35

182 33 0
                                    

masjid. tempat pertama yang dikunjunginya setelah keluar dari rumah orang tuanya.  tiada tempat lain yang dapat memberikannya rasa seperti rasa ketika dia berada di masjid. dia berada di sana dari maghrib hingga ke isyak. sebelum makmum - makmum lain mememuhi saf, dia sempat membaca tatacara mengambil wudhuk dan mendirikan solat pada banner - banner yang tergantung disekeliling dinding masjid. entah kenapa, semuanya begitu mudah. dengan melihat bagaimana umat islam mendirikan solat berkali - kali, Lyn dapat menghafal pergerakan -  pergerakannya. kali ini, Lyn turut serta mendirikan solat bersama makmum - makmum yang lain. indahnya rasa.

seusai selesai solat berjemaah, bermulalah usrah daripada Ustaz Ramli Don, bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat.

———————————————

“ jangan sekali-kali mengatakan bahawa Islam itu indah melalui perkataan. namun buktikanlah keindahan Islam itu dengan memperlihatkannya melalui perbuatan. ”

mendengarkan kata - kata daripada Ustaz itu, ada sesuatu yang terlintas didalam benaknya, mungkin orang tuanya masih belum dapat melihat keindahan islam, sebab itulah mereka masih belum tergerak hati. perlahan - lahan air matanya mengalir. kali ini air matanya sejuk. menunjukkan bahawa dia merasa tenang dan bahagia. apa yang dilaluinya membuatkan dia merasa semakin dekat dengan kebenaran.

Lyn dan jemaah - jemaah yang lain keluar dari masjid selepas tamatnya usrah daripada Ustaz Ramli Don.

“Lyn! ” jerit Amirul dari jauh.

Lyn mencari pemilik suara yang menyeru namanya. setelah memastikan bahawa suara itu datangnya daripada Amirul, Lyn memberhentikan langkahnya .

“kau solat ke? ” Amirul ingin mendapatkan kepastian.

Lyn mengangguk malu.

“WOW SERIOUS LA SIA. AKU MEMANG RESPECT LA CEPAT GILA KAU BELAJAR. tapi, kau tau ke apa yang kena baca? ”

“kena baca ke? ku tak baca apa - apa pun. ” Lyn blur seketika.

“ patutlah boleh. tak baca apa - apa rupanya HAHAHHAHAHA”  Amirul tergelak terbahak - bahak.

“mana la aku tau kena baca. kau ajarla aku. ”

“okay! ”

“eh ni asal dengan bag - bag sekali ni? kau nak pergi mana? ”

“takdelah. saja je. ”

“be honest please. ”

Lyn menghembus nafas berat.  “aku keluar dari rumah. ”

“asal? ”

“mak aku tak dapat terima lah minat aku nak belajar tentang Islam. ”

“abistu kau nak stay mana?  ”

“itulah tengah fikir. ”

“camnilah. kak ipar aku ada rumah sewa. kau stay dekat situ nak? ” pelawa Amirul.

“okay je. tapi harga tu? ”

“sokayla. kau stay dulu. nanti apa - apa aku roger. takyah risau. dia baik ha. ”

“serious? ”

Amirul mengangguk laju. “jom?”

senyuman manis terukir di bibir Lyn. hampir tergugat iman Amirul ni.

-------------------------

p/s : kalau korang nak aku update lagi, tekan la bintang tu. baru semangat shsshhs. lepastu komen lah yang murni - murni. k k sambung baca!

KU LUPAKAN KAU DENGAN BISMILLAH [ KLKDB ] [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now