Keesokan harinya, Farhan sudahpun pulang. Tapi malangnya, aku tak sempat bertanya lebih lebih, dia hanya balik rumah dan cakap yang dia penat, terus saja masuk bilik dan tidur.
Aku malas nak ganggu. Nanti tak pasal pasal kena marah. Memang jenis Farhan kalau dah penat dengan kerja, jangan diganggu, nanti dia jeling aje dah boleh buat aku rasa nak nangis.
Dan kini, aku hanya sibuk menyapu lantai dapur. Ezela aku biarkan di ruang tamu, biarlah dia main dengan mainan dia yang belambak tu. Kira baguslah dia tak kacau aku.
Aku menggosok kawasan belakang pinggang aku, terasa sengal dan sakit. Ini aneh juga, entah kenapa aku kerap rasa sakit sendi. Sebagaimana yang pernah aku rasa ketika aku mengandung dahulu. Perubahan hormon lagi kah? Hendak ke klinik, rasa macam tak perlu. Pelik itu pelik, namun aku cuba abaikan saja.
Aku teringatkan Qasha dan Ustaz Ahmad. Pagi tadi, Qasha ada call, katanya diorang dah on the way ke sini, saja nak singgah. Dah lama tak melawat aku dan Ezela katanya.
Ini pun pelik. Entah kenapa tiba tiba aje nak melawat aku. Buang tebiat agaknya Qasha ni. Tapi tak apalah, Naura pun aku rasa on the way juga ni, makin meriah kalau ramai ramai.
"Everybody hurt sometimes, everybody hurt someday, ey ey.."
Aku mula bernyanyi kecil. Aku tahu makna lagu Memories, nyanyian Maroon 5 tu agak sedih, seperti mengenang kembali si dia yang telah pergi. Tapi aku masih suka akan rentaknya, masih lagi rasa enjoy gituw.
"Here's to the ones that we got, cheers to the wish you were here but you're not, 'cause the drinks bring back all the memories, of everything we've been through.."
Takpalah suara macam katak pun. Tak ada orang dengar sekarang ni. Farhan tidur, so dia tak dengar dan tak bolehlah nak kutuk aku macam hari hari sebelum ni.
"Toast to the ones here today---"
"Ibu ni bisinglah. Shhhh" Tiba tiba saja Ezela datang sambil bercekak pinggang, dan jarinya pula dibawa ke bibir menandakan menyuruh aku untuk diam.
Dia kemudiannya mula beredar ke ruang tamu kembali.
Aku tercengang.
"Dia suruh aku...diam? Budak ni.." aku merungut sendiri. Baru aje nak feeling feeling, anak sendiri dah sound. Er..suara aku sedap apa. Kan?
Baguslah, Ezela nampaknya dah semakin pulih dari demamnya. Aneh, dia tidak pernah demam dalam tempoh yang singkat.
Tiba tiba aku nampak Farhan menuruni tangga, sudah siap berhoodie hitam. Sekejapnya dia tidur. Ni nak ke mana pulak?
"Abang nak ke mana?" soalku. Namun tiada jawapan dari Farhan. Dia hanya terus menapak pergi.
Terus, penyapu diletakkan di tempat asalnya, dan aku menapak mendekati Farhan. Tangannya pula aku raih, tindakan yang biasa aku lakukan kalau dia nak keluar dan tak bagitahu aku.
Namun apa yang memeranjatkan, Farhan menepis tangan aku!
Tidaklah ditepis kuat tapi..dia tidak pernah berbuat demikian terhadap aku.
Aku memandang Farhan tidak percaya. Kenapa dia ni?
"Sorry, tak sengaja" ujarnya. Dan aku dapat menangkap betapa dinginnya suara Farhan.
"Abang nak ke mana?" soalku. Tidak ambil endah dengan perlakuan anehnya.
"Kerja, ada banyak lagi yang belum settle" balasnya. Namun wajahnya masih membelakangi aku.
Baru sahaja Farhan hendak menapak, aku terus menghalang laluannya. Aku mendongak ingin memandang wajah Farhan yang dilindungi hoodie sedari tadi.
Aku kaku sebentar. Wajahnya agak..beku dan dingin. Aku rasa ini bukan wajah Farhan yang pernah aku lihat sepanjang perkahwinan kami.

ESTÁS LEYENDO
Behind The Hoodie | TERBIT
Romance2019 | TERBIT 2022 Sambungan kisah cinta Dhia Irdina dan Farhan Iskandar. Mr.Hoodie Pujaan Hati, telah diterbitkan dalam versi cetak, di bawah syarikat penerbitan KakiNovel. Boleh dapatkan di Shopee Kaki Novel dan kedai buku POPULAR berdekatan kalia...