AAP!: 6

344 80 86
                                    

Hai and assalammualaikum, new chapter is done!

Enjoy your reading!

| Edit version:  05022022 |



RANIA menghayunkan langkah menuju ke tempat loker

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










RANIA menghayunkan langkah menuju ke tempat loker. Lengan dia ditarik oleh seseorang dari belakang menyebabkan langkahnya terhenti. Hampir sahaja dia ingin menumbuk perut tuan punya badan namun dibatalkan niat.

"Jom ikut aku."

Belum sempat Rania membalas, Izyan terlebih dahulu melangkah menuju ke tempat parking motor. Pegangannya masih tak dilepaskan malah makin erat lagi. 

Tiba-tiba Izyan menghentikan langkah menyebabkan Rania terlanggar belakang badannya. Dia mengeluh sambil mengusap dahi bagi mengurangkan rasa sakit.  Izyan memusingkan tubuhnya menghadap Rania yang paras dadanya.

Pendek betul.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni? Awak ingat awak siapa nak..." Belum sempat Rania menghabiskan ayatnya, Izyan dah memintas. Dia melutut di hadapan Rania sambil menatap anak matanya.

"Rania..." Nama dia disebut dengan lembut. Rania menundukkan sedikit kepalanya sambil memandang mata biru itu. Tali kasut yang dibiarkan terbuka tu diikat oleh Izyan dengan kemas.

"Kau ni tak reti ikat tali kasut ke? Bahaya tahu tak kalau kau bawa motor lepas tu tali tersangkut. Kalau kau accident macam mana?" soal Izyan sambil memandang Rania dengan pandangan redup. Jantung Rania berdegup kencang apabila bertentang mata dengan Izyan.

"Saya... saya tak reti ikat tali kasut," balas Rania gugup. Eh tolong ye, jangan pandang macam itu. Berdebar tau jantung dia!

"Habis selama ni, siapa yang ikat tali kasut kau?" tanya Izyan sambil menjongketkan kening. Kepalanya digeleng berkali-kali. Budak-budak pun reti tali kasut.

"Mia, roommates saya."

Keluhan berat dilepaskan sebelum menjentik dahi Rania perlahan. Jentikan secara tiba-tiba itu menyebabkan Rania terundur ke belakang sambil kedua belah tangan menutup dahinya. Risau Izyan akan jentik lagi. 

Ilman yang sedang berjalan menuju ke cafe pantas menghentikan langkah sebelum menyorok di sebalik kereta. Matanya tajam memerhatikan seorang lelaki yang sedang melutut sebelum mulut dia terlopong luas. Dari belakang pun dia dah tahu yang perempuan itu Rania. So, maknanya adik dia itu dengan Rania?

"So, let me be the one who will always tie your shoes, my girl."

Jantung Rania berdegup laju apabila mendengar bait kata yang dilontarkan dari mulut Izyan. Terkebil-kebil dia memandang Izyan sebelum wajahnya berubah warna. Ilman yang curi-curi dengan itu terlopong luas mendengar kata-kata adiknya.

Aye Aye Posmen! [OG]Where stories live. Discover now