HARI kokurikulum yang ditunggu-tunggu itu sudahpun tiba. Semua pelajar kelihatan ceria dan semangat pada pagi itu. Mana taknya hari itu merupakan hari paling best dalam hidup kut. Tak belajar,kan. Siapa je tak suka,kan?Segelintir pelajar yang mengambil bahagian untuk menjual itu segera mengemaskan gerai-gerai mereka. Aku, Sara dan tiga orang rakan satu batch kami mengemas gerai sebelum memulakan aktiviti menjual itu. Kebersihan amat penting okey!
Usai sahaja mengemas, kami meletakkan barang-barang di atas meja. Card board berbentuk piramid itu turut diletakkan di atas meja mengikut susunan.
Pelbagai makanan dan minuman yang ada disitu.
Aku, Sara dan tiga orang lagi sahabatku sangat sibuk melayan pelanggan kami yang ingin membeli makanan dan minuma di gerai kami. Semakin lama, semakin ramai yang datang ke gerai kami untuk membeli makanan dan juga minuman.
“Bro, teman aku beli makanan dekat sana jap.” ajak Adrian sambil menunjukkan gerai makanan yang dimaksudkannya. Amar hanya akur. Mereka berjalan menuju ke gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman.
Beberapa orang pelajar perempuan menjerit gembira apabila Adrian dan Amar menuju ke gerai itu. Beberapa orang junior 'menggedik' di hadapan senior hot mereka. Amar membuat muka menyampah. Dia merasakan bahawa lebih baik dia tidak mengikuti rakannya itu. Tak fasal-fasal dia ditolak ke belakang.
“Abang Ad nak beli apa? Nak mi goreng ke kerabu maggi?” tanya seorang pelajar perempuan yang menjual di situ. Suaranya dilenggok-lenggokkan.
Ee..geli!
Adrian tidak mempedulikan pertanyaan pelajar perempuan itu lalu dia menuju ke gerai nombor 10 yang terletak di hujung sekali. Memandangkan tiada sesiapa pun yang ada disitu untuk membeli, hidupnya sedikit aman lagi tenteram tanpa gangguan manusia yang serupa dengan mamalia. Takleh jumpa laki sem sikit, terus menjerit macam kena rasuk.
Ish.. ish.. mohon pupus manusia macam ni.
‘Zeppole, Bombolone, Cheesecake, Red Velvet cake, Chocolate cake, Tiramisu cake.’
Semua jenis cake termasuk dessert yang ada disitu. Mereka berdua menelan air liur. Dengar sahaja nama-nama kek itu membuatkan mereka terasa tertarik untuk membelinya.
“Aku nak two zeppole and a slice of red velvet cake." ujar Adrian kepada penjual itu. Aku yang sibuk dengan kerjaku hanya mengangguk tanpa melihat pelangganku. Mana ada masa nak tengok muka satu-satu.
“Sekejap ye.” Aku membungkus kek red velvet ke dalam kotak berukuran sederhana kecil.
“Zeppole ni saya letak sekali boleh?” tanyaku. Manalah tahu tuan punya badan tak nak letak sekali.
“Okay.” Selepas dia memberi keizinan untuk membungkuskan sekali makanan itu, aku terus memasukkan zeppole ke dalam kotak kek red velvet.
Fatin yang sibuk mengacau air di dalam balang air itu ditegur oleh Amar.
“Fatin, tapau air tu satu.” Jari telunjuknya menunjukkan ke arah air yang sedang dikacau oleh Fatin. Fatin hanya mengangguk.
“Eh, kau nak air tak?” soal Amar kepada Adrian.
“Aku nak air oren.” ujar Adrian.
“Air oren satu ye, sayang.” ujar Amar lalu menghadiahkan kenyitan mata kepada aweknya. Berubah terus wajah Fatin itu. Alololo.. malu-malu pulak dia.
Fatin terus meletakkan air oren dan juga air epal ke dalam gelas plastik. Dia memasukkan potongan oren ke dalam gelas plastik yang berisi air oren, begitu juga air epal itu. Dimasukkan potongan epal ke dalam gelas plastik itu. Gerai ini lain daripada yang lainlah.
YOU ARE READING
L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOK
Action[E-BOOK] ⚠❌PLAGIAT!!⚠ NAYLA HELENA MOHD AFIQ. Seorang pelajar yang agak pemalu tetapi pintar. Dia salah seorang top student di sekolahnya. Nayla tidaklah secantik dan sehebat pelajar lain. Tetapi dia mempunyai kecantikan yang tersendiri. Siapa sangk...