"Saya nak Burger special 5bungkus.."
"OK cik.. Cik boleh duduk kat situ kejap erkk.."
15minit kemudian, pemuda itu memanggil gadis comel itu.
"Cik.. Dah siap.."
Gadis itu bingkas bangun. Dihulurnya RM50.00. Pemuda itu mengambilnya. Dan sewaktu pemuda itu hendak mengembalikan baki, gadis itu kemudian menolaknya lembut.
"Eh tak perlulah. Ambiklaaa yang lebih..."
"Janganlah macam tu cik.. Ambik ni.."
Gadis itu segera berlalu pergi. Dia sempat melambai dan melemparkan senyuman manisnya.
"Cik!!!!!"
Dia kenal gadis itu. Dia bersekolah di tempat dia bekerja sebagai tukang kebun pada sebelah pagi. Mereka saling kenal sebenarnya.
Sara Lestari, anak kepada Dato Hamidi dan Datin Rozita. Seorang pelajar yang pintar, ayu, aktif di sekolah itu amat terkenal di kalangan pelajar di situ. Sara Lestari juga terkenal dengan kebaikannya yang suka menolong dan seorang yang ringan tulang.
Sebaliknya dia hanyalah seorang pemuda yang miskin. Hud Ashraff. Bekerja seharian membanting tulang demi meneruskan kehidupannya bersama ibunya.
Sara Lestari sebenarnya minat dengan Hud Ashraff. Ini kerana di matanya Hud Ashraff adalah seorang lelaki yang rajin dan bertanggungjawab. Dia sering memerhatikan pemuda itu.
Kacak, tinggi, rambut sedikit panjang ala Zamani Slam. Mempunyai lesung pipit sebelah kanan manakala dia juga mempunyai lesung pipit kiri dan kanan.
Ayah dan ibunya amat mementingkan pergaulan yang melibatkan orang-orang kaya sahaja. Mereka juga ingin anak-anak mereka bergaul dengan anak dato dan datin untuk masa hadapan kelak. Anak sulung mereka, Sari Citra yang berumur 20 tahun kini belajar di luar negara juga sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang anak dato. Manakala anak bongsu mereka, Sera Orkid, 15, kini juga belajar di sekolah yang sama dengan Sara Lestari.
Perwatakan 3beradik ini berbeza. Di mana Sara Lestari seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Jika hendak dibandingkan dengan kakak dan adiknya bagai langit dengan bumi yang sombong sama seperti ayah dan ibu mereka.
##hai.. Ini merupakan tulisan sa yang ke3.. Semoga anda semua terhibur.. 😉
YOU ARE READING
Bahagiakan Aku
Romance"penjual burger aka tukang kebun pun kau boleh cair??? dah kenapa??? hensem sangat ke..???" "tapi dia manusia kan? tak salah pun, yang salahnya kaya banyak duit, tapi still rasa tak cukup.. haaaa.. agitchhuuuu..." Sara Lestari, seorang pelajar tingk...