Special part

1.5K 39 4
                                    

"12 a.m, swimming pool belakang rumah di London.-

            HANIA kaget! 'Ada apa pulak ni?' Tadi tiba-tiba aje Farah bagi dia sehelai kertas merah yang berlipat.
Agak lambat juga dia membuat keputusan. Tepat pukul 12.15 pagi, dia melangkah juga ke tempat yang dinyatakan. Matanya membulat apabila keluar saja dari pintu dapur,tempat itu dah diterangi lilin yang disusun cantik. Apa yang paling buat Hania terkejut apabila ada gambar mereka berdua diletakkan pada stand di kiri dan kanan laluan.
Sebelum ini tak ada laluan ini pun. Mungkin Farah baru buat. Laluan itu diikut. Matanya memandang setiap gambar-gambar mereka. Memori yang dia takkan lupa sampai bila-bila.

"Sayang! Cantiknya dia!" Senyuman Hania dari dulu boleh cairkan hatinya. Mata Hania buat dia tenggelam dalam lautan cinta mereka. Semua terdapat dalam diri Hania sangat memukaukan. Sentiasa buat dia rasa bangga dapat memiliknya.

"Hai, my love!"

"Hai." Hania melihat hidangan di atas meja yang dah tersusun cantik. Air mata dia hampir mengalir. Semua hidangan ini sama seperti hidangan yang Farah sediakan masa Anniversary mereka yang pertama. Dia masih ingat lagi. Kenapa Farah buat macam ini? Nak tambah satu lagi ke? Soal Hania dalam hatinya.

Hania melangkah untuk masuk ke dalam rumah semula. Dia tak patut datang ke sini tadi. Adakah dia nak pasang satu lagi? Itu petanda yang dia pun tak nak teruskan hubungan ni ke?

"Sayang jangan pergi. Please." Badan Hania dipeluk dari belakang.

" kenapa buat semua ni? Nak pujuk untuk tambah satu lagi ke?" Suara Hania kedengaran tegas.

"Tak. Ishh ke situ pulak dia fikirkannya. Kan bae dah janji dekat sayang nak bawa sayang pergi London. Kan dah tercapai hasrat sayang and Bae nak jadikan ini sebagai kenangan manis kita. Supaya semua kisah pahit lepas, terpadam". Farah harap malam tahun baru ni dapat mengganti semua itu.

Farah tersenyum. Harap-harap berjayalah rancangannya. Lama dia buat semua ini. Michelle pun ada tolong sekali. Michelle tahu tentang hubungan kami. Tapi  dah suruh michelle jangan bagi tahu sesiapa. Taknak ada yang mengganggu nanti.
Lama Hania terdiam. Raut Farah diperhatikan.

"Thanks Bae. Cantik semua ni. Bae buat sendiri hiasan ni?" Matanya melilau memandang sekeliling. Memang cantik hiasan dekat sini. Macam tak percaya yang Farah mampu buat semua ini sendiri.

"Taklah juga. Mika kawan sayang tu ada tolong sikit. Dia kan ikut kita juga bercuti dekat sini. Tapi dah sogok dia dengan duit tadi."

"Sogok? Kenapa kena sogok?"

"Tak nak dia bagi tahu orang lain. Annessa dan Adeela tu kan kecoh sikit."

Hania tergelak. Memang tak dinafikannya, Si kembar tu becok sikit. Farah hanya memerhati. Air mata bergenang. Dah lama dia tak merasa sehappy ini. Kan bagus kalau hari-hari hanya senyuman dan tawa yang menghias bibir keduanya. Hati dia tenang melihatnya.

"Malam ni sempena apa?"

"Kena ada sambut apa-apa, baru boleh buat ke?"

Hania tersenyum. Ditarik kerusi untuk Farah. Angin dia pun dah terikut dengan suasana majlis ini. Romantik!

"Tak adalah, tapi nampak macam tengah sambut something aje."

"Sengaja. Dah lama tak buat dinner romantik macam ni. Sayang suka tak?"

"Suka. Cantik semua ni. Gambar semua tu dapat dekat mana?"

"Bae ada copy semua gambar tu dalam laptop dulu. Nak simpan buat kenangan nanti." Ayat terakhir diperlahankan. Bukan nak bagi Hania dengar pun.

Stay!Onde histórias criam vida. Descubra agora