19

674 88 19
                                    

"So, apa yang kita nak buat sekarang?" Taehyung berjalan ke hulu hilir.

Dengan amaran Jungkook, dia pasti tidak dapat merasa kehidupan pada saat kakinya melangkah ke tempat yang baru sahaja Jungkook hantar alamatnya itu.

"Kita kena cari Pandora" balas Sara, berjalan laju menuju ke luar bilik 0001.

"Masalahnya sekarang, kan Jimin dah cakap jangan pergi situ. Namjoon sendiri kata jangan cari dia. But to think that he actually kalah less than a day" Taehyung mengurut dahinya.

"Then? What do you expect me to do?! Nothing?! He is dying for god sake Taehyung!" Sara memandang wajah Taehyung tanda tidak percaya dengan apa yang baru sahaja lelaki itu kemukakan.

"Who the heck is Jimin to you anyways? Why is he suddenly there, being the one who called us, for the sake of the most inhuman person of all?" Soal Taehyung, dengan meninggi suaranya.

"He.. dia adik angkat saya" Sara memberitahu.

Dengan panggilan gila daripada Jimin, amaran Jungkook yang tak masuk akal, Taehyung yang tak tahu satu perkara pun dan kotak Pandora yang entah mana Namjoon sorok, dengan password tak tahu--

Tidak semena-mena, air mata Sara menitis. Dia stres dengan segala perkara yang berlaku dengan pantas. Baru sehari lelaki ini keluar daripada hospital dan semua benda tak menjadi.

"Hey, I'm sorry. I didn't mean to hurt you" Taehyung tiba-tiba memeluk wanita di hadapannya.

"Saya cuma terfikir yang I deserved all of this lepas apa yang saya dah buat pada Jungkook" Sara menangis teresak-esak.

"But most of this is your fault!" Sara cuba untuk meronta daripada pelukan lelaki itu.

Namun, tangan lelaki itu terasa sangat kuat sehingga dia terasa seperti pelukan itu semakin erat, menyebabkan dia terasa sangat terpujuk.

"Semua salah awak. Kalau awak tak kerja sini, kalau awak tak jaga Haru, kalau awak tak bangun dari koma, kalau awak tak kena ikut, kalau awak tak jumpa Jungkook, kalau.." sedu sedan wanita itu mengantikan perkataan.

"Semua salah saya, saya minta maaf" Taehyung mengusap kepala wanita itu lembut.

Mereka berpelukan dalam masa yang agak lama. Sehingga Taehyung meleraikan pelukannya kerana Sara sudah berhenti menangis.

"Sekarang, kita kena cari Pandora tu. Tapi that doesnt mean I trusted Jimin sepenuhnya" Taehyung menepuk bahu wanit itu.

Sara hanya mengangguk. Sekarang dia pula keliru siapa yang bos dan siapa yang pekerja.

"But how did you know Jimin though?" Sara bertanya sambil mereka berdua berjalan keluar menuju ke arah pejabat Namjoon.

"Dia bukannya belajar biochemicals pun" Sara menekan butang lif menuju ke atas.

"Satu sekolah dulu. Adalah sejarah dengan dia" Taehyung hanya tersengih.

"Tapi tak pernah tahu pun Jimin ada family angkat?" Taehyung mengangkat kening.

Pintu lif terbuka dan kedua-dua mereka meluru masuk dan Sara menekan butang tingkat ground floor.

"Well, dia tak pernah bangga pun ada keluarga angkat. Sebab dia kata kalau mengaku, maksudnya dia mengaku yang parents dia buang dia" Sara mengeluh.

"I see" Taehyung mengangguk.

"By the way, thank you sebab pinjamkan saya awak punya bahu" Sara tidak memandang wajah Taehyung.

"I thought you needed that. Sorry kalau awak rasa tak selesa sebab tu" Taehyung tersengih.

"No, I am very grateful" Sara tersenyum.

Dia tidak sangka lelaki yang baru sahaja mengenalinya itu lebih pandai memujuk berbanding Namjoon yang sudah lama berkawan dengannya.

Pintu lif terbuka dan mereka berdua bagaikan berlumba menuju ke arah pejabat Namjoon yang agak tersorok itu.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam ruangan itu, tanpa sepatah bicara, masing-masing menyelongkar tempat itu. Taehyung memuntahkan segala-galanya yang berada di dalam rak dan kotak. Habis bersepah semula pejabat yang baru sahaja dikemaskan oleh Taehyung berseorangan tadi.

"Pandora tu macam mana bentuk dia? Kita dah cari merata tak ada pun" Taehyung memandang Sara yang sedang sibuk mencari di bawah meja Namjoon.

"Namjoonkan bijak. Takkanlah dia nak letak merata benda Pandora tu. Mesti ada tempat rahsia." Nyata Sara sambil meraba meja itu atas bawah. Lantai juga tidak terlepas dari tangannya.

"Awak pernah nampak ke Pandora ni?" Soalan Taehyung menyebabkan Sara terhenti.

"Tak" Sara bangkit.

Taehyung menepuk dahi. Dia mengeluh. Matanya meniliti setiap penjuru bilik ini.

"Saya rasa Pandora tak ada dalam bilik ni" Taehyung memandang ke arah Sara.

"What?" Sara mendekati Taehyung.

"Takkan Namjoon akan letak Pandora yang ada benda paling berharga dekat pejabat dia yang tak banyak sekuriti?" Taehyung duduk di atas salah satu kerusi.

"Maksudnya? Tapi pejabat Namjoon ni banyak sekuriti apa?" Sara masih keliru.

"Tapi kita still boleh masuk sini suka hati kita je kan? So mesti Namjoon letak Pandora tu kat tempat yang ramai orang tak boleh masuk" Taehyung membentangkan spekulasi.

Dia tahu, walaupun Namjoon cakap Haru ni spontan dan kita tak boleh baca perlakuannya, Taehyung rasa Namjoon ialah orang kedua yang spontan dan kelakuannya tidak boleh dibaca.

Bukan itu sahaja, kebanyakan terma yang orang dalam syarikat ni pakai pun dia tak tahu.

"Black Zone?" Sara berkerut.

"Tett" Taehyung memangkah menggunakan kedua-dua tangannya.

"Dah tu?" Sara mula hilang sabar.

"Apa yang Namjoon paling treasure?" Soal Taehyung.

"Spesimen dia?"

"Dalam banyak-banyak spesimen tu siap yang dia paling treasure, sampai kewujudan spesimen tu pun dia nak sorok sebab he wants it all by himself?" Soal Taehyung sambil mengangkat kening.

"Haru!" Sara menjerit ceria.

Taehyung mengangguk laju.

"So what are we doing here? We need to go now" Sara cepat sahaja berlari keluar daripada bilik itu.

"Wait" Taehyung menarik lengan Sara. "Before that, we need a plan or we'll lose everything."

"I thought you are a genius, you should know better"

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now