Permainan Baharu Mia

35 5 0
                                    

"Apa Mia buat di situ?"
"Jom kita bermain dengan dia, mahu ?"
"Tentulah, kita kan sahabat baik dia"
Iffah serta kawan-kawannya ketawa ketika menuju ke arah Mia.
"Mia ! Mengapa awak bermain seorang diri di sini ?" tanya Iffah sambil merampas telefon pintar Mia.
"Mia, tergamak awak menyembunyikan permainan hebat ni daripada kami. Kita harus bermain bersama-sama barulah seronok, tahu ?" Iffah mencengkam belakang leher Mia lalu membaling telefonnya ke atas tanah.
Mia sering dibuli oleh Iffah dan rakan-rakannya kerana menolak pelawaan untuk menyertai kumpulan mereka. Mereka akan merampas dan menconteng buku Mia ketika dia sedang membaca. Mereka juga akan mengganggu Mia bermain permainan video.
Sejak itu, setiap kali waktu rehat Mia akan mengelak daripada bertembung dengan mereka.
"Jangan ingat awak boleh terlepas !" Iffah dan rakan-rakannya mencari Mia.
"Mia, tengoklah. Awak pasti akan merayu kepada saya nanti!" kemarahan Iffah semakin membuak-buak.
"Dia akan menjadi sahabat kita bukan ?" tanya salah seorang rakannya.
"Tidak ! Dia hanya layak menjadi pengikut kita sahaja."
Tidak lama kemudian, mereka melihat Mia sedang mencangkung di belakang dewan.
"Sudah jumpa! Nampaknya Mia ada permainan baharu lagi," kata Iffah sambil tersengih.
"Jom kita pergi tengok. Dia suka melakukan perkara yang membosankan !" kata Iffah
Mereka melihat Mia sedang berbisik sendiri ketika mereka menghampirinya.
"Ya, makanlah banyak sedikit. Comelnya engkau," Mia sedang memberi makanan kepada seekor haiwan. Iffah berasa bingung.
"Peliklah, kita dilarang membela haiwan di sekolah kan?"
"Mungkin ada kucing liar"
Mia menyedari kehadiran Iffah dan rakan-rakannya. Mia menunjukkan senyuman mesra,
"Datanglah ke sini, kebetulan saya mahu mencari kalian"
"Ada apa ?" Iffah menuju ke arah Mia dengan muka yang serius.
"Saya sedang memberi makanan. Marilah sertai saya, mahu ?" Mia menunjukkan seekor tikus mati kepada Iffah.
Iffah terkejut. Dia terlihat sebuah lurang tanpa penutup.
"Buang tikus tu cepat ! Ada apa di dalam lurang tu?!" pekik Iffah.
"Baiklah, saya akan menurut perintah awak tetapi awak pula yang akan menjadi makanannya !" kata Mia lalu menarik lengan baju Iffah.
Mia menolak Iffah ke dalam lurang.
Rakan-rakan Iffah ingin menyelamatkannya,
namun mereka mengubah fikiran setelah melihat ke dalam lurang tersebut.
"Tolong ! Ada buaya di sini !!!" pekik Iffah dengan sekuat hati.
"Buaya??" Mereka terus melarikan diri.
"Hahaha ! Sahabat setia kononnya !
Apa kata saya temankan awak," ejek Mia.
Buaya tersebut mula menghampiri Iffah dengan mulut yang ternganga luas.
"Sa... Saya sudah menyesal ! Tolong maafkan saya! Mia, cepat selamatkan saya,"
"Sabarlah, rakan-rakan awak sudah pergi mendapatkan pertolongan. Iffah, betul cakap awak. Kita harus bermain bersama-sama barulah seronok. Hahaha!"

"Ahh ! TOLONG !"
Mia semakin gembira apabila mendengar suara jeritan Iffah yang lantang...

Horror Story👻Where stories live. Discover now