Since I found you, I never stopped thinking about you
Selepas menyediakan sarapan pagi untuk Dani. Dia menjenguk suaminya di bilik. Tubuh Dani yang membelakang dirinya membuatkan hatinya berdebar. Melihat Dani yang tidak memakai pakaian yang dia sediakan membuat dirinya rasa kecewa tapi cepat sahaja menghalau perasaan itu sebelum membuat dirinya makin menangis.
" Abang ... Ell ada buatkan nasi goreng kegemaran abang. Sarapan dulu ya." Pinta Ell.
" Abang dah lambat." ujarnya dingin.
Ell menayang mukanya yang sedih. Selama ini, Dani masuk office lambat pun dia akan makan sarapan yang dibuat olehnya.
" Pergi dulu." kata Dani
Ell cepat-cepat mencapai tangan Dani dan mengucup lembut. Berharap hati Dani akan lembut. Sekali lagi dia rasa hampa !. Dani terus menonog ke kereta tanpa menoleh sedikitpun padanya. Abang masih marah padanya! Getusnya perlahan.
Ell mula mundar-mandir dengan situasi ini. Dia tak suka. Macam mana nak buat nih? Macam mana nak pujuk Dani? Ting!! Idea mula muncul. Tangannya mula menaipi nombor telefon seseorang yang boleh diharap untuk membantunya.
" Indah! Kau kena tolong aku" katanya laju bila talian mula bersambung. Dia tak sabar nak mulakan misi memujuk suami.
" Dani malam ni makan dekat rumah mak ye"
" Ok mak"
Tangan Dani mula menaip sesuatu di telefonnya ' Ell malam ni tak payah masak, mak suruh makan dekat rumah dia malam ni.' walaupun dia masih marah dekat isterinya tapi dari sudut hatinya dia masih sayang dekat bininya.
" Dani mak nak kau kahwin satu lagi." pinta mak Dani, Puan Rafidah. Memecah kebisuan yang melanda di meja makan.
" Mak!! Apa mak kata nih? Mak suruh Dani kahwin satu lagi?. Mak Dani sayangkan bini dani nih."
" Kalau kau sayang bini kau tak kan dia tak mengandung lagi. Dah lama dah mak nak pegang cucu dari kau tu. Mak dah kata tak payah kahwin dengan si Mandul ni. Kau degil. Kalau kahwin dengan Humairahkan dah berjujuk anak kau tuh." Sinis Puan Rafidah.
Dengan kata-kata mak mentunya. Ell makin tunduk di meja makan. Dah la tempoh hari kena sinis dengan anak mak ngah si mak mentunya, ni pula kena pulak dengan mak sendiri.
" kalau kau nak masuk syurga dengar kata mak Dani" ujar maknya yang menggunakan kuasa vetonya.
ISKANDAR terus berlari menuju ke arah wad pesakit kanak-kanak. Wad yang menempatkan Qistina yang dibawah jagaannya. Sewaktu dia nak lunch di kafe hospital, dia menerima panggilan daripada Nurrin bahawa Qistina pengsan dan tak sedarkan diri dalam tandas.
Sampai sahaja di wad, langkah dilajukan lagi ke arah katil Qistina. Kelihatan beberapa nurse dan doktor bertugas mengelilingi katil Qistina. Turun naik nafas Iskandar dek terlampau laju lariannya utuk sampai ke ward Qistina. Melihat Dr Iskandat di tempat tersebut meyebabkan beberapa nurse memberi laluan kepada Harith untuk masuk ke ward tu.
" What happened ??" soal Iskandar. Qistina yang terbaring dengan wajah pucat itu dipandang. Wajah gadis berusia 12 tahun itu cengkung. Badannya kurus kering seakan-akan mayat hidup. Iskandar menahan pilu.
" Tadi Qistina pergi tandas sorang-sorang. Then, lepas sepuluh minit tak balik-balik semula dekat ward. Saya cuba cari semula Qistina kat tandas sebab itu lokasi terakhirnya. Lepas tu, sampai di tandas saya ternampak dia dah terbaring dekat pengsan." Kata jururawat Zaliah.
YOU ARE READING
SURATAN TAKDIR CINTA
RomanceBetullah orang kata tanpa restu, kita takkan bahagia dalam kehidupan alam rumah tangga yang dibina. AIEKHA ELLINA. Dia seorang gadis yang ceria, baik hati dan sabar. Takala cinta akan terbinalah ikatan yang utuh bagi rumah tangga sampai ke Jannah. T...