Dikala waktu pagi menjelma, jejaka bermata helang menarik langsir kamar tidur menjemput matahari memancarkan energi.
Sepasang mata berona keemasan dan kuning air bercampur sedikit dengan warna tembaga milik jejaka bermata helang tertancap ke arah figura menawan yang sedang berjalan perlahan tanpa bantuan sebarang alat bantuan peralatan.
Darius melihat Leyla sedang berjalan ke arah taman bunga yang ditanam bersamanya itu.
Yara membuntuti langkah gadis itu dari arah belakang, khuatir jika gadis itu jatuh menyembah tanah.
Bibir mengukir senyuman apabila tingkah Leyla tidak lagi menjengkelkan dan gadis itu semakin hari semakin positif terhadapnya.
Darius teringat kembali rancangannya membiarkan si singa Kalahari mengejar Leyla sebulan yang lalu bagi menguatkan kedua kaki milik gadis itu seperti sediakala.
Tidak perlu mengutuk akan rancangannya itu kerana sememangnya dia selalu merencanakan sesuatu perkara dengan secara kejam.
Malah, tingkah gadis itu turut berubah dan menjadi mesra terhadapnya. Jika dia tahu, sejak dari awal lagi telah dia merancang kejadian ngeri tersebut.
Bunyi deringan pesanan ringkas mematikan khayalan jejaka bermata helang, dia mengambil telefon pintar miliknya untuk melihat pesanan ringkas yang dihantar.
Darius mengukir senyuman kerana tidak sangka bahawa teman sejak kecil bakal mengakhiri zaman bujang.
Darius bersandar tubuh di sofa yang terdapat berdekatan jendela, mata tertancap ke arah Leyla yang sedang memetik bunga mawar bersama senyuman manis.
Fikiran melayang teringatkan kisah lalu mereka berdua. Jika boleh dia tidak mahu gadis itu mengingati kisah lalu kerana takut akan diri ditinggalkan lagi.
Darius menatap kembali telefon pintar apabila group chat yang ditubuhkan oleh Dia sedang sibuk berbual tentang perkahwinan salah seorang ahli yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Darius membaca satu demi satu bagaimana temannya itu diusik di dalam group chat tersebut.
Kemudian, mata menangkap ayat yang berbau sindiran dari seorang gadis.
"Jangan jadi seperti orang itu katanya sudah berkahwin tapi tak ada majlis."
"Dengar khabar angin isterinya itu seorang gadis cacat. Menyedihkan."
Tiada lagi perbualan di dalam group chat tersebut kerana tiada yang berani mencampuri urusan yang mereka tidak berani bicarakan.
Darius memadamkan cahaya skrin telefon pintar, dan menoleh wajah melihat Leyla yang masih sibuk dengan bunga mawar.
"Kadang memiliki seorang isteri yang cacat lebih membahagiakan dari yang sempurna." Desisnya perlahan.
Selesai sahaja memetik bunga mawar yang terdapat di halaman depan rumah, Leyla menyusun bunga tersebut di dalam bakul rotan yang sudah terisi sarapan pagi untuk di bawa ke tasik.
Pagi itu Leyla bersama Darius akan berpiknik di tepi tasik yang terdapat di belakang rumah sambil bersarapan pagi.
"Yara, tolong panggilkan tuan awak." Arah Leyla kepada Yara apabila masih tidak melihat kelibat suaminya.
Yara mengangguk bersama senyuman dan berlalu pergi untuk memanggil tuannya.
"Morning my Leyley." Tegur Darius ceria apabila masuk ke ruang dapur.
"Bangun lewat lagi?" Leyla tidak tahu apa yang Darius kerjakan sejak kebelakangan ini sehingga jejaka itu asyik terjaga sehingga lewat pagi.
"Leyley dah siap?" Darius memeluk tubuh Leyla dan mengucup bahu gadis itu yang terdedah kerana mengenakan gaun berwarna putih tanpa bahu
YOU ARE READING
L E Y L A
Romance[ONGOING] Leyla Amani Sendirian, seperti bunga elderberry Sendirian, melintasi hutan tanpa teman di sisi Sendirian, menyalakan tanglung dan menunggu seseorang untuk menyelamatkan diri Sendirian, menyalakan bunga mawar malam di atas buku menggarap k...