AAP!: 1

680 122 176
                                    

Assalammualaikum, aku dah edit okay chap ni sampai latest. Since 14 Days dah completed, so aku nak fokuskan dekat this book.

| Edit version: 24012022 |


| Edit version: 24012022 |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






KROH KROH!

Bunyi dengkuran memenuhi ruangan bilik Rania Maisarah. Segala bantal yang berada di atas katil disepak sehingga jatuh. Dia memusingkan badan menghadap ke belah kanan sebelum terjatuh di atas lantai.

Auch!

Baru sahaja ingin naik ke atas katil, perbuatannya terhenti apabila terdengar lagu kegemarannya bergema di suatu sudut. Dengan malas, Rania mengambil telefon lalu menjawab panggilan. Masa nak tidurlah semua menyemak nak call!

"Hello, Cik Rania Maisarah! Awak tahu tak sekarang pukul berapa? Saya nak awak datang office sekarang!"

Telefonnya dijauhkan daripada telinga lalu mendengus kasar. Membuat-buak makian yang ingin dilontarkan kepada tuan punya suara itu.

'Bising betullah botak ni,' gumam Rania selamba. Mulutnya dijuih-juihkan ke depan sambil tangan mengetuk bantal dengan kasar. Orang tengah sedap tidur masa itulah nak call!

"Apa awak cakap? Botak?"

"Siapa lagi kalau bukan bos yang botak. Saya ada rambut. Bos tu pakailah rambut palsu. Cover sikit tengah tu."

"Boleh awak ulang lagi sekali tak? Macam tak jelas pulak."

Terbeliak matanya apabila mendengar suara yang cukup dikenali Rania. Pantas dia mematikan panggilan telefon tanpa meminta maaf kepada bosnya. Rania, kau nak mati awal ke?

'Tapi, dia tak sedar ke dia memang botak? Lepas tu nak marah-marah aku pula,' desis Rania sambil menggaru-garu kepalanya. Dia pantas bangun lalu mengambil tuala yang elok tersidai di ampaian kecilnya sebelum menjejak kaki ke dalam tandas.

Mandi lagi bagus!



















SEORANG lelaki yang memakai mask berwarna hitam sibuk menyusun surat- surat dan barang yang perlu dihantarnya sekejap lagi. Kedua belah bahu digoyangkan bagi mengurangkan rasa lenguh. Dia dahlah belum makan lagi. Lapar gila sekarang ini. Tapi itulah, banyak barang yang kena hantar.

"Izyan!"

Izyan memusing badannya ke belakang bagi mencari empunya suara yang memanggilnya. Pandangannya dilemparkan ke sekeliling sebelum tertancap pada satu susuk yang sedang menghampirinya. Izyan tersenyum disebalik mask yang dipakai.

"Kau ada kena buat penghantaran lagi ke?" tanya Syamil, kawan sekerjanya. Dia memeluk bahu Izyan sambil mata mencuri-curi pandang beg yang berisi barang customer.

Aye Aye Posmen! [OG]Where stories live. Discover now