Part 22

1.1K 91 8
                                    

Kening Solar terjongket sebelah bila melihat gelagat Gempa yang sedikit aneh itu. Macam mana tidak aneh, kalau lelaki manis itu meletak serbuk milo dan cheese diatas telur rebus lalu makan dengan begitu berselera sekali. Dia tengok pun sudah loya. Pelik sungguh.

Gempa mengerling Solar yang asyik memandangnya dengan wajah berkerut seribu.

"Apa tengok-tengok? Macam tak pernah tengok orang aje." kata Gempa datar sambil mengunyah sisa telur didalam mulutnya, tangannya mencapai beberapa biji telur rebus dari periuk yang sudah dikupas kulitnya ke dalam mangkuk kecil.

Kalau tadi milo campur cheese, kini dia lenyek telur-telur itu lalu dia letak mentega, milo, cheese, sambal bilis dan air yogurt. Kesemua bahan itu dia gaul sehingga sebati, setelah selesai dia makan telur hasil tangannya dengan sudu.

Mata Solar sudah membuntang melihat Gempa yang makan benda aneh itu lagi.. Lagi?!

"Sedap ke? Pelik aje tengok?" soal Solar dengan wajah yang sudah berubah warna. Kembang rasanya pipinya melihat makanan yang dimakan oleh isterinya itu.

Gempa hanya menjeling malas. "Sedap apa, nak cuba?"

Laju Solar menggelengkan kepalanya tidak mahu. Tidak pepasal dia muntah karang kerana makan benda aneh itu.

"Tak apalah, terima kasih ajelah. Makanlah." kata Solar menolak keras.

"Suka hati."

Hening..

Gempa bangun daripada duduknya selepas selesai menjamu selera lalu dia bergerak ke sinki untuk membasuh pinggan mangkuk yang dia gunakan tadi.

Usai selesai, dia memandang ke arah Solar yang masih statik duduk di kerusi meja makan. Dia menerpa ke arah lelaki itu dan berdiri di hadapan Solar.

Mata Solar terkebil-kebil memandang isterinya yang sedang berdiri dihadapannya.

"Apa? Kenapa tengok saya macam tu?"

Gempa tidak menjawab, malah dia menarik tangan Solar agar lelaki itu mengikutinya ke ruang tamu.

Gempa mendorong tubuh Solar ke sofa, lalu dia melabuhkan punggungnya di atas pangkuan Solar. Dia melingkar tangannya pada leher Solar dan mengabaikan tatapan terkejut suaminya dengan tindakannya itu.

"Gem?"

"Dodoikan." Gempa menguap seraya menyembamkan wajahnya pada dada Solar. Dia mengusap wajahnya disitu dengan gerakan manja.

"Baik." Solar hanya menurut, dia memeluk tubuh Gempa seraya menepuk belakang tubuh Gempa lembut.

"Gem, awak dah maafkan saya ke?" bisik Solar.

"Tak."

"Habistu kenapa awak manja sangat harini?"

Gempa mengangkat wajahnya dan merenung Solar tajam. Solar telan liur bila ditenung begitu tajam oleh isterinya.

"Ke..Kenapa?"

"Tch! Salah ke nak bermanja dengan suami sendiri? Gem pun tak naklah, mungkin sebab pembawaan bayi? Tch."

Solar tersenyum senget.

"Yeke? Ke mama dia yang nak bermanja?" usik Solar.

Gempa merengus halus dengan wajah cemberut.

"Tak ada maknanya! Tch, kalau tak sudi dodoikan sudah!" Gempa mahu bangun namun dihalang oleh Solar yang memeluknya erat.

"Boiboy gurau ajelah akak, janganlah sensitif sangat. Meh Boiboy dodoikan ya?"

Gempa buat muka toya, "Whatever."

Solar tersenyum sahaja, dia mengucup sekilas dahi Gempa buatkan lelaki itu terkedu.

"Ambil kesempatan betul.."

"Biarlah dengan isteri sendiri juga."

Gempa mencebik, manakala Solar sudah mengenyitkan matanya dengan senyuman manis.







Tbc...

Autistic Husband (SolGem) [C]√Donde viven las historias. Descúbrelo ahora