Part 9

950 85 4
                                    

Helaan nafas terhembus dibelah bibir Gempa, dia tatap wajah Solar yang terlena di sofa ruang tamu. Jari jemarinya bermain dengan rambut Solar.

Pergerakan tangan Gempa terhenti dari terus bermain dengan rambut Solar, dahinya berkerut. Dia memegang perutnya yang tiba-tiba sahaja berasa sakit. Ditekannya kuat. Ringisan kecil keluar dari belah bibirnya.

"Sakit.. Boiboy bangun.." Gempa mencuba untuk bangunkan Solar.

"Boiboy!!"

Solar tersedar dari tidurnya dengan keadaan mengejut. Matanya terkebil-kebil memandang wajah berkerut Gempa yang duduk bersimpul di hadapannya.

"Boiboy.." kening Solar berkerut bingung bila mendengar suara isterinya yang seperti menahan kesakitan.

"Akak kenapa?" Solar bangun dari pembaringannya.

"Boiboy perut akak sakit..." adu Gempa sambil menekan perutnya. Dahinya sudah basah dengan peluh.

Solar panik jadinya. "Kita pergi klinik ya akak? Boiboy pergi beritahu mama."

Disaat Solar mahu beredar memanggil ibunya yang berada di dalam bilik, terbantut bila tangannya dipegang Gempa. Dia berpaling dan mendapati Gempa menggelengkan kepala.

"Jangan, akak tak nak susahkan mama. Akak dah okey sikit, akak nak masuk bilik. Mungkin tido boleh hilangkan sakit?" kata Gempa, menafikan kenyataannya bahawa dia masih menahan sakit.

Solar tenung wajah Gempa yang tampak pucat itu. "Betul ni?"

Gempa mengangguk sambil mengukirkan senyuman tawar.

"Jom Boiboy bawa akak ke bilik." kata Solar, tanpa amaran dia terus mencempung tubuh Gempa buatkan lelaki itu terkejut.

"Boiboy!" wajah Gempa memerah, bila tubuhnya diangkat oleh Solar.

"Diam, Boiboy selalu tengok citer dalam TV kalau orang sakit atau tak boleh jalan mesti kena buat macam ni kan? Kata hero dalam cite tu, supaya nampak sweet." jujur Solar berkata, dengan sengihan polosnya terlakar dibibir.

Gempa terkesima seketika, selang beberapa saat dia tergelak.

"Hish Boiboy ni! Terpengaruh betul dengan drama TV, jangan selalu diikut tau?" kata Gempa.

"Hmmm."

Mereka berdua senyap, sehinggalah tiba di dalam bilik. Solar merebahkan tubuh Gempa diatas katil dengan perlahan-lahan.

"Perut akak sakit lagi?" soal Solar.

Gempa hanya mengangguk, "Sikit aje, nanti.."

"Boiboy sapukan ubat ya?"

"Eh tak payah, nanti okeylah ni."

Solar buat tidak dengar, dia mengambil minyak gamat yang berada di dalam laci meja bersebelahan katil.

"Baring." arah Solar sepatah, wajahnya serius sahaja selepas mengatakan itu. Gempa mahu tidak mahu, terpaksa menuruti arahan Solar.

Dia segera membaringkan tubuhnya di atas katil sesuai permintaan Solar. Baru sahaja dia mahu ambil nafas, dia dikejutkan oleh Solar yang sudah menyelak bajunya.

"Kyaa!! Apa Boiboy buat ni!" Gempa membetulkan bajunya yang baru diselak oleh Solar, namun Solar kembali menyelak baju Gempa.

"Diamlah akak, Boiboy nak sapukan ubat. Kakak kan kata, sakit perut tadi." marah Solar kerana geram.

Gempa cemberut dengan wajah berona merah. "Ye..yelah."

Suasana hening di antara mereka berdua. Gempa tersenyum kecil sambil menatap wajah Solar yang khusyuk melumurkan ubat pada perutnya.

"Thanks Boiboy."

"Hmmm." Solar hanya mengangguk kecil.

"Boiboy, boleh akak tanya sesuatu?"

"Apa?"

Gempa menggigit bibir, "Hmmm, kenapa akak tengok Boiboy macam marahkan sesuatu aje pagi tadi? Akak ada buat Boiboy sakit hati ke? Boiboy senyap aje harini."

Solar mengerling Gempa sekilas, dia membetulkan baju Gempa seusai selesai melumurkan ubat pada perut lelaki itu.

"Hmmm, papa kata semalam yang papa nak masukkan pakcik Hamid ke pondok. Tapi, isteri pakcik bantah. Dia tak nak suami dia, masuk ke pusat pemulihan akhlak."

Kening Gempa berkerut, "Bila papa beritahu Boiboy? Akak tak tau pun?"

"Semalam, masa akak dah tido." jawab Solar. Gempa mengangguk kecil.

"Ke sebab tu Boiboy jadi badmood?"

"Hmmm, lebih kurang macam tulah."

Solar mengangkat bahu acuh tak acuh. dia kembali menyimpan ubat gamat pada tempat asalnya, laci meja.

Gempa diam sambil memerhatikan gerak geri Solar.

"Boiboy.."

Solar menolehkan wajah pada Gempa, anak mata mereka berdua bertautan mesra dan seolah menghantarkan sesuatu makna. Gempa terdiam, sedikit terpegun melihat renungan mata Solar padanya.

"Akak kenapa?"

"Hmmm, t..tak jadilah. Akak nak tido kejap, nanti Boiboy bangunkan akak ya kalau dah masuk tengah hari. Boleh?"

"Hmmm."

Solar memandang Gempa yang sudah melelapkan mata. Dia tersenyum kecil.

"Kesian akak, mesti penat sebab jaga Boiboy yang nakal ni kan. Boiboy minta maaf akak, Boiboy janji tak akan nakal lagi."






Tbc...

Huhuhu... Maaf ya, Sya rasa chapt ni terasa hambar pula. Idea tak ada huhuhu. Btw, hope you guys like it! 😅

Autistic Husband (SolGem) [C]√Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin