Kawan Yang Sepi

57 5 0
                                    

Irene baru berpindah ke sebuah sekolah swasta yg terletak jauh dari kampung halamannya. Walaupun dia mempunyai banyak kawan,namun hubungan mereka masih belum erat.

Semasa belajar di sekolah rendah,Irene tidak mempunyai seorang kawan pun kerana sikapnya yg pendiam. Oleh itu,dia memilih untuk belajar di sekolah menengah yg jauh dari kampung supaya dapat berkenalan dgn ramai kawan.

Semasa waktu rehat,rakan-rakan lain akan berkumpul dan berbual bersama-sama kecuali Irene, Sebenarnya , Irene berharap mereka dpt mengeratkan hubungan.

Pada suatu hari,terdapat seorang pelajar perempuan yg kelihatan murung sedang duduk di bahagian belakang kelas.
Badannya agak rendah. Biarpun Irene ingin berkenalan dengannya kerana nasib mereka agak sama tetapi dia tidak berani.

Seminggu telah berlalu,Irene masih terasa asing dengan rakan-rakan. Budak perempuan itu pula masih keseorangan.
Apa yg pelik ialah rakan-rakan lain tidak pernah bertegur sapa mahupun melihatnya. 'Baiklah, Aku akan berkenalan dengannya,' Irene menuju ke meja pelajar perempuan itu.

"Apa khabar ?Nama saya Irene, boleh kita berkenalan?" Pelajar perempuan tersebut sedikit terkejut. "Sa.. Saya Auni" jawabnya dgn segan silu. Irene berasa gembira apabila dpt berbual dgn Auni. Sejak itu,
mereka menjadi kawan baik. Walaupun rakan-rakan lain berasa hairan melihat perubahan Irene, namun dia tetap menyebelahi Auni.
'Tergamak kalian mengabaikan Auni"

Selepas waktu sekolah, Irene bertanya beberapa soalan kepada Auni.
"Mengapa awak sudi berkawan dgn saya ?" "Kerana awak dapat melihat saya,"
jawab Auni tanpa ragu-ragu.

"Apa?" Irene bingung...
"Maksudnya...orang lain tidak boleh melihat saya,"
Irene tercengang apabila mendengar jawapan Auni.Tiba-tiba wajah Auni berubah menjadi seram apabila dia mendekati Irene. Bulu roma Irene mula meremang..
"Irene, mari ikut saya balik ke rumah.Awak kawan baik saya,"
"Rumah awak ?"
"Ya,awak pasti akan berasa seronok tetapi awak tidak akan balik ke sini lagi buat selama-lamanya."
Irene menepis tangan Auni ketika dia cuba memegang tangan Irene. Auni ketawa terbahak-bahak sebelum ghaib daripada pandangan Irene. Irene terus terduduk kerana terlalu terkejut.

'Oh tuhan! Auni ... ialah hantu ?'
Akhirnya, Irene faham mengapa tiada orang berkawan dengan Auni. Mereka malah kelihatan hairan ketika dia berborak-borak bersama dengan Auni.
Rupa-rupanya, mereka menyangka Irene sedang bercakap dan ketawa seorang diri.

Horror Story👻Where stories live. Discover now