63

1.3K 100 25
                                    

Hampir 2 bulan berlalu sejak Fang MC.Dalam tempoh itu juga Boboiboy telah dapat meningkatkan prestasinya dalam subjek BI.Itu pun sebab dia terpaksa menghadiri kelas tambahan yang dibuat Fang khas untuk dirinya.

"Boboiboy"panggil Fang manakala Boboiboy terus bangun dari tempat duduknya untuk mengambil kertas ujiannya.

Boboiboy berasa sedikit terkejut bercampur gembira apabila melihat markah ujiannya.

"80%!!!"monolog Boboiboy yang berasa amat gembira sehingga tanpa sedar dia terus MEMELUK Fang di hadapan rakan-rakan sekelasnya membuatkan mereka speechless.

"Terima kasih Fang!!!"ucap Boboiboy yang masih memeluk Fang.Fang terkaku dengan tindakan Boboiboy yang tiba-tiba memeluknya.

Selang beberapa saat,barulah Boboiboy terperasan apa yang baru saja dilakukannya menjadikan pipinya blushing teruk dan terus melepaskan pelukannya dari Fang.

"Ehem...Ehem...Abaikan yang tadi..."Boboiboy sedikit berdehem dan cuba untuk bersikap cool agar Fang tidak syak apa-apa.

"Erm...Terima kasih..."ucap Boboiboy perlahan dan terus berjalan ke arah tempat duduknya sambil menundukkan sedikit kepalanya kerana merah di pipinya masih tidak hilang.

"Dasar tsundere..."monolog Fang yang tersenyum kecil melihat perangai Boboiboy yang masih tidak berubah.

"Apa aku buat ni?!!!Memalukan betul!!!"monolog Boboiboy yang memarahi dirinya sendiri kerana telah berlebih-lebihan.

"Ni semua salah kelas tambahan tu!!!"

Flashback On••

"Disebabkan markah BI Awak ni teruk sangat...Saya nak awak datang rumah saya setiap hari untuk kelas tambahan..."jelas Fang membuatkan Boboiboy sedikit blushing.

"T-tapi saya tak tahu rumah awak kat mana..."jawab Boboiboy dan mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana tidak mahu Fang melihat mukanya yang sudah memerah.

"Haihh...Kalau tak tahu,macam mana awak bagi saya bunga hari tu~?"soal Fang yang cuba mengusik Boboiboy membuatkan pipi Boboiboy semakin blushing.

"M-mana ada saya bagi awak bunga!!Merepek!!"bohong Boboiboy yang tidak mahu mengaku.Fang hanya tergelak.

"Ye ye ler tu~"ucap Fang yang masih mengusik Boboiboy menjadikan Boboiboy geram.

"Ish!Dahlah!Nak balik kelas!!"balas Boboiboy yang berniat ingin meninggalkan Fang di situ tetapi tiba-tiba saja tangannya ditarik oleh Fang.

"Petang ni pergi kelas tambahan!!"pesan Fang yang masih memegang tangan Boboiboy.

"Ah!Tak naklah!Malas!"bantah Boboiboy dan menarik semula tangannya agar terlepas dari pegangan Fang.

"Ohh...Tak nak ye~?Takpa...Saya tunggu sampai pukul 3,kalau awak tak datang,saya yang akan datang rumah awak...Boleh?"tanya Fang dengan pertanyaan yang membuatkan Boboiboy semakin geram dan akhirnya mengalah.

"Ish!Yelah!!Nanti saya datang..."balas Boboiboy yang masih geram dan terus berjalan meninggalkan Fang.

"Macam ni rupanya 'benci' yang dimaksudkan oleh seorang tsundere!!"sindir Fang dengan sindiran yang menjadikan kepala Boboiboy berasap.

"Diamlah!!"marah Boboiboy dan mengambil sebuah pasu bunga kecil berdekatannya lalu dibalingkan ke arah Fang.Mujur Fang sempat mengelak.

(BAMM!!)

Boboiboy menutup pintu bilik guru itu dengan agak kuat sehingga tombolnya tertanggal.

"Cutelah dia ni..."ucap Fang perlahan.

Flashback Off••

"Arghhhh!!Bongok punya Fang!!Suka sangat menggatal!!"maki Boboiboy di dalam hatinya.

---

Boboiboy telah sampai di rumah Fang dan terus menekan loceng.Tak lama kemudian,barulah Fang membuka pintu.Fang dapat lihat Boboiboy memakai baju lengan pendek berwarna putih dengan lengannya yang berwarna hitam.Bahagian lehernya juga agak besar sehingga menampakkan sedikit bahagian bahu Boboiboy.Boboiboy juga memakai seluar pendek paras bawah lutut.

Fang yang melihat Boboiboy berpakaian begitu mula menelan air liur.

"Memang sengaja eh pakai baju macam tu?"tanya Fang membuatkan Boboiboy hairan.

"Baju apa?"tanya Boboiboy balik sambil melihat baju yang dipakainya.

"Inikan baju biasa...Lagipun malas nak cari baju pelik-pelik,nak pergi kelas tambahan je kot...Bukannya nak pergi dating..."ucap Boboiboy.

"Baju yang awak pakai ni je dah pelik dan boleh buatkan orang errrhh...Takpalah"balas Fang dan menggantung ayatnya menjadikan Boboiboy semakin blur tetapi dia hanya diam kerana malas ingin bertanya lagi.

"Buatkan orang...Apa??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri sambil berjalan masuk ke dalam rumah Fang.

---

*Di bilik Fang*

"Hari ni last kelas tambahan...Buat betul-betul...Esok awak dah SPM..."pesan Fang pada Boboiboy yang masih sibuk menyelesaikan soalan-soalan BI yang diberikan.

"Okay..."jawab Boboiboy yang masih lagi fokus dengan soalan yang berada di atas kertas itu.

"Awak ke-"

"Ni betul tak?"tanya Boboiboy yang memotong kata-kata Fang sambil menghulurkan kertas soalannya pada Fang.

Fang memeriksa satu persatu jawapan Boboiboy dan mendapati terdapat kesalahan pada jawapan soalan nombor 10.

"Boboiboy,nombor 10 ni salah..."tegur Fang sambil memberikan semula kertas soalan pada Boboiboy.

"Apa yang salahnya?"tanya Boboiboy yang tidak faham.

"Tengok dalam petikan...'...after robbers carted away...'.Carted ni lebih kurang macam bawa...Bawa dalam bahasa Inggeris apa?"jelas Fang.Boboiboy berfikir seketika.

"Carry..."jawab Boboiboy sepatah.

"Ha,jadinya jawapannya mestilah C,carried...Yang awak pergi jawab B tu kenapa?"tanya Fang lagi.

"Hentam"jawab Boboiboy selamba.

"Jawab soalan kenalah fikir...Mana boleh main hentam-hentam..."tegur Fang manakala Boboiboy hanya mengangguk perlahan dan membetulkan semula jawapannya.

Sambil itu,Boboiboy sempat mencuri-curi pandang Fang yang berada di sebelahnya.

"Erm...Kenapa aku rasa macam...Aku masih sayangkan Fang??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri dengan pipinya yang mula blushing.

"Ish!!Apa aku merepek?!Belajarlah!!"

To Be Continued

Ehek,Boboiboy suka Fang lagi ke?😂

ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴛɪɴɢɢᴀʟᴋᴀɴ ᴀᴋᴜ!! (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now