Pembawa Bala

28 3 0
                                    

     Hari kian malam. Fahrin dan Rusdi masih bermain bola di padang sekolah. Pada waktu itu, Fahrin terlihat seorang lelaki sedang bermain seorang diri. Dia ingin berbual-bual dengan budak lelaki itu tetapi dihalang oleh Rusdi.
     "Fahrin, jangan dekati budak itu. Awak akan ditimpa bala nanti."
     "Bala? Yakah?"
     "Awak baru berpindah ke sini. Pasti awak tidak mengetahui tentang khabar angin di sekolah ini."
     Rusdi menceritakan khabar angin tersebut kepada Fahrin.
     "Dahulu, kebakaran besar pernah berlaku
di sekolah kita. Seorang budak lelaki telah mati terbakar kerana tidak sempat menyelamatkan diri ketika berada di tandas.
Sejak itu, dikatakan bahawa budak lelaki yang pergi ke tandas seorang diri pada waktu malam akan ditangkap oleh hantu mangsa kebakaran itu sebelum disumpah. Mangsa yang terkena sumpahan akan kesepian kerana sesiapa yang bermain dengannya akan ditimpa bala," jelas Rusdi.
     "Bagaimana cara untuk menghapuskan sumpahan tersebut ?"
     "Sumpahan tersebut akan beralih jika ada orang lain pergi ke tandas seorang diri pada waktu malam."
     "Rusdi, kenapa dengan awak ? Mengapa muka awak tiba-tiba berkerut ?"
     "Saya mahu pergi ke tandas pula ! .Fahrin, tolong temankan saya yea ?"
     "Apalah, jangan percaya pada khabar angin !"
     "Saya tak mahu terkena sumpahan nanti, Tolonglah yea !?"

Mereka pergi ke tandas bersama-sama namun Rusdi terus ghaib sebaik sahaja mereka sampai di sana.
     "Rusdi ! Rusdi ! Di mana awak ?! Cepatlah keluar !"
     Fahrin terus meluru keluar dari tandas kerana terlalu takut. Tiba-tiba Rusdi muncul dengan muka pucat.
     "Rusdi, mengapa awak hilang tadi ?!" tanya Fahrin dengan cemas.
     "Ehh ? Awaklah yang hilang tadi, bukan ?" kata Rusdi.
     "Barangkali kita telah memasuki ruang yang berbeza."
     Sejak itu, mereka tidak lagi bermain bersama-sama kerana sumpahan tersebut telah beralih kepada salah seorang daripada mereka...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Horror Story👻Where stories live. Discover now