57

501 56 39
                                    

Taeyong segera berdiri dan memandang sekeliling dengan penuh hati-hati. Takkanlah masa sebegini, manusia tu akan muncul?

"Awh, jangan kata kau menunggu aku selama ni?" soal suara itu seraya tergelak sakan.

"We need to go now!" dengan nada separa berbisik dan menggeletar, Felix menarik-narik tangan Taeyong yang masih mengimbas keadaan sekeliling.

"Don't be like that Felix. You hurt me" ejekan yang itu diselangi sekali lagi dengan ketawa terbahak-bahak yang dibuat-buat.

"Taeyong ah, berani kau lari daripada aku?" soal lelaki itu.

Kini, King berada di hadapan mereka, sedang menghisap cigar yang masih baru dinyalakan. Bau daripada puntung itu menyebabkan Haechan terbatuk.

Mereka terus berganjak ke belakang, meninggalkan badan Seojun dan Taehyung di atas lantai sehingga badan sendiri tersandar pada dinding.

"Masih fikir yang kau akan keluar dengan selamat? Kau tahu, aku berdoa sangat kau semua mati dalam runtuhan tu. Empire aku dah musnah sebab manusia sejenis dengan kau semua. Walaupun nampaknya dia dah mati" King menyepak perlahan kepala Taehyung.

"Bukan tu je, anak aku yang bodoh ni pun dapat nasib yang sama" King membongkok, menunjal kepala anaknya sendiri sehingga badan Namjoon turut terbaring.

"Kau.. banyak kau bercakap hari ni" Taeyong cuba memprovok.

"Wow, mentang-mentang bangunan dan harta aku semua dan musnah, pandai kau melawan ek?" King berjalan laju mendekatkan diri dengan Taeyong lalu menarik rambut kanak-kanak itu.

Sana dan Momo hanya mampu menjerit dan menjauhkan diri. Felix tetap berada di sebelah Taeyong, menggenggam tangan lelaki itu.

King mendekatkan mukanya yang sudah berumur pada muka Taeyong yang sedang berusaha menahan kesakitan.

"Kau tak ingat apa yang aku dah buat pada kakak kau?" King menghembuskan asap cigar pada muka kecil Taeyong.

"Jangan kau sebut tentang dia" Taeyong meludah terus pada wajah King, menyebabkan lelaki itu berang dan membaling kepala Taeyong tepat terhantuk pada dinding.

"Taeyong hyung!" bergema satu kawasan itu dengan jeritan kanak-kanak kecil yang belum kenal erti dunia.

Taeyong menyentuh dahinya yang basah dengan darah. Walaupun sudah biasa dengan penderaan fizikal seperti itu namun dia masih belum lali dengan semua yang sedang dia lalui. Terkadang dia berfikir, bagaimana Seojun hyung boleh tahan dengan segala bebanan ni?

"Jangan kacau dia!" jerit Jisung dan Haechan dari tempat Sana dan Momo berdiri, berlari anak ke arah King, cuba untuk menumbangkan lelaki separuh abad itu.

Namun, dengan sekali sepakan, kedua-dua mereka tercampak ke atas lantai, berhampiran dengan dua orang kanak-kanak perempuan tadi.

"Uhuk, uhuk" Jisung terbatuk beberapa kali sebelum meludahkan air liur yang bercampur dengan darah. Dia sudah lama tidak merasakan kesakitan kerana masih berbangga dengan status budak baik.

Haechan bangkit kembali, kali ini lebih bersemangat, "Hirryakkkk" jeritan kecilnya bergema namun tangan King lebih pantas melempang muka kanak-kanak itu sehingga dia terpelanting, berpusing sebelum tersembam ke atas lantai.

"Haechan ah" Taeyong berbisik. Tidak pernah sama sekali dia melihat budak itu begitu bersemangat.

Felix yang terasa tercabar terus menghayunkan tangannya kepada King berkali-kali. Namun, badannya yang pendek memang tidak sesuai untuk berlawan. King mengangkat Felix tinggi dan tidak menyambut kanak-kanak itu menyebabkan jari-jari Felix patah.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now