Stay 7

1.9K 53 3
                                    


Sebulan kemudian

      "ASSALAMUALAIKUM Han, Saya merancang kalau tak ada halangan  jom pergi Cameron Highlands? Tomorrow ?"

"Waalaikumussalam Hah boleh sebab minggu ni saya free!" hanya beberapa patah perkataan yang ditaip oleh hania tetapi senyuman dia tidak boleh sembunyi yang dia tengah happy.

Perempuan biasalah jual mahal.

"OMGG MY FAVOURITE GIRL AJAK TRAVEL YES,YAHOOO!!"

......

Otw Cameron Highlands

            MEMANDU di kawasan yang berbukit-bukau serta sempit tidaklah menjadi masalah kalau dilakukan pada waktu siang. Cameron Highlands yang terletak di Banjaran Titiwangsa itu adalah antara pusat peranginan yang mendapat tempat di hati penduduk tempatan serta luar negara. Ladang teh,kebun bunga, sayur-sayuran serta strawberry terbentang malas di antara lembah-lembah yang menghijau.

Cuaca juga amat baik ketika mereka sampai. Langit terang lagi bersih. Suhu mula turun sedikit demi sedikit ketika ketinggian mula mengambil tempat. Ladang teh pertama yang ditemuinya dalam perjalanan menuju ke puncak ialah Cameron Bharat Tea Plantation.

Mereka berdua memberhentikan kereta di depan Cameron Valley Tea House untuk menikmati dua cawan teh panas dan dua pinggan pasta. Di bawah sana kelihatan ladang teh yang menghijau,sayup-sayup mata memandang. Angin sejuk mula berhembus sekali-sekala. Pun begitu, sejuknya tidaklah sampai mecucuk ke tulang hitam.

Selepas mengalas perut, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya. Di Brincang,puncak yang tertinggi di Cameron Highlands,terdapat banyak hotel2 bajet yang boleh menjadi persinggahannya.

Mereka memilih untuk menginap di Ye Olde Smokehouse Hotel yang terletak di Tanah Rata dengan Brincang. Hotel ini hanya terletak 1.4 kilometer dari Bharat Tea Plantation.

Setelah check-in di lobi hotel dan mendapat kunci, mereka membawa beg masing2 ke bilik. Farah dan Hania cukup puas hati dengan suasana yang cukup selesa di bilik deluxe yang disewanya untuk dua malam itu.

Tingkap dibuka lebar oleh Hania. Matanya terpaku ke arah deretan bunga-bunga pelbagai warna yang menghiasi sekitar hotel itu. Terasa seperti sedang berada di negara beriklim sejuk. Hmm.. entah bilalah aku berkesempatan ke luar negara,bisik hatinya. Sebelum tu rasa lah dulu suasana sejuk seperti di luar negara dengan Cameron Highlands ni.

Manakala Farah menghempaskan badannya ke katil,berbaring terlentang menghadap siling. Dia membiarkan rasa pedih dan sedih menghurung sekujur tubuhnya. Dia akan meninggalkan segala kepedihannya di kawasan tanah tinggi tersebut. Tanpa disedari air matanya mula mengalir dipipinya.

          "FARAH,kenapa awak menangis?" Soal Hania dengan perasaan cuak melihat crushnya menangis tiba-tiba.

"Hania". Hanya sebutan tu yang keluar dari Farah lalu meletakkan kepala didada Hania.

"Ehh, kenapa dengan awak Farah? Ada masalah,awak boleh ceritakan segalanya kepada saya, janganlah macam ni. Risau saya."

Saya tak sangka Arthur berduakan saya. Dia dah ada pasangan lain dekat New York. Perempuan tu nama Alice.

Imbas Kembali.

Kenapa You curang dengan I Arthur? Kenapa!. You kata nak balik Malaysia untuk bincangkan pasal pertunangan kita. Tapi kenapa lain jadinya.You datang bawa Alice jumpa your parents. So betullah kan masa kita call ari tu memang ada suara perempuan. Alice, right? Hubungan yang kita jalin selama 4 years macam tu saja u hancurkan,Arthur! Begitu mudah.hahahaha.

"Bukan sayang."

Stay!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang