sayang..sekejap je. Nanti hilang.." pujukku.

Dalam pada itu, aku sibuk membersihkan muntah di lantai ruang tamu itu. Usah dikata, aku menahan nafas sampai biru rasanya muka ni. Aku cuba tahan diri untuk tidak termuntah.

Perkara yang aku paling tak suka.

Muntah.

Seolah olah berantai. Samada bau, imej, bunyi, segalanya akan buat aku turut melakukan perkara yang sama. Buatkan aku turut mengeluarkan isi perut biarpun masih kosong. Urgh.

Setelah selesai segalanya, aku tak tunggu lama. Ezela diberi susu dan aku mula ke dapur. Ingin melihat kembali takut takut ada antara bahan dalam masakan aku sudah tamat tempoh.

***

15/3/2022

Behind The Hoodie | TERBITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang