Jemari menyentuh bunga-bunga mawar merah yang mekar di halaman rumah bersama senyuman manis.
Leyla mengambil getah paip dan menekan butang hidup di muncung getah paip , lalu air merembes keluar menyimbahi kuntuman mawar.
Beberapa hari Leyla menjalankan rutin itu menggantikan Pamela yang sedang bercuti menghadiri istiadat konvokesyen anak gadisnya.
Leyla mencuri pandang melihat jejaka bermata helang yang sedang mengosok tubuh besi kereta agar menjadi bersih dan lebih berkilat.
"Leyley, berhenti renung wajah I yang tampan ini. Bagi sini getah paip itu." Jejaka bermata helang meminta getah paip kerana ingin membersihkan keretanya.
"I nak bersihkan." Leyley berjalan sempoyongan menggunakan tongkat mendekati jejaka bermata helang.
"Tak apa, I boleh bersihkan sendiri." Jejaka bermata helang menolak bantuan Leyla.
"Kaki you masih lagi tak kuat." Sambungnya lagi.
"I guna tangan bukan kaki." Leyla mempamerkan senyuman.
"Pergi masuk dalam Leyley, you tak boleh berdiri lama sangat." Jejaka bermata helang cuba merampas getah paip.
"I tak suka you." Leyla menjirus air ke tubuh jejaka bermata helang tanpa rasa bersalah.
"Leyley!!!" Jejaka bermata helang menyembunyikan diri di sebalik kereta.
Leyla tertawa gembira dan berjalan terhencot mencari kelibat jejaka bermata helang yang basah kuyup.
"I jumpa you!" Leyla menjirus kuat air ke arah jejaka bermata helang sehingga jejaka itu rebah ke atas tar kerana tekanan air yang kuat.
"Whooopsss...maaf." Leyla membuang getah paip ke atas tar, lalu dia beredar untuk masuk ke dalam rumah tanpa rasa bersalah.
Jejaka bermata helang melihat air keluar melimpah-limpah dari muncung getah paip.
Jejaka bermata helang mengambil getap paip, lalu dia membasuh kereta kegemaran membuang segala kekotoran agar tampak lebih bersih.
Selesai membersihkan kereta, jejaka bermata helang masuk ke dalam rumah melihat Yara sedang mengurut kaki Leyla.
Leyla mengukir senyuman sinis kepada jejaka bermata helang yang basah kuyup.
"Yara."
"Ya tuan." Yara mendongak wajah melihat tuan yang kebasahan.
Yara berkerut dahi memikirkan di luar rasanya tidak hujan.
"Jus Alpukat." Pinta jejaka bermata helang.
Yara mengangguk memahami, lalu dia meninggalkan Leyla sesaat untuk ke dapur.
Jejaka bermata helang mendekati Leyla.
"Jangan dekat." Leyla tahu jejaka bermata helang ingin melakukan sesuatu.
"I tak percayakan karma."
"I lebih suka balas sendiri perbuatan jahat manusia yang lakukan pada I daripada mengharapkan karma yang tak tahu bila akan tunjal nyawa manusia itu."
Jejaka bermata helang merenung serius wajah Leyla.
Leyla menelan air liur.
Jejaka bermata helang mendekati Leyla, lalu dia memeluk erat tubuh Leyla.
"My love, Leyley." Kedengaran jejaka bermata helang ketawa besar.
"YOU!!!"
"Lepaskan I!" Leyley menjerit kerana tubuh turut menjadi basah gara-gara dipeluk erat.
YOU ARE READING
L E Y L A
Romance[ONGOING] Leyla Amani Sendirian, seperti bunga elderberry Sendirian, melintasi hutan tanpa teman di sisi Sendirian, menyalakan tanglung dan menunggu seseorang untuk menyelamatkan diri Sendirian, menyalakan bunga mawar malam di atas buku menggarap k...