DUA PULUH TIGA

8.4K 378 25
                                    

Dottore, come sta mia moglie? (Doktor, bagaimana keadaan isteri saya.)” tanya Adrian ketika seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Dia segera berdiri. Ahli keluarganya yang lain turut bangun dari tempat duduk mereka.

Sei il signor Vincenzo DeVille? (Are you Mr. Vincenzo DeVille?)” tanya doktor wanita itu.

Adrian mengangguk dengan pantas.

“Sì.”

Il signor moglie sta sanguinando. Ma il suo contenuto può essere salvato. (Isteri encik mengalami pendarahan. Tapi kandungannya dapat diselamatkan.)” jelas doktor wanita berbangsa Italia itu. Mereka disitu jelas tampak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh doktor wanita itu.

Sanguinamento? Il dottore significa che mia moglie è incinta? (Pendarahan? Maksud doktor isteri saya pregnant?)” soal Adrian. Dia jelas kelihatan bingung.

Sì, non sai che tua moglie è incinta? (Ya, encik tak tahu isteri encik pregnant?)” doktor itu bertanya kepadanya. Hairan. Masakan isteri sendiri tidak tahu hamil atau tidak?

“No.” balasnya pendek. Doktor itu mengangguk. Mungkin dia faham keadaan tersebut.

Se sì, puoi venire un momento nel mio ufficio? (Jika begitu, boleh encik ikut saya ke pejabat saya sebentar?)” tanya doktor itu dengan sopan. Adrian memandang ahli keluarganya. Puan Irene mengangguk, menyuruh anaknya mengikut doktor tersebut. Kemudian, Adrian bersetuju lalu mereka berdua menuju ke pejabat doktor itu.

“Please come in, Mr. Vincenzo DeVille.” pelawa doktor itu. Adrian hanya akur lalu dia melabuhkan punggungnya di hadapan doktor itu.

Mereka pun berbincang perkara tersebut. Banyak perkara yang doktor itu menanyakan kepadanya. Perkara apa? Biarlah rahsia. Hanya mereka berdua yang tahu.

Dia termenung mengingatkan perbualan antara dia dan doktor wanita yang telah merawat isterinya itu. Dia mengelus lembut kepala isterinya yang nyenyak tidur itu. Sesekali dia mengucup ubun-ubun wanita itu dengan penuh kasih sayang.

“Buonanotte, tesoro.” bisiknya ditelinga Nayla. Lembut dan mendalam.

“Buonanotte, bambina mia.”  ucap Adrian sambil mengelus perut kempis isterinya yang berlapik selimut hospital. Kemudian dia menarik selimut itu ke paras dada Nayla. Supaya tidak kedinginan.

Setelah itu, dia bangun dari kerusi yang dia duduk tadi lalu menuju ke sofa yang disediakan di dalam bilik VIP itu. Dia membaringkan tubuhnya di atas sofa itu. Walaupun sofa itu tidak seempuk tilamnya dirumah, namun ia sudah mencukupi untuk dirinya saat itu. Bersyukur dengan apa yang ada. Hehe.

Malam berlalu dengan pantas.








**********






DERINGAN telefon pintar milik Adrian mengejutkannya. Dia segera mencapai telefon pintarnya di atas meja kopi. Dia segera mengangkatnya tanpa melihat nama pemanggil. Dah tahu siapa. Kalau bukan Alex mesti Danial atau pun Eric. Waktu-waktu begini hanya tiga orang tu je berani menelefonnya. Sabar jelah.

“Cosa vuoi?” soal Adrian melulu. Dia segera bangun dari pembaringannya lalu kakinya melangkah keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu mengganggu tidur isterinya.

L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOKWhere stories live. Discover now