• eleven •

824 137 16
                                    

- Day 7 , 12.00 p.m ( Last Day )

San💜
Hi, Chaeyeon : ) Sibuk ke?

Chaeyeon
Tak. Why?

San💜
Good. Saya ada dekat depan rumah awak : )

Hampir tersembur kopi yang diminum Chaeyeon pada tengah hari itu. San ada di depan rumahnya?!

Perlahan-lahan Chaeyeon menuju ke arah tingkap lalu mengintai ke luar.

Memang betul San ada di luar rumahnya.

Chaeyeon
Yah... Awak buat apa dekat luar tu? Kenapa tak begitau nak datang?

San💜
I guess... it's a suprise then. Mind to go out with me today?

Chaeyeon
I hope you can wait for a while. Saya nak bersiap sekejap. Masuklah rumah dulu. Abang saya dekat dalam.

San💜
Yea, sure : ) Take your time.

" Yeosang! " Laung Chaeyeon.

Pintu bilik Yeosang dibuka. Tersembul wajah Yeosang dengan mata yang sedikit tertutup dengan messy hair nya. Nampak sangat baru bangun tidur.

" Ish... Apa kau nak? Kacau je aku nak tidur... " Kata Yeosang. Dia paling tak suka waktu tidurnya diganggu.

" Bangunlah. Membuta je kerja! Dah tengah hari! Tolong aku layan tetamu kejap. Aku nak pergi bersiap. " Balas Chaeyeon.

" Hah— "

Belum sempat Yeosang berkata apa-apa, Chaeyeon menolak tubuhnya sehingga menuju ke ruang tamu.

" Tolong tau! Aku nak pergi mandi kejap! " Chaeyeon terus berlalu ke biliknya. Yeosang hanya menggelengkan kepalanya. Pintu rumah dibuka perlahan.

Wajah seorang jejaka tampan menyapa pandangannya.

" Masuklah. "

- - - -

Chaeyeon mengeringkan rambutnya yang basah setelah mandi tadi. Baju dari almari diambil lalu dipakai.

Dia duduk di depan cermin meja soleknya. Rambutnya disikat rapi lalu make up tipis dikenakan pada wajah polosnya. Lipstick yang berwarna soft pink dioles pada bibirnya.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Chaeyeon pantas mengangkat panggilan itu.

" Chae! Chae!  Jom pergi shopping hari ni! "

Suara nyaring Nayoung menyapa gegendang telinganya.

" Sorry Nayoung. Lain kali okay? Aku keluar dengan orang lain hari ni. "

" Oh! Oh! Biar aku teka siapa! Mesti San kan?!! Betul kan? Aku genius kan? Hahahaha! "

Chaeyeon menggulingkan matanya apabila mendengar jawapan Nayoung.

" Sibuklah kau! "

" Eleh! Malu-malu anjing pulak. Nanti pergi date, jangan lupa cerita dekat aku tau! Ma— "

Chaeyeon terus menekan punat merah lalu menamatkan panggilannya dengan Nayoung. Haih, apalah nasib dapat member macam ni.

Chaeyeon mengambil tas tangannya lalu nengorak langkah untuk menuju ke ruang tamu.

Kelihatan Yeosang dan San sedang berbual mesra. Seperti dah kenal lama pula.

San tersenyum apabila ternampak Chaeyeon.

" Oh, Chaeyeon. Kau nak keluar kan? Sini kejap. Aku nak cakap something dengan kau. Berdua. " Kata Yeosang sebaik sahaja ternampak susuk tubuh Chaeyeon yang sedang turun dari tangga untuk ke ruang tamu.

" Oh... Okay. "

Yeosang terus menarik lengan Chaeyeon menuju ke sebuah bilik kosong di tingkat bawah itu. Pintu bilik ditutup.

" Kau nak cakap apa ni? Macam penting sangat je. Siap suruh masuk bilik bagai. " Tanya Chaeyeon curiga.

" Listen here. Aku... Aku setuju kalau San jadi adik ipar aku. " Kata Yeosang bersungguh.

Terkejut Chaeyeon apabila mendengar pernyataan yang keluar dari mulut abangnya. Dah kenapa tiba-tiba je dia ni? Demam?

" Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba je. Buang tabiat eh? Ke... Kau cakap apa dengan San tadi? Sampai tiba-tiba nak jadikan adik ipar pula. " Soal Chaeyeon.

" Taklah. Aku cuma rasa... Dia tu lelaki baik. Sesuai untuk kau. Tu je. " Balas Yeosang.

" Peliklah kau ni. Dahlah. Aku keluar dulu. Nanti lama San tunggu. Bye! "









《C》JUST FOR A WEEK | 최산Where stories live. Discover now