CHAPTER 12

3.2K 122 6
                                    



Holding you in my arms pacifies me, as my heart screams when you are not close...



Masuk sahaja Ell ke dalam rumahnya, Ell sudah nampak susuk tubuh Dani sambil memandangnya dengan penuh tajam. Ell menghampiri suaminya yang duduk di sofa.

" Dari mana?" kasar suara yang ditanya oleh Dani. Langkah Ell berhenti. Dia merasakan aura negatif yang ada pada suaminya.

" Saya dari tasik" Jawab Ell.

" Dengan siapa?" soal Dani lagi.

" Dengan kawan. Kenapa abang? Ada masalah ke?." Jawab Ell. Terkebil-kebil Ell memandang wajah muka Dani yang tengah tegang.

" Jantan la maksud kau tu, KAWAN KAU TU JANTAN KAN??" marah Dani. Pelik macam mana Dani tahu dia terserempak dengan Doktor Ezz? Pelik Ell dengan kelakuan Dani sekarang ni. Kalau tahu dah kenapa nak tanya??

Macam la kau tak tahu yang Dani tu tengah cemburu, tapi aku cemburu dengan Amanda tak kira pulak.

" Jangan bodoh-bodohkan aku lah perempuan wehhh." Dani menggelengkan kepalanya dengan menahan amarahnya. Yela, masa dia dekat office, Amanda ada hantar gambar Ellina bersama dengan lelaki lain pulak, dah la nampak macam mesra sangat. Jelas sekali isterinya dengan seorang lelaki yang handsome berkemaja purple.

Sungguh, sakit hati melihat gambar tersebut lagi sakit memikirkan Ellina yang merayu-rayu dekat dia supaya balik ke rumah. Tapi tak sangka, Ellina boleh pulak keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan dia. Ell masih isterinya walaupun dia masih marahkan Ellina. Isterinya sendiri duduk di tasik berdua-duaan dengan lelaki lain. Macam orang tengah couple. Bahagia sangat.

" Dani awak jangan tuduh melulu, tadi memang saya duduk sendirian lepas tu dia datang. Lelaki  tu kawan abang saya . Dia bukan siapa-siapa dekat saya la. Kebetulan sahaja saya terserempak dengan dia, bukannya saya pergi dengannya pon." Bersungguh-sungguh Ellina menjelaskan keadaan yang sebenar kepada Dani. Dia takut Dani akan tersalah faham dengannya.

Dani hanya tergelak sinis dengan jawapan Ellina.

" So, memang kau ada jantan lain kan. Mengaku je la. Tak payah nak cover line sangat lah, tak menjadi pon,."

" Kita orang mana ada apa-apa la. Dia kawan abang saya lah. Kenapa awak tak percaya ni???" tegas Ellina. Mana hatinya tak sakit kalau suaminya boleh menuduh dia keluar dengan lelaki lain. Sedangkan dia setia dengan suaminya tu.

" Kalau tak ada apa-apa takkan la nampak bahagia sangat macam suami isteri pulak. Kata kawan abang kaukan?? Takkan la boleh pegang tangan pulak. Kau ni memang spesis tak cukup dengan satu jantan kan." Tajam Dani berkata.

Ell ternganga. Berpegangan tangan??? Tumpah air mata Ell mendengarkan kata-kata suaminya. Suaminya lebih percaya orang luar daripada isterinya.

" Ya Allah, Dani. Bila masa saya pegang tangan dia?".

Dani mula bangkit dari sofa. Terasa api kemarahannya sudah merebak ke badannya. " Manda takkan tipu aku la."

" Kenapa awak yakin sangat dia tak tipu awak? Patutnya awak tahu saya dah lama banding dengan orang lain. kita kenal dah lama bukan sekejap. Saya tahu cinta pertama awak Amanda, tapi tak bolehkah awak percaya dekat saya??. Sekarang ni saya nak bagi tahu saya tengah mengandung anak awak" kata Ellina dengan luluh.

Tergamam Dani dengan kata-kata Ellina. " Betu ke budak tu anak aku? Ke anak jantan tu?" kata Dani.

" Astagfirullahalazim Dani ni anak awak la, apa awak tuduh-tuduh ni!! bawa mengucap lah. Ni anak awak bukannya anak orang lain" kata Ellina dengan tegas.

SURATAN TAKDIR CINTAWhere stories live. Discover now