"Eh.. Mungkin nilah kot gelang kaki yang Citra maksudkan.." Hud Ashraff ternampak di bawah meja kopi di ruang tamu rumahnya itu.
Dia pun menghantar WhatsApp kepada Sari Citra.
Citra, ni ke gelang kaki yang awak maksudkan tu?
Tiada balasan. Mungkin sibuk. Dia segera menyimpan gelang kaki itu.
***********************************
"Alahai cucu nenek dah sampai..." Datin Rozita menyambut kedatangan Sara Lestari dan cucunya Rayyan.
"Papa mana ma?"
"Kat office.. Ada meeting.. Mari masuk.. Sara dah makan?"
"Dah mama.. Sera mana?"
"Ada aktiviti kat sekolah hari ni katanya.."
"Kak Sari kerja hari ni?"
"A'ah.. Ada meeting kan.. Sekali laaa papa bawa Kak Sari kamu tu pegi kerja. Tu yang kereta dia parking je kat luar tu."
"Ooooo.. Mama tengokkan Rayyan jap.. Sara nak pegi bilik.."
"Haaaaa.. Yelaaa.."
************************************
"Rayyan.... Aduhh.. Geramnya Aunty Sera ngan diye ni... Alolo comel.." Sera Orkid teruja bila melihat anak saudaranya ada di rumah mereka.
"Ehh pergilah mandi dulu.. Baru main-main dengan Rayyan ni.." Arah Datin Rozita.
"Kak Sara mana ma?" Kat bilik tu.. Tidur kot.. Dari tadi lagi.."
"OK.. Sera tengok jap.."
Sera Orkid melangkah naik ke bilik mereka di tingkat atas.
Diketuknya pintu bilik Sara Lestari.
"Masuklaaaa..."
"Laaa.. Ingatkan tidur.." Dilihatnya Sara Lestari berbaring di atas katil.
"Sera, Sera ada nampak tak kalau Kak Sari pakai gelang kaki?" Tanyanya.
"Emmmm.. Takde kak.. Ehhh.. Tapi hari tu Kak Sari ada tanya Sera kalau Sera ada ternampak gelang kaki tu. Katanya tercicir." Beritahu Sera Orkid.
Dug.. Dug.. Dug..
Terasa seperti laju degupan jantungnya masa itu.
"Kenapa Kak?" Tanya Sera Orkid..
"Taklaaa.. Saja tanya.." Jawabnya perlahan.
"OK laaaa.. Sera nak mandi.. Nak main-main ngan Rayyan.. Rinduuuu.."
Sara Lestari termenung memikirkan hal itu.
************************************
"Kak Sara, Sera nak minta tolong sikit, boleh?"
"Apa?"
"Minta tolong ambilkan kasut sukan Sera dalam bonnet kereta Kak Sari.. Hehehe..."
"Amboiii.. Yelaaa.. Kejap.."
Dia segera membuka bonnet kereta milik Sari Citra itu. Sebaik saja terbuka, dia terpana melihat sesuatu yang cukup meremukkan hatinya.
Kepunyaan suaminya, Hud Ashraff. Kelihatan seperti ada cecair kental yang sudah kering.Airmatanya mengalir. Dia segera mengambil spender itu dan menggulungnya. Kasut sukan Sera Orkid juga dikeluarkannya. Disekanya airmatanya itu. Dia tidak mahu mereka perasan jika dia menangis.
Dia masuk ke rumah dan terus naik ke bilik. Datin Rozita dan Sera Orkid masih sibuk bermain dengan anaknya Rayyan.
Dia duduk di bucu katilnya. Dilihatnya kembali spender berwarna hitam yang diletakkannya di meja sisi katil itu.
"Ya Allah, jikalau benar aku dianiaya boleh suamiku dan darah dagingku sendiri, aku mohon Kau tunjukkanlah.. Aku redha.."
Dia berdoa. Airmatanya mengalir lagi.
YOU ARE READING
Bahagiakan Aku
Romance"penjual burger aka tukang kebun pun kau boleh cair??? dah kenapa??? hensem sangat ke..???" "tapi dia manusia kan? tak salah pun, yang salahnya kaya banyak duit, tapi still rasa tak cukup.. haaaa.. agitchhuuuu..." Sara Lestari, seorang pelajar tingk...