Part 26

1.1K 82 3
                                    

Tanah kubur yang masih merah dan basah, di ramasnya kuat. Air jernih mengalir laju menuruni pipi mulusnya, berderu-deru. Mulutnya menyeru nama arwah kedua ibu bapanya.

"Mama..papa.."

Solar yang berdiri di sebelah Gempa, mengusap kepala Gempa agar dapat menenangkan isterinya itu.

"Gem, sudahlah. Jom balik, tak elok juga duduk kat sini lelama apalagi dah nak senja ni. Nanti kita datang melawat lagi ya? Jom sayang." pujuk Solar lembut.

Gempa hanya mengangguk pelan, batu nisan yang terukir nama kedua ibu bapanya dicium lama.

"Selamat tinggal papa, mama. Semoga korang berdua diletakkan di tempat kalangan orang-orang yang beriman. Nanti kalau ada masa, Gem datang ya. Assalamualaikum papa, mama."

Solar membantu isterinya untuk bangun, bahu Gempa dipautnya erat takut jikalau lelaki itu rebah.

"Jom balik."

Tuan Haikal dan Puan Sara mengangguk kepala, mereka berempat melangkah keluar dari tempat tanah perkuburan itu.

"Gem, esok ada perjumpaan dengan hakim mahkamah kamu nak ikut?" Tuan Haikal buka suara.

Gempa hanya diam, tidak menjawab. Kepalanya sedari tadi hanya menunduk.

"Kalau kamu tak nak pergi tak apa, papa dan Solar boleh tolong wakilkan. Kamu jangan risau ya? Papa pasti diorang akan dapat balasan setimpal dengan apa yang diorang buat. Macam mana Gem?"

Kepala Gempa terangguk perlahan sambil menatap wajah bapa mertuanya sekilas.

"Gem serahkan pada papa."

•••••

Solar mengerling isterinya yang sibuk melamun di atas bangku di hadapan rumah. Dia mendekati Gempa dan berdiri di belakang lelaki itu. Perlahan dia melingkarkan tangannya pada leher Gempa, dagunya di letakkan di atas kepala Gempa.

Gempa tersedar dari lamunannya, dia sentuh tangan Solar yang melingkar dilehernya, tangan itu dielusnya perlahan.

"Jauh Gem melamun, fikirkan apa? Fikir pasal your éclat eh?"

Gelak kecil tercetus dibelah bibir Gempa, tangan suaminya ditampar perlahan.

"Lebih kurang.."

Solar tersenyum, dia mengucup kepala Gempa sebelum berganjak duduk di samping Gempa. Pinggang Gempa dipeluknya.

"Fikir yang elok or yang buruk?"

"Yang buruk."

Gempa tergelak bila pipinya dicium Solar.

"Sampai hati akak buat kita macam ni, akak tak sayang Boiboy ke?" kata Solar dengan nada suara dibuat merajuk. Muka monyok.

Gempa menoleh ke sampingnya, dia pegang wajah Solar lalu bibir merah lelaki itu diciumnya lama. Disaat Gempa mahu meleraikan ciuman tersebut, Solar menahan kepalanya sejurus memperdalamkan lagi ciuman mereka.

"Hgggh.." Gempa melenguh perlahan, sambil memukul dada Solar memberi isyarat bahawa dia hampir kehabisan nafas.

Dengan tidak relanya, Solar melepaskan ciuman tersebut.

"Kenapa?"

"Malulah nanti ada orang nampak macam mana?"

"Kalau macam tu, jom sambung kat dalam bilik?"

Solar memandang Gempa dengan wajah berharap.

Gempa tersenyum nakal, dia dekatkan bibirnya ditelinga Solar lalu berbisik dengan nada menggoda.

"Jom masuk bilik daddy Solar.." bisik Gempa, sambil mengulum cuping telinga Solar nakal.

Solar mencubit pipi tembam isterinya.

"Naughty baby, jom."

"Jom!"

Gempa menarik tangan Solar untuk masuk ke dalam rumah, namun baru beberapa langkah dia berhenti sejenak.

"Kenapa?" soal Solar hairan.

Gempa tersenyum manja seraya mendepakan kedua tangannya.

"Gendong daddy.." pinta Gempa dengan lenggok bahasa yang manja.

Solar mengusap kepala Gempa gemas lalu tubuh itu dicempungnya sesuai permintaan Gempa.

"Jom masuk rumah big baby."







Tbc....

Autistic Husband (SolGem) [C]√Donde viven las historias. Descúbrelo ahora