- 5.07 p.m
" Kenapa awak senyap? " Tanya Chaeyeon apabila San begitu senyap dan tidak berkata apa-apa semenjak mereka keluar dari rumah hantu tadi.
" Mana ada senyap. Saya... cuma tak tahu nak cakap apa... " Kata San dengan teragak-teragak. Chaeyeon tersenyum nipis.
" Ye ke? Ke... awak malu pasal dekat rumah hantu tadi? " Teka Chaeyeon.
" Aish... Janganlah ungkit. " Suruh San. Mukanya memerah. Chaeyeon tergelak kecil.
" Ala... Normal la tu. Bukannya saya nak gelakkan awak pun. Chill. " Kata Chaeyeon.
" Haih... awak tahu juga akhirnya. Punyalah penat saya nak sembunyikan perkara ni daripada awak. " Balas San. Bibirnya dimuncungkan.
Chaeyeon tergelak kecil. San yang duduk di sebelahnya ditenung lama.
San memang kacak. Lagi-lagi apabila dilihat dari jarak yang dekat.
" Take a picture. Boleh awak tengok muka kacak ni setiap hari. " Usik San apabila dia terasa dirinya ditenung lama oleh Chaeyeon.
" Ish! " Chaeyeon memukul lembut lengan San. Pipinya terasa panas. Kantoi la pula usya orang tu!
" Noona, hyung. Dah-dahlah bersemut dekat depan Jisung ni. Kang sampai esok tak habis-habis. "
Chaeyeon dan San memandang serentak ke arah Jisung yang sedang makan aiskrim di hadapan mereka. Jisung membuat muka jijik ke arah mereka berdua.
" Eyhh... Pandai eh Jisung cakap macam tu. Yelah. Jom kita balik. " Kata San lalu bangun dari bangku yang didudukinya. San memandang ke arah Chaeyeon yang masih duduk tercegat di situ.
" Awak tak nak balik? "
Chaeyeon tersedar dari lamunannya.
" Ah... Nae. "
- - - -
" Bye, noona! " Kata Jisung riang.
Chaeyeon tersenyum ke arah Jisung. " Bye Jisung. Noona balik dulu. " Pipi Jisung dicium. Chaeyeon keluar dari kereta milik San.
Baru beberapa langkah dia berjalan, namanya dipanggil.
" Chaeyeon! "
Chaeyeon berpaling ke belakang. " Eo? San? Kenapa? " Chaeyeon bertanya sebaik sahaja melihat San mendekatinya. " I... I want to give you something. " Jawab San. Matanya menikam anak mata Chaeyeon. Seolah-olah perkara yang ingin diberikan itu penting.
" Oh. Apa dia— "
Belum sempat Chaeyeon menghabiskan kata-katanya, San menarik pinggang kecil Chaeyeon supaya mendekatinya.
Chaeyeon terkedu dengan tindakan drastik San. Hatinya berdebar-debar apabila San memandangnya tepat ke dalam matanya.
" W-Wae... San? "
San tidak menjawab. Mukanya semakin didekatkan je muka Chaeyeon.
" Remember this moment... Kang Chaeyeon. "
San melepaskan ciuman itu. Dia tersenyum ke arah Chaeyeon. Chaeyeon pula hanya diam terkaku. Masih keliru dengan keadaan tadi." Yea... saya tahu ianya secara tiba-tiba. But... I promise to tell you everything tomorrow. Bye. " San tersenyum buat kali terakhir sebelum masuk semula ke dalam keretanya.
Muka Chaeyeon berona merah. Bibirnya disentuh.
" He... He steals my first kiss. "
•
•
•
YOU ARE READING
《C》JUST FOR A WEEK | 최산
FanfictionJangan jatuh cinta selama seminggu jika tidak mahu hati terluka. ↻ 최산 - 강채연 fanfiction #1 in kangyeosang [ 20092020 ] #1 in kqfellaz [ 27092020 ] #1 in ateezfanfiction [ 15052021 ] #1 in choisan [ 22022022 ]