CHIT CHAT

3.2K 116 15
                                    

Hi! It's me, Misz Jupiter.

So, how is it so far? Yay or nay?

Firstly, saya mintak maaf sangat-sangat sebab cerita ni tersangatlahhhhh lambattt. Dan saya jugak berterima kasih sebab masih ada yang membaca cerita ni walaupun lambat. Sayang korang sangat-sangat emmuah!

Tapi antara sebab kenapa cerita ni lambat selain daripada saya tak cukup masa untuk menulis (ehehehe) adalah kerana saya kena betul-betul rangka cerita ni secara teliti sehingga ke akhir cerita dan saya kena betul-betul yakin yang saya boleh menghabiskan cerita ni supaya tak tergantung. Selain itu, saya juga harus betul-betul faham, dalami dan hayati setiap watak yang ada dalam cerita ni. Dan watak yang paling penting adalah watak utama iaitu Maya Sari Gabrielle.

Watak Maya Sari adalah satu watak yang berat untuk saya. Dan saya akui agak sukar bagi saya dalami watak tersebut. Boleh saya katakan, dia adalah seorang penjahat yang tersakiti. Saya cuba letakkan bahawa dirinya bukanlah seorang yang total dengan kekerasan dan kejam, dan cuba untuk letakkan bahawa dirinya ada sedikit rasa lembut hati. Jadi, ianya memang sukar sebab dia bukanlah psikopath tulen tetapi sesuatu telah mendesak dirinya untuk menjadi seorang psikopath.

For those yang tertanya-tanya apa sebenarnya genre bagi cerita ni. Okay. Cerita ni adalah cerita psycho horror. And awal-awal saya katakan cerita ini adalah untuk mereka yang berumur atas 18 tahun. Akan banyak jalan cerita yang berat dan saya rasa tak sesuai untuk dibaca oleh mereka bawah 18 tahun. Selepas ini akan banyak scene pembunuhan dan penyiksaan. Malah akan ada scene berkaitan ilmu hitam yang saya rasa tak sesuai untuk mereka bawah 18 tahun. Tapi saya beritahu awal-awal, saya tak fokus kepada aksi-aksi seksual (uhuhu tak minat nak buat cerita macam tu).

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya sama ada cerita ni ada watak hero atau tak? Ataupun mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada cerita ni sekadar cerita psycho horror sahaja ke? Uhuhu. Sebenarnya akan ada satu watak hero dalam cerita ni. Cuma hero akan datang lambat sikit dalam cerita ni. Tak menariklah hidup kalau tak ada kisah cinta, kan? Cinta adalah lumrah hidup manusia 🥰

Sebenarnya, saya tak pasti bagaimana penerimaan pembaca terhadap cerita Dunia Batinku. Sama ada korang dapat terima and adapt cerita ni atau tak. Saya akui, cerita ni memang agak berlainan dari cerita Tersesat Ke Alam Bunian. Jalan penceritaan juga sangat berbeza. Saya cuba untuk hasilkan satu cerita dari sudut dunia gelap.

Tapi saya harap, semua pembaca boleh support saya untuk hasilkan cerita ni. Dan kalau korang rasa cerita ni berbaloi untuk dibaca, diharap korang boleh tekan simbol ❤️ di bahagian bawah belah kiri bagi setiap chapter dalam cerita ni. Ehehehe. I think it is win-win situation. Korang dapat membaca cerita dan saya dapat penghargaan dari korang. Ehehe.

Okaylah, itu sahajalah chit chat kita buat kali ni. Bubye!🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♀️

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now