CHAPTER 20-LAYAKKAH AKU?

3K 94 10
                                    

"Menang besar mak cik tu, kan?" Khalis mula bersuara. Matanya masih memandang ke hadapan sambil tangannya mengawal stereng kereta. Aku yang sedang menunduk mengurut perlahan pergelangan kaki memandang ke arahnya. Wajahnya tergambar rasa tak puas hati.

"What's you mean?"

"Iyelah, senang-senang je you bagi dia sampai RM400."

Aku terus duduk menyandar ke kerusi. "Khalis, dia tengah dalam kesusahan, kan?"

"Mana you tahu kalau dia betul-betul dalam kesusahan? Jangan-jangan dia tu jahat? Makan pun sanggup mencuri. Pengemis ni kan memang tahu macam mana nak buat muka supaya orang simpati pada dia."

"Even dia pencuri pun, dia just curi makanan. Dosa dia lagi sikit dari I. Macam I ni, pelacur, perempuan simpanan," ucapku spontan.

"Pemuja syaitan. Pembunuh pulak tu," sambungku dalam hati.

Khalis lantas menggenggam jemariku. "Sayang, kenapa cakap macam ni?"

"It's true, right?"

"No. I tak suka you cakap macam ni."

"You tahu tak? Dulu masa I sekolah I pernahlah dengar ustaz ni cakap. Zaman dulu ada sorang pelacur ni dapat masuk syurga sebab dia bagi seekor anjing ni air. Look, anjing kot. Ni manusia, sama macam I. Takkanlah I tak boleh tolong. Mana tahu I tolong dia, I dapat masuk syurga," ucapku. Dan seperti tadi juga, spontan keluar dari mulutku.

Aku terkesima seketika, tersedak dengan perkataan sendiri. Khalis yang sedang memandu dengan sebelah tangan juga terdiam. Tangan kirinya yang sedang menggenggam jemariku turut kaku.

"Syurga? Layakkah orang macam aku masuk syurga?" Soalku dalam hati.

"I hantar you ke klinik dekat dengan rumah you tu, okay?" Suara Khalis memecah kesunyian seketika. Aku di sebelah cuma diam. Masih tak sangka dengan apa yang aku katakan.

.........

Khalis membantu memapah aku masuk ke rumah dan mendudukkan aku di sofa di ruang tamu. Beg kertas yang berisi pakaian dari butik diletakkan di atas meja.

"Serius ni you tak nak pergi klinik?" Soalnya lagi. Masuk yang ni, dah lebih sepuluh kali dia tanya soalan yang sama.

"Sokay, I okay je. Lagipun I rasa tak delah teruk mana."

"Tapi I risau tahu tak?"

"Ya, I tahu. Ni nanti I urut sikit-sikit okaylah nanti."

"Terpulang youlah. I ambikkan you air kejap eh," ucapnya lalu meninggalkan aku di ruang tamu dan menuju ke dapur. Beberapa ketika kemudian, di muncul semula bersama segelas air putih.

"Minum dulu. Mesti you haus."

"Thanks," ucapku lalu meneguk air itu hingga habis setengah gelas. Khalis hanya berdiri sambil melihat aku meneguk air. Setelah habis minum, aku menyerahkan gelas itu kepadanya lalu gelas itu diletakkan di atas meja di hadapan sofa.

"I ambikkan you bantal, ya? Supaya you boleh baring, berehat dulu. Ke you nak baring dalam bilik?"

"Emm, I baring kat sini jelah. You tolong ambikkan bantal I kat bilik I tu."

"Okay." Khalis terus menuju ke bilikku yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu.

"Baring sini," ucapnya selepas meletakkan bantal tersebut elok-elok di hujung sofa.

"Thanks. You, I mintak maaf tau. I tak boleh nak masakkan untuk you hari ni." Khalis terus melabuhkan punggung di sebelahku.

"Tak pe. I tak kesah pun pasal tu. Ni sekarang ni, you lagi penting. You nak I urut kaki you ke?"

"You pandai urut ke?"

"Ahahaha, tak pernah. Tapi apa salahnya kalau I cuba?" Aku tergelak mendengarnya.

"Tak payah. Kang dari tak terseliuh, terus terseliuh. Terus bengkak. Ahahahaha."

"Ouhh, sakit-sakit pun masih boleh perli I eh?" Ucapnya lagi. Aku sambung tertawa lagi.

"I rasa.... better you balik dulu? I nak rehatlah."

"Tak boleh. I kena jaga you. Mana boleh tinggalkan you sakit macam ni."

"Emmm tak naklah. I lagi selesa kalau sorang-sorang. Lagipun bukan teruk mana pun. Ni I tidur kejap, bangun mesti okay."

"Iyelah tu. Bukan boleh percaya you ni."

"Betullah. Please, Khalis. I nak tidur," ucapku lagi. Aku mengecilkan mata memandangnya. Khalis mengeluh perlahan.

"Okay, sayang. Kalau tu yang you nak. Make sure jaga diri tau. Kalau ada apa-apa, terus call I."

"Okay."

"Janji tau?"

"Ya, I janji."

"Good."

Khalis terus bangun. "Okay, I balik dulu." Ucapnya lagi. Sempat dia menunduk dan mencium dahiku. "Bye, sayang."

Ekor mataku hanya mengikuti langkahnya ke pintu. Dia sempat melambai sebelum keluar dari rumahku. Aku hanya tersenyum membalas lambaiannya.

"Huhhh...." aku mengeluh perlahan. Aku cuba menggerakkan kaki lagi tapi tetap berasa sakit. Perlahan-lahan, aku urut di tempat yang berasa sakit itu.

"Apa kau buat?" Suara Arima memecahkan kesunyian. Dia terus duduk di bahagian kakiku.

"Apa yang aku buat?" Aku menyoal kembali. Tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Tadi tu?"

"Maksud kau?"

"Kenapa kau bantu perempuan tua tadi tu?"

Aku menepuk dahi perlahan. "Lah... salah ke?"

"Aku tak suka kau buat macam tu."

"Aku cuma tolong dia sikit je. Aku bukan buat apa pun."

"Aku tak mahu hati kau jadi lembut."

"Ahahahahaha..."

Aku menggelengkan kepala. "Tak ada apa pun. Apa yang kau risau sangat sebenarnya?"

Arima bangun sambil membuat muka padaku

"Terpulang kaulah."

"Hei, Arima..." langkah Arima terhenti. Dia berpaling melihatku.

"Ubat kaki aku," arahku. Dia sempat menggulingkan anak mata ke atas. Aku mengangkat sebelah kening. Ewah, ewah si syaitan ni. Pandai pulak kau buat muka ehh.

Arima datang kepadaku lalu berlutut di kakiku. Aku sudah siap bersandar di kaki sofa dan memejamkan mata. Terasa sesuatu yang basah mengena ke kakiku. Aku membuka mata separuh. Kelihatan Arima sedang menjilat kakiku dari betis hinggalah ke jari. Aku menutup mata kembali.

Tak payah pergi klinik, sebab aku dah ada 'doktor' di rumah. Emmm...

"Macam kau cakap, dalam dunia ni cuma ada aku dan kau saja. Aku ingat semua tu, Arima," ucapku sambil memejam mata. Arima cuma berdiam sambil 'merawat' kakiku.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now