' Jelmaan Kai '

22 4 0
                                    

     "Ayah saya seorang ahli silap mata yang handal. Katanya saya akan menjadi lebih hebat daripada dia setelah saya dewasa nanti!"
    Seperti biasa, Kai suka bercakap besar dihadapan rakan-rakannya. Mereka sudah jemu dengan sikapnya.
    Ayah Kai seorang ahli silap mata namun kebolehannya tidak diketahui kerana tiada sesiapa yang pernah melihat persembahannya.

     "Tunjukkanlah kemahiran silap mata awak kepada kami."

    "Si... Silap mata melepaskan diri ! Inilah kemahiran saya !" Kai tergagap-gagap.
    Alan ketawa terbahak-bahak kerana dia tahu itulah silap mata yang paling susah.
    "Betulkah ? Tunjukkan kepada kami sekarang juga."

Mereka membawa Kai ke bilik stor di belakang sekolah. Kai telah dikunci di dalam bilik stor tersebut..

     "Bukalah pintu ! Alan mengapa awak mengurung saya ?"
Kai menjerit dan menghentam pintu sekuat hati..
     "Cubalah awak gunakan silap mata untuk melepaskan diri !" kata Alan
     "Tempat ini sangat gelap ! Cepat lepaskan saya !" Kai merayu kepada Alan. Dia berjanji bahawa dia tidak akan berlagak lagi selepas ini, Alan dan rakan-rakannya ketawa terbahak-bahak. Mereka berpuas hati.
Tujuan mereka hanya mahu memberi pengajaran kepada Kai. Apabila mereka mahu membuka pintu stor untuk Kai, suasana bilik stor tiba-tiba menjadi sunyi.
     "Mengapa dia tiba-tiba diam ?"
     "Entah-entah Kai sudah pengsan"
Mereka mula cemas. Apabila mereka mahu membuka pintu, Kai tiba-tiba muncul dari arah belakang mereka.

     "Hei, saya ada di sini !"
     "Kai ! bagaimana awak keluar dari bilik ni?!"
tanya rakan-rakannya yg kebingungan.
     "Inilah rahsia seorang ahli silap mata. Saya tahu kalian tidak sabar mahu melihat persembahan saya, bukan ?"
     Biarpun Kai masih berlagak namun rakan-rakannya berasa lega apabila melihat Kai selamat.
     Seperti yang dijanjikan, saya akan menunjukkan lebih banyak silap mata nanti !' kata Kai.

     Sejak itu, dia akan menunaikan segala permintaan rakan-rakannya yang mahu melihat persembahan silap mata. Lama kelamaan, Kai menjadi semakin popular.
    
     Pada suatu hari, Kai berkata kepada rakan-rakannya, "Kalian mahu melihat perkembangan teknik silap mata saya ?
Saya akan membebaskan kalian dengan menggunakan teknik silap mata melepaskan diri setelah kalian dikunci di dalam stor nanti."

     Selepas waktu sekolah, mereka menuju ke stor. Dari jauh mereka melihat ada beberapa orang guru serta pegawai polis telah berkumpul di situ. Mereka terus bergegas untuk melihat apa yang berlaku.
     Tiba-tiba Alan menjerit, "Kai... Itu Kai ! Kai sudah mati !" Mayat Kai dijumpai oleh pihak sekolah semasa mereka ingin mengambil peralatan dari stor. Punca kematian Kai adalah kerana kelumpuhan jantung dan waktu kematiannya sudah agak lama. Rakan-rakan lain tercengang apabila mendapati Kai sebenar masih berada di dalam stor.
 
    "Jadi, Kai yang ini pula..." mereka melihat ke arah Kai.
"Alamak.. sudah dijumpai !" Kata hantu yang menjelma sebagai Kai sebelum ia ghaib.
     Alan dan rakan-rakan diam terpaku kerana terkejut. Apakah yang akan berlaku jika mereka masuk ke dalam stor tadi ?
 
                               -Tamat -

Horror Story👻Where stories live. Discover now