Dumb Jack

49 5 2
                                    

"Lebih baik kau pulang awal.Teruklah kau nanti jika bertemu dengan Dumb Jack !"
Jun hanya tersenyum ketika rakannya menyakat. Baru-baru ini, Jun telah belajar teknik bola sepak yang baharu melalui rancangan televisyen. Oleh itu, dia selalu berlatih di padang sekolah bersama kawannya Wei sehingga lewat petang.
"Betulkah Dumb Jack seorang penculik ?"tanya Jun sambil menyepak bola kepada Wei.
"Dia memang mencurigakan kerana selalu mundar-mandir di sekitar sekolah. Dia enggan beredar sehingga pihak sekolah terpaksa membuat laporan polis."
Seorang lelaki digelar Dumb Jack kerana dia tidak boleh bercakap. Dia disyaki menculik dua orang pelajar kerana kes itu berlaku sejak kemunculannya di kawasan sekolah.
Tingkah laku Jack memang mencurigakan namun dia gagal disabitkan kesalahan kerana pihak sekolah kekurangan bukti untuk mendakwanya. Semenjak kes penculikan kedua berlaku, Jack dilarang menghampiri kawasan sekolah tersebut tetapi dia tetap tidak perduli.
Anak perempuan Jack dikatakan bersekolah di sekolah tersebut tetapi dia telah dilaporkan hilang. Sejak itu, Jack mula mundar-mandir di kawasan sekolah.
"Jun,saya pergi dahulu ya.Hari ini saya ada kelas tuisyen.Hati-hati semasa balik nanti."
"Usah risau,saya akan berlari lebih laju daripada dia. Jumpa lagi esok !"
Jun meneruskan latihannya. Malangnya, bola Jun telah tersasar ke belakang kelas.
Dia terus berlari untuk mendapatkan bolanya. Tiba-tiba, Jun merasakan dirinya sedang diperhatikan..
"Dumb Jack !?"
Rupa-rupanya Jack telah menyelinap masuk ke dalam sekolah tanpa disedari Jun.
"Awak mahu apa?!" jerit Jun ketika Jack perlahan-lahan menghampirinya.
Jack membisu sahaja. Jun membalingkan bolanya ke arah Jack sebelum dia berlari lintang-pukang. Jack mula mengejar Jun dengan laju sekali.
"Err...Err..." Jack mengejar sambil melambai-lambaikan tangannya memanggil Jun. Jun menuju ke arah pejabat guru kerana lampu masih menyala di situ namun jarak mereka semakin dekat kerana larian Jack yang sangat laju.
"Aku perlu menyorok dahulu !" bisik hati Jun
Ketika Jun hampir berjaya ditangkap,dia meluru masuk ke dalam sebuah tandas di tingkat satu. Jack menghentam pintu tandas tersebut. Jun membuat panggilan kepada polis setelah hatinya sedikit tenang. Namun saat itu Jun tiba-tiba terhidu bau pelik.
Apabila dia menoleh ke belakang,dia melihat satu kelibat yang berbau busuk sedang bergeliat-geliut di tangki air.
'A...Apa benda ni ?!'
"Ah! Tolong!!!"
Malangnya, Jun ditelan kelibat tersebut yang meluru dari arah tangki. Bentuknya seolah-olah terdiri daripada beberapa
orang manusia...

Suasana menjadi sunyi. Jack menangis teresak-esak di luar tandas.
"Wuu..wuu..."
Jack berasa kesal dan kecewa kerana dia tidak sempat menyelamatkan Jun.
Sebenarnya, sudah lama Jack mengetahui
tentang makhluk di sekolah tersebut kerana anak perempuannya sempat menelefon dia sebelum hilang. Dia tidak pernah menjelaskan perkara ini kepada sesiapa pun kerana dia seorang yang bisu. Tambahan pula, perkara seperti ini tidak masuk akal.
Sejak itu, Jack akan berjaga di sekolah setiap hari untuk melindungi mana-mana pelajar yang akan menjadi sasaran makhluk itu untuk mengelakkan perkara sama berlaku lagi.

Horror Story👻Where stories live. Discover now