Usai solat Asar, pasangan itu turun ke tingkat bawah. Nayla menuju ke dapur kerana kebiasaannya Puan Irene berada di sana bersama pembantu-pembantu rumahnya untuk menyiapkan minuman petang. Manakala Adrian menuju ke ruang tamu.
Di dapur, Nayla menghampiri ibu mertuanya yang sedang bersama dengan Mellisa dan beberapa orang pembantu rumah. Kemesraan Puan Irene dan Mellisa membuatkan Nayla berasa sedikit cemburu.
“Eh Nayla, sinilah.” ajak Mellisa apabila dia menyedari kehadiran Nayla di situ. Aku memaniskan muka. Aku menghampiri Mellisa dan ibu mertuaku yang sibuk menyiapkan minuman petang.
“Suami kamu mana?” soal Puan Irene kepada menantunya.
“Ada dekat ruang tamu, mummy.” jawabku. Puan Irene mengangguk faham.
“Mummy dengan Mellisa buat apa? Nayl nak tolong sekali ni.” ujarku, ingin menghulurkan bantuan.
“Mummy buat dessert favourite Adrian ni. Tak payahlah tolong, Nayla. Dah siap pun.” kata Puan Irene lembut.
Nayla menggaru kepalanya. Pulak dah. Baru nak tolong.
“Dah jom kita pergi ke taman.” ajak Puan Irene.
“Dessert ni biar Nayla bawakan.” Kataku setelah melihat dessert itu diletakkan di atas troli.
“Fammi portare questo cibo. (Izinkan saya bawa makanan ini.)” kataku kepada pembantu rumah berbangsa Itali itu.
“Ma signora.. (tapi Puan..)” pembantu itu teragak-agak. Ala takkan nak bagi Puan Muda bawakan makanan pulak.
“Tak payah susah-susah Nayla. Biar maid je bawakan.” ujar Puan Irene.
“Hai portato questo cibo. Non lasciare che sia la signora Nayla a portarlo. (Awak bawakan makanan ni. Jangan biar Mrs. Nayla bawa.)” arah Puan Irene kepada pembantunya. Mereka di situ mengangguk faham.
“Va bene, signora.” kata pembantu-pembantu itu.
“Dah jom. Ajak Adrian sekali.” ujar Puan Irene kepada menantunya. Aku mengangguk kepala.
“Okay mummy.” Aku tersenyum kelat.
Janganlah menangis Nayla. Aku cuba untuk menghapuskan perasaan sedih itu. Makin dilayan, banjir pula nanti.
Di taman, keluarga DeVille berkumpul di situ untuk menikmati minum petang. Sambil minum petang bolehlah mereka menghirup udara segar sekali, kan? Tuan Edward DeVille turut ada bersama mereka pada petang itu. Nasib baik hari ini Tuan Edward berkesempatan untuk menyertai acara minum petang bersama ahli keluarganya. Kebiasaannya, beliau sibuk dengan urusan kerjanya di luar negara. Itu pun boleh dikira dengan jari sahaja beliau pulang ke mansionnya.
“So, macam mana dengan perkahwinan kamu berdua?” soal Tuan Edward kepada anak dan menantunya. Pelatnya tidaklah teruk sangat.
“So far okey je daddy.” balas Adrian sambil tangannya bermain sekitar cawannya.
“Oh.. Kamu berdua tak nak buat any majlis ke? Lagipun korang berdua ni dah lama kahwin. Takkan tak nak buat?”
“No need.”
“Haih. Suka hati kamulah. Daddy tak nak paksa. Wedding kamu, bukan wedding daddy. Hehe..”
YOU ARE READING
L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOK
Action[E-BOOK] ⚠❌PLAGIAT!!⚠ NAYLA HELENA MOHD AFIQ. Seorang pelajar yang agak pemalu tetapi pintar. Dia salah seorang top student di sekolahnya. Nayla tidaklah secantik dan sehebat pelajar lain. Tetapi dia mempunyai kecantikan yang tersendiri. Siapa sangk...