20

726 86 25
                                    

"So, apa kita buat kat rumah saya?" soal Sara buat kali ke berapa pun tak tahu.

Selepas mereka berdua menjumpai Pandora di dalam bilik 057 dan gagal untuk membuka Pandora ini walau dengan apa password sekali pun, Taehyung memutuskan untuk pergi ke rumah Sara untuk berehat.

"Taehyung, our boss need us right now" Sara tegas walaupun dia secara tak rela membuka pintu rumah.

"I don't think he is in grave danger. Not yet" Taehyung menggeleng.

Kotak Pandora iaitu peti besi yang berat berwarna ungu dan berantai itu diletakkan di atas meja kerja Sara yang sarat dengan kertas kerja. Dia tidak sangka wanita itu lagi bersepah berbanding dirinya. Betul apa yang neneknya pernah kata dulu, tak semua orang sama.

Tangan Taehyung yang lenguh itu diurut perlahan. Habis tersembul keluar urat-urat pada tangan Taehyung walaupun tak berapa kekar. Namun bagi seorang wanita, permandangan itu nampak begitu seksi.

Taehyung melabuhkan punggung di atas sofa dan bersandar. Matanya terkatup rapat kerana penat mentelaah laporan yang tiada penghujung itu. Bukan itu sahaja, dia terpaksa mengangkat kotak Pandora yang lebih berat berbanding beg sekolah pelajar sekolah menengah.

Nak minta tolong Sara, nanti dikatakan tak gentleman.

Apakan daya, dia tak berani balik ke rumah sendiri yang tidak terlampau tinggi itu kerana masih takut dengan pencoroboh tak diundang yang datang buat vandalisme ikut suka hati.

Sara meletakkan secawan air kosong di atas meja kaca di hadapan Taehyung dan duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Pendapatnya terhadap lelaki itu sering kali berubah. Orang kata perempuan yang sukar difahami tetapi lelaki ini langsung dia tak faham.

Cara dia berinteraksi dengan lelaki ini sama seperti cara dia berinteraksi dengan Namjoon suatu ketika dulu sebelum spesimen mereka menunjukkan tindak balas yang positif terhadap eksperimen Namjoon yang selalunya gila.

Dalam erti kata lain, semasa Namjoon seorang yang baik dan masih berperikemanusiaan.

Lagipun, cara lelaki di hadapannya berinteraksi dengan Namjoon yang berperangai diktaktor itu pun bagaikan mereka sudah kenal lama. Dan Namjoon langsung tak kisah dengan cara Taehyung, menyebabkan Sara lebih terkejut.

"Kenapa pandang lama-lama?" soal Taehyung kemudian memandang tepat ke arah mata Sara.

"Saya terfikir, apa maksud awak Namjoon belum lagi dalam grave danger?" Sara bersandar.

Kalau boleh dia tidak mahu memandang tepat ke arah mata lelaki aneh yang datang dari planet lain itu.

"Fikir sendiri" Taehyung menutup matanya semula selepas Sara mengalihkan matanya ke tempat lain.

Sara terdiam. Ada betulnya juga cakap Taehyung. Dia lebih mengenali Jungkook. Tapi dia tiada sudut pandangan lelaki dan dia selalu overthinking. Dan sebab itu juga dia selalu bertekak dengan Namjoon.

Sudahlah Taehyung yang terfikir bahawa Pandora box tu ada kat bilik Haru, dan Taehyung juga adalah orang pertama yang tahu bahawa Haru masih wujud.

Dia bangun dan pergi ke biliknya untuk membersihkan diri meninggalkan Taehyung yang sudah berdengkur halus itu. Dia tidak menyalahkan Taehyung kerana terlampau penat menelan perkara yang berlaku ini dalam masa satu hari sedangkan dia sendiri tak tertahan dengan stres yang dia alami.

-

Taehyung membuka matanya. Dia sedar bahawa dirinya bukan lagi berada di dalam ruang tamu di rumah Sara tetapi di sebuah rumah yang usang.

Tanpa berfikir panjang, Taehyung mahu meneruskan pengembaraannya dengan memasuki satu-satu bilik. Tetapi kudratnya tidak mampu membuka walaupun satu pintu dan dirinya tidak mampu untuk tembus dinding seperti hantu.

Kalau begitu, sekarang dia dalam bentuk yang macam mana? Dia tahu yang Sara takkan larat untuk mengangkat dirinya sampai ke tempat yang begini. Dan dia sedar yang semuanya kelihatan seperti mimpi. Tapi... dia masih keliru.

Disebabkan panik, Taehyung cuba membuka pintu itu namun tiada sebarang bunyi yang terhasil menyebabkan Taehyung pening kepala. Bagaimana pergerakan yang menyebabkan getaran langsung tidak menghasilkan sebarang bunyi?

Sudahlah tempat ini panas.

Panas?

Kalau ini mimpi, bagaimana boleh dia terasa panas? Kalau ini bukan mimpi kenapa pintu tu langsung tak berbunyi bila digoncangkan sebegitu rupa?

Nafas Taehyung tak menentu. Dia terduduk. Dia memandang sekeliling dan ternampak sebuah cermin yang langsung dia tidak perasan kewujudannya sejak tadi.

Namun apabila dia memandang tepat ke dalam cermin, baru dia sedar bahawa dia tidak mempunyai pantulan.

Mata Taehyung membulat. Sekujur tubuhnya menggeletar kuat. Dia takut dan ini ialah rasa takut yang pertama kali dalam hidup buat sekian lama.

"Taehyung?" satu suara memanggil.

Dia kenal suara itu. Itu suara Haru.

Tapi bagaimana? Taehyung berada di rumah Sara. Kalau dia mengingau, sudah semestinya hanya suara Sara yang mengejutkan dia sahaja yang boleh dia dengar sekarang.

"Taehyung, jangan takut. Saya ada kat sini." bunyi bisikan yang selalu dibuat oleh Haru memenuhi gegendang telinga Taehyung.

Taehyung menutup telinga kerana rasa takut yang amat.

Sudahlah tidak mampu melihat sesiapa di tempat ini dan dia tidak dapat melihat diri sendiri pada cermin, bagaimana dia mahu menenangkan diri?

"Taehyung, saya rasa awak masih belum bersedia dengan semua ni. Saya minta maaf" walaupun Taehyung sudah menutup telinganya rapat, tetapi suara Haru tetap bergema. Bagaikan suara itu hanya dimainkan dengan kaset di dalam kepala.

Mata Taehyung yang sudah merah itu melilau sekeliling berkali kali. Dia berpewakatakan seperti seorang yang gila.

Dia akhirnya menutup mata kerana tak sanggup lagi berhadapan dengan suara Haru yang menyeramkan itu. Nafasnya laju dan dadanya turun naik tak mengikut rentak sehingga terasa sakit pada bahagian abdomen.

"Taehyung! Taehyung!" suara Sara memanggil dan Taehyung membuka mata. Dia bukan lagi di dalam rumah itu. Angin dingin yang datang dari pendingin hawa dapat dia rasa.

Muka Sara ditatap lama dan tak semena-mena, Taehyung menangis.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now